Avokado untuk sarapan rendah kolesterol |
Semalam aku tengok avokado yang beli hari Isnin tu dah masak. Cara nak tengok avokado dah masak ialah kulitnya jadi lebih gelap hijau kecoklatan dan buah lembut sikit bila dipicit.
Jadi 'sarapan' pagi semalam aku buat avokado hancur letak serbuk lada hitam dan garam secubit, lepas tu sapu atas roti bakar. Untuk protein, aku letak poached egg sebiji atas tu. Ni antara menu breakfast yang aku suka sebab senang nak buat. Sedap pun sedap.
Avokado beli 3 biji RM10, tapi makan separuh buah sehari, dapat la tahan dekat seminggu.
Kelebihan buah avokado
1. Mengandungi potassium yang tinggi
Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, 100 gram avokado mengandungi 485 miligram potassium, hampir 100 mg lebih daripada potassium yang terkandung dalam sebiji pisang.
Mineral ini amat penting untuk sistem saraf manusia. Malah, ia juga amat bermanfaat untuk mengawal tekanan darah badan.
Menurut Persatuan Jantung Amerika Syarikat, potassium akan menyingkirkan lebihan garam dari badan dan menurunkan tekanan darah kita.
Sedang menjaga berat badan? Makan sahaja buah avokado! Setiap 100 gram avokado mengandungi hampir 7 gram serat.
Makanan yang mengandungi serat bukan sahaja baik untuk perut. Ia juga membolehkan kita rasa kenyang dengan lebih lama.
Oleh sebab itu, avokado amat sesuai untuk orang yang sedang berdiet atau menjaga berat badan masing-masing.
3. Kaya dengan folat
Folat merupakan sejenis vitamin B yang baik untuk perkembangan otak. Ia juga penting untuk memupuk kehamilan yang sihat. Malah, sebiji avokado mengandungi hampir 81 mikrogram folat setiap 100 gram.
Menurut National Institutes of Health (NIH), wanita yang berada dalam usia reproduktif memerlukan 400 mikrogram folat setiap hari. Wanita hamil pula perlu meningkatkan pengambilan folat kepada 600 gram setiap hari.
Folat amat penting untuk menghalang kecacatan semasa hamil, terutamanya yang memberi kesan terhadap otak dan saraf bayi.
Hampir separuh kehamilan tidak dirancang. Sebab itulah, wanita perlu mengambil folat dalam diet seharian.
Kesimpulannya, buah avokado kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Ia juga kaya dengan lemak tidak tepu yang dapat mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan.
Bukan itu sahaja, avokado juga mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang dan kaya dengan vitamin B, C dan K.
Kajian telah menunjukkan kemampuan avokado untuk menurunkan kolesterol. Malah, ia juga mampu mengurangkan risiko strok, kanser serta penyakit arteri koronari.
Disebabkan manfaatnya yang pelbagai, buah avokado sesuai diambil sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.
Walau bagaimanapun, sebiji avokado mengandungi hampir 200-300 kalori. Oleh sebab itu, pengambilan avokado yang terlalu banyak mungkin boleh menyebabkan pertambahan berat badan.
Sumber: Hellodoktor.com