Masa di Kuching, entah apa mood Suami Terchenta tiba-tiba mengajak aku berjalan-jalan ke Kampung Telaga Air. Dulu masa duduk di Sarawak tak pernahnya la terfikir nak terjah kawasan-kawasan ni tapi bila dah tak duduk di Sarawak baru berminat nak meneroka tempat sendiri.
OK la, sis layankan je sebab memang begitulah perangai kiteorang dari sebelum ada anak lagi. Kalau rasa nak berjalan, onz aje. Lagi seronok bila budak-budak taknak ikut, makin panjang langkah mak bapaknya! 😂
Perjalanan ke Kampung Telaga Air mengambil masa sejam lebih dari Samarahan |
Hajat ke sini sebenarnya nak cari makanan laut segar sebab selalu dengar orang lain cakap kat sini makanan laut terutama ketam segar dan murah. Tapi kiteorang lupa, time pergi tu kan orang masih lagi sibuk beraya. Hmm. Maka takde la jumpa seafood segar.
Memandangkan dah sampai kat Kampung Telaga Air tu, kiteorang pun ambik kesempatan berjalan-jalan menyusuri tebing sungai. Cuaca yang panas terik menjadikan pemandangan langit dan air menjadi biru. Cantik! Dah la airnya jernih pulak tu, boleh nampak ikan berenang-renang di permukaan.
Menyelusuri waterfront Kampung Telaga Air |
Kiteorang tengok ramai pengunjung ke Esplanade Jeti Telaga Air jadi kiteorang pun follow rapat-rapat |
Tak sangka rupa-rupanya ada perkhidmatan boat tour. Sewa satu boat RM50 maksimum 5 orang, tapi kiteorang naik berdua je. |
Macam biasa kiteorang ni tak membuang masa dan berfikir panjang terus setuju naik bot sebab cajnya cuma RM50 untuk satu bot. Dah naik bot baru teringat nak tanya ada buaya tak kat sungai ni (jawapannya mestilah ada, sungai di Sarawak dan buaya berpisah tiada). Mampu berdoa dalam hati je janganlah bot ni terbalik sebab pemandu bot ni cakap ada beratus-ratus buaya kat dasar sungai ni!
Dalam risau ada buaya, tetap enjoy menikmati pemandangan langit biru dan angin yang sedikit masin |
Pemandu bot bawak kiteorang meninjau hutan paya bakau di Taman Negara Hutan Lembap Kuching di seberang Kampung Telaga Air. Barulah aku tau yang kat Sarawak ni pun ada jugak monyet hidung panjang (proboscis monkey). Kesian kan aku? Selama ni aku dok bercita-cita nak ikut mangrove tour di Sabah sebab ingatkan kat Sarawak tak wujud spesies monyet hidung panjang ni 😅 Rupa-rupanya this monkey lives in our own backyard! Bak kata Rajah Brooke. Hehe.
Kuching Wetland National Park - ye, aku baru tau jugak kewujudan taman negara hutan lembap ni 😭 Teruk nau orang Sarawak ni, macamana la nak jadi duta negeri sendiri camni huhu... |
Aku rasa RM50 tu berbaloi sangat-sangat sebab sejam jugak pemandu bot tu bawak kiteorang meninjau dari luar hutan paya bakau ni. Katanya kalau nak masuk ke dalam, kena join tour sehari. Yang tu pakej lain, harganya pun lain. Tapi lebih puas hati sebab dia akan bawak masuk ke dalam hutan paya baka (dalam bot) sambil cari monyet, buaya, ikan lumba-lumba dan segala macam spesies binatang yang tinggal dalam hutan paya bakau tu.
Mengabadikan kenangan naik bot menyusuri sungai penuh dengan buaya tanpa memikirkan masa depan anak-anak |
Dari jeti Kampung Telaga Air, kiteorang dibawa menyusur sungai sampai ke muara. Dari jauh dah nampak Gunung Santubong. Percubaan melihat ikan lumba-lumba melompat keluar dari air di kawasan ni tak berjaya sebab angin agak kuat dan air laut bergelora. Ikutkan pemandu bot kiteorang, kalau air tenang barulah ikan lumba-lumba akan naik ke permukaan dan bermain-main. Kadang-kadang depan bot ikan lumba-lumba tu melompat-lompat sebab tak takut dengan orang.
Nun di depan dah sampai ke muara sungai |
Tak jauh dari situ, ialah lokasi Pulau Satang. Pemandu bot bagitau yang ramai pelancong dari luar negara melawat pulau tu untuk aktiviti snorkeling. Airnya jernih kadang-kadang boleh nampak penyu berenang. Ternganga aku dengar kat Sarawak ada tempat snorkeling! Terus rasa malu sangat sebab aku ni nama je orang Sarawak tapi tak tahu kewujudan tempat-tempat menarik macam ni kat Sarawak. Cis.
Dalam perjalanan pulang ke jeti, aku dan Suami Terchenta berjanji next time akan bawak budak-budak ke sini untuk aktiviti snorkeling dan explore hutan paya bakau. Tu pun lepas pemandu bot tu bersungguh-sungguh meyakinkan kiteorang sepanjang berpuluh tahun dia kerja sebagai pemandu bot, tak pernah sekali pun ada insiden dengan buaya kat sini. Sebenarnya, buaya seboleh-bolehnya mengelak manusia walaupun saiz buaya tu menggerunkan. Dia pernah terserempak dengan buaya berukuran sama panjang dengat bot dan lebar separuh dari bot, sampai menggigil penumpang yang dia bawak. Kalau aku jadi penumpang tu, mau pengsan agaknya huhu.
Dah nak sampai ke jeti |
Maka dengan tu berakhirlah boat tour kiteorang yang cukup padat dengan ilmu baru tentang keistimewaan Sarawak yang kaya dengan alam semulajadi.
Cantik pemandangan jeti nelayan ni |
Dalam perjalanan balik, sempat lagi singgah beli coconut shake, mango shake dan lemang. OK la not bad.
Oh ya, kalau sesiapa berminat nak join tour macam ni, boleh la contact nombor kat bawah ni:
Sumber: Facebook De ABF Circle |
Yang ni pulak pakej yang aku cakap - 2 jam menyusuri hutan paya bakau tengok monyet, buaya dan ikan lumba-lumba:
Sumber: Facebook De ABF Circle |
Untuk trip snorkeling pulak:
Insha Allah, tahun depan balik ke Kuching kiteorang akan bawak anak-anak pulak meneroka hutan paya bakau dan snorkeling di Pulau Satang.