Amalan tempatan yang bercanggah dengan amalan dianjurkan dalam Islam |
1. Mendengar berita kematian
- Adat Tempatan : Mengucapkan 'Al-Fatihah' bila dengar berita kematian
- Islam : Mengucapkan 'Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun'
2. Usung jenazah
- Adat Tempatan :
- Islam :
3. Tanam jenazah
- Adat Tempatan :
- Jirus air dengan jug yang diikat kain putih / jirus air mawar
- Tabur bunga
- Tabur batu
- Islam :
4. Kubur jenazah
- Adat Tempatan :
- Kubur ditinggikan dengan binaan kepok
- Kubur ada nama, tarikh hidup dan mati
- Batu nisan 2
- Kubur dijadikan masjid tempat beribadah dan meminta (Nota: yang ni setau aku takde dalam adat Melayu tapi diamalkan di negara dan mazhab lain contohnya di India terutamanya kubur para wali dan alim ulama)
- Perlu beri wang kepada orang solat jenazah (?)
- Ada pakej upah baca Al Quran malah ada tempat yang mengenakan upah bacaan talkin
- Perlu beri wang kepada penggali kubur
- Perlu sediakan wang sekurang-kurangnya RM1000… MasyaAllah
- Islam :
- Kubur tidak ditinggikan malah diratakan, tiada hiasan.
- Kubur tiada sebarang kepok, nama, tarikh hidup dan mati
- Batu nisan 1
- Tempat beribadah di masjid bukan di kubur
- Tiada upah bacaan Al Quran / bacaan talkin di kubur
- Tiada wang pun diperlukan kerana tugas uruskan jenazah *FARDHU KIFAYAH* bagi umat Islam.
5. Kenduri arwah
- Adat Tempatan :
- Keluarga si mati buat kenduri tahlil untuk arwah dengan bacaan tertentu, doa tertentu, surah Yasin sambil dihadiri tekong tahlilan arwah bagi mengisi perut tetamu dengan juadah makanan walau keadaan susah dan terpaksa. Bersedekah tidak salah dengan meluruskan niat.
- Dilakukan selama 7 hari, 40 hari dan 100 hari atas kepercayaan agar mayat tidak diseksa dan tidak disoal di dalam kubur.
- Ritual seperti ini adalah milik agama *HINDU*
- Islam :
- Tiada kenduri buat jenazah. Yang ada ialah mendoakan jenazah di mana saja berada.
- Allahummaghfirlahu warhamhu waafihi wa’fuanhu (jenazah lelaki) / Allahummafirlaha warhamha waafihi wa’fuanha (Jenazah wanita)
- Jiran terdekat / dalam kariah memberikan makanan kepada keluarga si mati kerana mereka sedang berada di dalam kesusahan dan kesedihan.
6. Talqin
- Adat Tempatan : Talqin akan dibaca di atas kubur oleh imam yang diupah. Imam akan berikan jawapan bocor kepada si mati untuk jawab soalan kubur. Imam dan makmum duduk di atas kubur sambil imam membaca talqin dengan menyebut nama fulan / fulanah binti ibu.
- Islam : Tidak ada sebarang talqin bocorkan jawapan kepada jenazah. Kerana jenazah sudah membawa amalannya sendiri untuk menjawab soalan di kubur. Luruskan niat jika talqin sebagai dakwah untuk saling mengingati hari kematian akan tiba kepada yang menziarahi si mati di kubur itu tidak mejadi kesalahan, kerana Allah ingin kita saling mengingati tentang hari kematian.
Jadikan pesan Nabi SAW dlm hadis sebagai panduan:
“Barangsiapa membuat suatu perkara baru dalam urusan kami ini (urusan agama) yang tidak ada asalnya, maka perkara tersebut tertolak”
(HR. Bukhari no. 2697 dan Muslim no. 1718)
Sumber : Kalam SunnahNota kaki: Kadang-kadang susah kita nak menolak amalan tempatan sebab dah jadi benda yang orang sekeliling anggap normal, contohnya buat kenduri tahlil arwah atau bagi upah kepada surau dan penggali kubur bila keluarga mintak tolong untuk uruskan jenazah. Jadi sebaik-baiknya kita sendiri belajar uruskan jenazah dari proses mandikan jenazah, kafankan sampailah mengerjakan solat jenazah, lagi-lagi untuk mak ayah kita. Yang lain-lain tu, kita luruskan niat contohnya bila buat kenduri tahlil untuk bersedekah dan kalau kurang berkemampuan, tak perlu bebankan diri-sendiri untuk buat sebab takde dalam amalan Islam. Macam tu jugak bila kita bagi sagu hati kepada penggali kubur, niatkan untuk berterima kasih atas masa dan tenaga yang diluangkan beliau untuk menggali kubur. Sebab walaupun fardhu kifayah, tak semua orang sanggup buat maka tak salah kita berbuat ihsan kepada orang yang dah tolong kita. Wallahu'alam.