Salam Ogos semua,
Dah masuk bulan baru, harapnya bulan ni ada peningkatan prestasi untuk Google Adsense yang agak merudum sejak kebelakangan ni. Tak pasti la dapat ke tak capai sasaran untuk tahun ni. Huhu...
Malas nak fikir pasal ni, nak cerita pasal aktiviti hujung minggu lepas. Dah lama tak keluar dengan geng makan aku ni, jadi bila Nurul ajak keluar makan aku pun cadangkan kiteorang mencuba restoran Botanica+Co di Bamboo Hills.
Kali ni masing-masing nak ada tema baju pulak. Amboi, over sangat. Memandangkan filem Barbie tengah hangat sekarang ni, semua setuju pakai baju warna pink. Jumaat tu aku terpaksa (terpaksa la sangat!) shopping baju baru sebab dalam banyak-banyak warna baju, aku takde baju pink ok. Bila dah shopping baju, ter shopping sekali tudung Bokitta sebab berkenan dengan coraknya 😜. Kemain lagi ko Carneyz...
|
Makan kat sini pulak |
Bamboo Hills ialah destinasi tempat makan, event space dan social scene terbaru di KL. Kalau korang kaki foodie, wajib pergi ke sini. Lokasi Bamboo Hillls tepi lebuhraya DUKE je. Selain Botanica+Co, ada lagi beberapa restoran lain kat sini. Yang best nya kat sini tak susah nak cari parking sebab tempat letak kereta kat sini boleh muat 500 buah kereta. FYI, parking kat sini kena bayar online sebelum keluar.
Masalahnya, papan tanda nak exit ke sini kecik sampai terlepas pandang. Nak elak terlepas pandang, better korang ambik lorong paling kiri dekat plaza tol Batu. Seelok-eloknya guna Waze kalau first time ke sini.
Bila masuk ke restoran ni, aku kagum dengan design restoran ni yang banyak menggunakan elemen semulajadi seperti natural lighting, natural colour palettes, material kayu dan greeneries. Hasilnya nampak eksklusif.
|
Sukanya sebab restoran nampak luas, terang dan redup sebab ada pokok-pokok hiasan at the same time |
|
Ambik gambar kat sini memang cun sebab lighting semulajadi |
Tempat lawa mesti la makan sedap kan? Sayangnya, makanan yang aku order bagi aku agak mengecewakan dari segi rasa. Tapi dari segi food presentation, memang A+ la.
|
Makanan yang aku pesan - baked eastern marinated Norwegian salmon dihidangkan dengan quinoa, couscous dan sautéed baby bok choy (RM52) |
Aku dengan Zura sama-sama pesan menu salmon ni. Kiteorang berdua setuju yang salmon ni sepatutnya digoreng atas kuali sampai kulitnya rangup (crispy) barulah sesuai dengan quinoa dan couscous yang lembik tu.
Nurul pulak order pasta dengan sos berasaskan tomato tapi aku tak ingat nama menu tu. Aku rasa sedap lagi pasta yang aku buat. Azie pesan wagyu beef burger dan Zaira pesan spaghetti alla gricia. Dua-dua ni aku tak rasa so tak pasti sedap ke tak.
|
Spaghetti alla gricia (RM38) |
|
Rosmarino ale soda (RM19) - nasib baik minumannya sedap |
Satu lagi yang kiteorang perhatikan, walaupun tempat ni nampak eksklusif tapi ada lalat dalam restoran yang sungguh mengganggu perhatian kiteorang yang tengah berborak-borak. Sepatutnya restoran bertaraf eksklusif macam ni kena la proaktif pastikan takde lalat dalam restoran.
Sebelum balik, macam biasa tangkap gambar dulu ðŸ¤:
|
Tema Barbie untuk girlfriends outing kali ni hehe |
|
Geng tudung Bokitta |
|
Posing kat luar restoran pulak |
Keseluruhannya tempat lawa, makanan beshe-beshe je. Lain kali try restoran lain pulak kat Bamboo Hills ni.
Kalau korang nak try makanan kat Botanica+Co hujung minggu ni, aku sarankan korang buat tempahan meja dulu sebelum datang sini. Memandangkan ramai pengunjung yang datang weekend, restoran akan bagi slot masa 2 jam je untuk setiap tempahan. Tempahan boleh dibuat di laman web Botanica+Co. Dah cuba, jangan lupa buat review tau.