Kalau cuti CNY tak plan ke mana-mana, cuti Hari Wilayah lepas aku plan la nak berjimba dengan Suami Terchenta dan anak-anak. Breakfast dah usya nak makan di kedai mamak. Tengahari pulak nak ke FLOW Smoke & Brew untuk mencuba daging brisket yang dipesan oleh Kak Ujie dan suaminya minggu lepas. Kedai ni terletak di Kampung Chubadak so dekat je dengan kawasan kiteorang. Petang hajatnya nak ke pasaraya membeli groceries.
Tup-tup pagi tu Suami Terchenta dapat call suruh join online meeting. Hmm. Sampai ke petang la dia dalam meeting tu, tertidur-tidur aku tunggu dia habis meeting. Bila Suami Terchenta habis bekerja jam dah menunjukkan pukul 4.30 petang. Terus kami bersiap-siap keluar. Mula-mula singgah ke klinik. Ingatkan sekejap je di klinik, tapi lama jugak jadinya hampir sejam berjumpa doktor sebab kena buat blood test. Kali ni anak-anak pulak tertidur dalam kereta menunggu aku. Syok tidur sebab hujan lebat di luar.
Selesai urusan di klinik, kami pergi ke Sunway Putra Mall untuk membeli groceries. Solat Asar dan Maghrib di situ. Bila nak gerak balik sebab Khayla ada kelas tuisyen Matematik online, tiba-tiba enjin kereta tak boleh hidup pulak... Sudahnya Khayla join kelas dalam kereta sementara Suami Terchenta memesan bateri baru dari aplikasi bateriku.com. Sempat lagi dia cakap nasib baik bateri kereta mati di KL, kalau masa kami di Perak mesti susah nak cari kedai alat ganti bateri sebab semua kedai tutup.
Sementara menunggu pesanan bateri di assign kepada runner yang available, Suami Terchenta cuba sekali menghidupkan enjin kereta. Berjaya! Terus kami memandu pulang ke rumah, dalam perjalanan aku telefon customer support bateriku.com untuk tukar lokasi penghantaran bateri ke Sentul pulak. Syukur harga bateri baru masih dalam peruntukan bajet kecemasan.
Walaupun tak kesampaian hasrat nak ke restoran FLOW, demi menebus rasa bersalah Suami Terchenta suruh aku order jugak di aplikasi Grabfood. Aku pesan nachos dan lamb ribs untuk kami kongsi makan. Aku makan sikit je sebab dah lepas pukul 9 malam, buat cukup syarat untuk aku makan ubat-ubat yang doktor bagi. Rasanya memang sedap, patutlah harganya kayangan. Anak-anak beria-ia makan nachos dan kentang goreng, dan Suami Terchenta menghabiskan ribs dan salad.
Kadang-kadang macam tu la, bila dirancang tak menjadi tapi yang tak dirancang pulak menjadi!
Khayla ni dari dulu lagi dia bercita-cita nak jadi pilot.
Agaknya masa kami PJJ dulu, dia selalu naik flight nampak pilot pakai segak kot. Dan memang dia suka sangat naik flight.
Kemain dia buat 'peace' bila bergambar sebelah pilot. Masa ni umur dia 9 tahun.
Bulan Disember lepas, tercapai la hasrat Khayla merasai pengalaman jadi pilot:
Khayla tengah buat pre-flight checks
Kapten Khayla (Ameen2x!)
Sebenarnya Khayla join aktiviti flight simulation yang dianjurkan oleh Young Aviator Academy bertempat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Disebabkan minatnya yang mendalam nak jadi pilot, kiteorang bagi la dia join aktiviti ni untuk dedahkan dia dengan keadaan dan tugas-tugas sebenar dalam kokpit. Khayla siap offer bayar guna duit poket yang dia dah kumpul sebelum ni, cuma adalah jugak Suami Terchenta tolong top up sikit.
Khayla register untuk pakej 45 minit
Bila dah confirm registration, kena datang 15 minit awal untuk taklimat tentang pengendalian kapal terbang oleh flying instructor.
Kat sini la tempatnya, kena naik tangga sebelah kafe Starbucks lepas tu belok kiri terus nampak
Papan tanda di sebelah pintu
Kami sampai 10 minit awal dan duduk dalam 'kabin' sementara menunggu sesi sebelumnya selesai. Ahli keluarga dibenarkan masuk ke kokpit tapi terhad kepada 3 orang je sebab kokpit tu kecik je.
