Salam Isnin semua,
Macamana weekend korang? Weekend aku baru-baru ni agak sibuk dan padat dengan bermacam-macam aktiviti. Aku mulakan dengan event hari Sabtu. Hari Sabtu lepas dipenuhi dengan aktiviti di sekolah anak-anak. Mula-mula kiteorang ke sekolah Khadeeja untuk ambik buku laporan progres pelajar, lepas tu ke sekolah Khayla pulak untuk join gotong-royong keceriaan di sekolah.
Malam sebelum acara gotong-royong, kiteorang singgah di Mr DIY membeli beberapa barang untuk keceriaan kelas. Kiteorang belikan wallpaper sticker untuk papan notis di belakang kelas dan print beberapa poster simpulan bahasa dan English idioms untuk ditampal di papan notis. Sebelum ni kosong je papan notis tu.
Anak-beranak bekerjasama menampal wallpaper di papan notis |
At least ada la sesuatu ditampal di papan notis kelas |
Kehadiran ibu bapa di kelas pun boleh dihitung dengan jari je. Rasanya cuma 2 buah keluarga termasuk kiteorang je yang turun padang. Parents yang lain mungkin kena bekerja hari Sabtu atau dah ada plan lain.
Warna merah jambu jadi pilihan sampai pelajar-pelajar kelas lain menggelar kelas 'Barbie' |
Hmm.. Sedih la tengok kelas Khayla ni memang sumbangan dari ibubapa agak kurang, baik dari segi kewangan ataupun tenaga. Tengok kelas sebelah cantik dan ceria je - siap berlangsir, tampal poster, bendera-bendera dan bunga-bungaan bergantungan. Nampak ibubapa dan para pelajar semuanya rajin menceriakan kelas dieorang.
Beberapa bulan lepas Khayla bagitau aku yang kawan-kawan sekelas mintak tolong belikan sticker dinding corak batu-bata. Jadi aku pun sponsor sticker hiasan tu (sebab mengenangkan ada pelajar dari keluarga susah jadi aku tak sampai hati nak mintak Khayla kutip duit untuk belikan sticker tu, lagipun dieorang dah kutip RM5 seorang untuk beli hiasan keceriaan kelas which aku tak nampak pun apa yang dieorang beli). Tup-tup bila buat aktiviti mengecat, hiasan sticker tu semuanya ditanggalkan dan dibuang. Nak marah, tak sampai hati sebab budak-budak lagi. Tapi bila dieorang tanya aku bila nak belikan langsir, aku cuma jawab duit aunty dah habis beli sticker hiasan tu 🙃.
Jadi pengajarannya, tahun depan tak payah belikan sticker dinding sebab bila kena buat aktiviti mengecat rugi je beli sticker tu. Lebih baik belikan langsir kelas dan dermakan beberapa bahan bacaan.
Korang selalunya bagi sumbangan apa untuk aktiviti keceriaan dan gotong-royong sekolah? Cuba share sikit dalam komen 😉.