Sambungan dari:
Peringatan: Awas, banyak gambar dalam entry kali ni!
Hari kedua di London merupakan hari Jumaat jadi aktiviti agak padat sebab kena sesuaikan dengan waktu solat Jumaat. Kalau ikutkan hukum, musafir diberi kelonggaran dari mengikuti solat Jumaat tapi kiteorang nak merasa pengalaman solat Jumaat di London. Dekat sini tak macam kat Malaysia yang mana waktu solat Jumaat tu terus bermula bila masuk waktu Zohor. Ada masjid yang mulakan solat Jumaat pukul 12 (waktu Zohor pukul 11.50 pagi) dan ada jugak yang buat pukul 1 tengahari (lunch break). Ada jugak yang buat 2 sesi solat Jumaat mungkin sebab kapasiti masjid tak boleh menampung jumlah jemaah. Lagi satu, kalau ruang solat dah penuh, pintu masjid akan ditutup. Aku pilih masjid yang mula solat Jumaat lambat sikit supaya tak terkejar-kejar.
Pagi tu, kiteorang dan plan nak melawat landmark kota London yang tak asing lagi - Big Ben, Westminster Abbey (tempat makam Queen Elizabeth II dan tempat berlangsungnya perkahwinan Putera William dan Kate Middleton) dan Buckingham Palace. Dari Airbnb, kiteorang ambik metro ke stesen Charing Cross lepas tu menapak sepanjang Parliament Street yang penuh dengan monumen dan bangunan bersejarah.
Trafalgar Square - fakta menarik tentang nama dataran ni, ianya berasal dari perkataan Arab iaitu Taraf al-Ghar. |
Dekat London ada beberapa kedai yang menjual barangan Harry Potter sebab ramai peminat Harry Potter yang melancong ke London mencari collectible items Harry Potter |
Sepanjang Parliament Street ni ada tugu-tugu peringatan perang zaman dulu dan jugak tugu-tugu tokoh-tokoh ternama seperti Nelson Mandela, Winston Churchill dan Mahatma Gandhi |
Bangunan Whitehall menempatkan beberapa kementerian kerajaan |
Kasi can pengantin tua nak posing jap hehe |
Lepas berjalan menyelusuri Parliament Street, akhirnya jumpa jugak Big Ben.
Menara Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Big Ben ialah sebuah menara jam di Istana Westminster. Ia mempunyai lima loceng, dan loceng yang terbesar tu la yang digelar Big Ben |
Seterusnya tak jauh dari Big Ben tu pulak ialah Westminster Abbey. Lokasi tempat ni sebenarnya tak jauh pun dari each other, macam seberang jalan je. Kalau nak masuk tengok makam Queen Elizabeth boleh je sebenarnya tapi kiteorang malas sebab kena beratur panjang. Lagipun kiteorang kejar masa sebab nak tengok upacara Change of Guard di Buckingham Palace yang berlangsung pukul 10.45 pagi.
Westminster Abbey |
Dari Westminster Abbey kiteorang naik bas double decker untuk ke Buckingham Palace.
Pemandangan dari dalam bas. Bas kiteorang naik tu sebijik macam bas kat depan tu |
Lepas tu kena menapak dalam 10 minit baru sampai di Buckingham Palace. Masa ni dah ramai pelancong yang berkumpul di luar Buckingham Palace dengan depan Victoria Memorial. Memandangkan kiteorang sampai awal dapat la berdiri depan sikit tapi fuhhh penat tau menunggu!
Atas: Bergambar depan Buckingham Palace; bawah: upacara change of guard |
Video masa pancaragam lalu depan kiteorang:
Satu pengalaman yang menarik masa kiteorang tengah tengok sesi change of guard ni, tiba-tiba kiteorang perasan salji turun! Walaupun tak lebat, tapi still rasa teruja sebab first time tengok salji turun depan mata. Tapi boleh pulak Khadeeja kata dia ingatkan salji tu kelemumur orang dekat depan dia! 😂 Lepas tu seronok la anak-anak tangkap salji hehe.
Selesai sesi change of guard, kiteorang terus gerak ke Green Park untuk ambik tren ke destinasi seterusnya iaitu Muslim World League.
Cantik sangat Green Park ni, kalau la ada banyak masa nak je ambik gambar selfie dekat sini banyak-banyak! |
Turun dari tren, kena berjalan dalam 20 minit ke Muslim World League |
Dengan kiteorang gegurls ni sekali join solat Jumaat hehe. First time aku bersolat Jumaat dalam seumur hidup. Tapi bukan kiteorang je, ramai jemaah wanita yang join sekali. Ruang solat perempuan terletak di tingkat ground floor tapi tempat wuduk dekat basement. Selesai je solat Jumaat tiba-tiba imam buat pengumuman - terus sambung solat Asar! Musim sejuk memang waktu siang pendek - pukul 1 petang solat Jumaat, pukul 1.37 petang dah masuk solat Asar. Bagus la jugak dah alang-alang kat masjid kan.
Lepas solat, masa nak keluar tu siap ada penjaga trafik dalam masjid ye hehe. Tujuannya nak elakkan jemaah perempuan bertembung dengan jemaah lelaki. Jadi dia akan tahan dulu jemaah lelaki dari keluar bila giliran jemaah perempuan nak keluar. Macam tu sekali dieorang jaga batas lelaki dan perempuan kat sana. Mesti kalau dieorang kat Malaysia terkejut beruk tengok lepas solat selamba je lelaki dan perempuan keluar sama-sama.
Kiri: Imam tengah bersiap-siap nak bagi khutbah; kanan: Muslim World League ni masjid yang terletak dalam bangunan tiga tingkat |
Keluar dari masjid, Khadeeja dah mula bad mood sebab lapar. Mujur la sebelah masjid tu ada kedai pizza yang halal. Sebelum dia bertukar menjadi Hulk, cepat-cepat kiteorang masuk dan order pizza. Aku nak bagitau - pizza kat sini sedap giler! Terngiang-ngiang rasa pizza tu sampai sekarang. Khayla buat kesimpulan pizza kat sana sedap sebab cheese kat sana sedap (memang betul, cheese dekat UK jauh lebih sedap dari cheese dekat Malaysia).
Dua ketul pizza - harga dalam 4 pound je seketul tu |
Lepas masing-masing dah alas perut dengan pizza yang sedap, moh la gerak ke destinasi seterusnya - Hunterian Museum. Asyik pegi muzium je kiteorang ni kan? Sebab kat sana masuk muzium takde bayaran haha. Dah namanya percutian bajet ke London, jadi sengaja aku pilih tempat-tempat yang takde bayaran.
Hunterian Museum ialah muzium koleksi peribadi John Hunter, seorang doktor pakar bedah dan saintis terkemuka pada abad ke-18. Dalam muzium ni ada banyak spesimen haiwan dan manusia yang dipamerkan |
Aku tak tau la minat anak-anak aku ni ke arah benda-benda pelik dan gruesome macam ni haha. Sebenarnya takde la gruesome mana pun, tapi kalau orang yang geli tengok anggota manusia yang diawetkan termasuk fetus dalam kandungan (yang gugur atau meninggal dunia lepas dilahirkan), baik tak payah datang ke sini. Memandangkan Hunterian Museum ni terletak di The Royal College of Surgeons of England, jadi kebanyakan yang datang ke sini ialah pelajar-pelajar perubatan (dan orang-orang yang suka tengok benda-benda pelik ni macam kiteorang hehe).
Antara pameran dalam Hunterian Museum, yang menariknya ada pameran interaktif jugak |
Keluar dari Hunterian Museum dalam pukul 4 petang, tapi kat luar dah gelap sebab dah masuk waktu Maghrib. Sebelum gerak ke rumah member aku, kiteorang singgah kejap di Dark Sugars Chocolate - tempat yang kiteorang sepatutnya pergi masa hari pertama tapi tak sempat pergi sebab kepenatan.
Kedai ni terkenal dengan pelbagai jenis coklat handcrafted menggunakan coklat dari Ghana, Afrika |
Tujuan kiteorang ke sini semata-mata nak beli hot chocolate yang dikatakan antara best hot chocolate drink in London.
Suami Terchenta siap ambik video hot chocolate dieorang yang famous tu:
Bagi aku, OK la sedap tapi terlalu manis. Lepas minum hot chocolate ni, memang kena teguk air kosong nak bagi hilangkan rasa manis yang melampau tu.
Destinasi terakhir kiteorang ialah ke rumah BFF aku untuk makan malam. Masa ni kiteorang dah penat giler jadi Suami Terchenta kata ambik Uber je la. Tapi malam tu memang tak boleh dapat Uber langsung mungkin sebab ramai yang keluar untuk ke pub dan ber TGIF jadi jalan raya agak busy. Bila tak dapat Uber Suami Terchenta cuba pulak Bolt, alternatif kepada Uber. Alhamdulillah ada driver yang sudi accept kiteorang lepas menunggu lebih dari setengah jam. Dalam kereta kiteorang dah tertidur kepenatan!
Sampai je dekat rumah BFF aku, dia dah menunggu dekat pintu. Masuk rumah dia je, semerbak bau ayam masak merah buat kiteorang kecur air liur! Tapi malam tu serius kiteorang dah penat giler jadi cuma mampu makan sikit je walaupun perut berkeroncong. BFF aku siap buat kek coklat lagi untuk jamu kiteorang 🥺. Aku ambik la sikit sebab orang dah susah-payah masakkan, jadi kena la rasa jugak.
TQ Aini, sedap kek you buat tapi kiteorang kepenatan sampai tak larat nak suap makanan dalam mulut 🤣 |
Anak-anak pulak lain cerita - bila dah jumpa anak-anak BFF aku bukan main segar dan aktif lagi dieorang! Kecoh dan riuh-rendah dieorang berborak dan usik-mengusik macam dah kenal lama padahal baru pertama kali jumpa hehe.
Malam tu bila tengok kiteorang penat sampai tersengguk-sengguk sambil berborak, mula-mula dieorang offer nak hantar balik ke Airbnb which was 40 minutes away dari rumah dieorang. Tapi mengenangkan esoknya jadual dieorang penuh dengan aktiviti anak-anak dieorang pagi tu, sudahnya dieorang ajak tidur kat rumah dieorang je. Kiteorang apa lagi - bagaikan orang mengantuk disorong bantal (memang mengantuk pun hehe 😬).
Terima kasih Aini dan Fazrul sebab tumpangkan rumah malam tu. Malam tu aku tak tau la anak-anak tidur pukul berapa sebab lepas solat jamak je, aku dan Suami Terchenta terus masuk bilik dan tidur!