Merasa duduk di kerusi business class hehe
Sebelum bermula, instructor bagi sedikit taklimat tentang terma-terma yang digunakan oleh juruterbang dan menara kawalan, contohnya knot, aras kaki untuk terbang, bacaan kompas dan sebagainya. Agak menarik jugak la penerangan tu. Instructor tu sebenarnya pilot trainee yang belajar kat situ, muda lagi budaknya dalam umur 26 tahun. Tapi dia kata, 'Ramai lagi muda dari saya kak, saya ni join lambat sikit sebab mak ayah suruh ambik diploma dulu untuk back-up plan.' Yalah kan, kerjaya pilot ni tak semestinya stabil, kalau berlaku krisis ekonomi ada kemungkinan syarikat akan kurangkan pekerja dan pilot la yang paling terjejas sebab gaji dieorang tinggi.
Tak lama kemudian, sesi sebelum ni tamat jadi kiteorang pun masuk ke kokpit. Khayla duduk di kerusi pilot. Bila duduk dekat-dekat ni, boleh nampak banyak betul instrumen dekat control panel yang pilot kena tahu. Bukan setakat kena tahu butang atau suis apa, kena tahu bila nak tekan dan bila kena nyah-aktifkan. Ha, sapa kata kerja pilot senang? Nak lulus kena habiskan beratus-ratus flight hours buat flight simulation hours dan praktikal, baru dapat jadi pilot.
Instrumen dalam kokpit (Sumber: Pinterest)
Khayla tekun mendengar penerangan tentang flight checklist
Selesai penerangan tentang flight checklist, bermulalah sesi penerbangan dari Lapangan Terbang Subang ke KLIA. Instructor cuma bagi arahan dan tunjuk mana butang / suis yang perlu ditekan, selebihnya Khayla yang kena buat sendiri. Seronok tengok Khayla mengendalikan control wheel, dah terbayang bila dia besar nanti siap pakai baju seragam pilot hihi. Over sangat mak Khayla ni kan... Cuma masa dia kena pusing kapal terbang tu, Suami Terchenta complain pening lalat sebab dia pusing laju sangat. Sebenarnya dia tak boleh nak agak bila mula kena pusing control wheel tu, jadi dia lambat pusing sampai kena tegur instructor. Sudahnya dia pusing sharp turn untuk pergi balik ke koordinasi penerbangan, itu yang sampai pening kiteorang penumpang kat belakang hihi.
Sesi 45 minit ni termasuk take off dari Lapangan Terbang Subang dan mendarat di KLIA, lepas tu take off lagi pusing KL sampai ke KLCC sebelum berpusing dan mendarat semula di Subang. Dua kali berlepas dan dua kali mendarat. Cukup la tu untuk Khayla familiarize dengan instrumen dalam kokpit. Tunggu dah besar nanti Insha Allah ada rezeki hantar Khayla ke akademi pilot, boleh la dia praktis sampai mahir.
Selesai penerbangan oleh Kapten Khayla!
Sempat lagi aku tanya adik tu, berapa lama belajar jadi pilot dan berapa yuran yang dikenakan? Katanya, dalam setahun setengah dah boleh habiskan latihan pilot. Dari segi yuran, dia akui sangat mahal (yalah, bila dah jadi pilot, gaji pun mahal!). Lebih kurang sama yuran belajar kat overseas, haa tersedak mak pak Khayla dengar! Dia nasihatkan Khayla belajar rajin-rajin dan kuasai subjek Matematik, Fizik dan Bahasa Melayu / Inggeris, ambik diploma dalam bidang aeronautical engineering lepas tu apply bawah akademi MAS atau AirAsia sebab boleh applyloan MARA ambik latihan pilot. Bagus adik tu, siap bagi tips untuk budak-budak sekolah yang bercita-cita jadi pilot. Terima kasih banyak2 adik pilot! Aku doakan dia terus dapat offer jadi pilot bila dah habis belajar.
Aku harap dengan pengalaman ni, Khayla lebih bersemangat untuk belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kerjaya impiannya.
Semoga tercapai hasrat Khayla untuk jadi juruterbang!
Jom tengok Kapten Khayla buat penerbangan sulung dalam flight simulator cockpit:
Semalam aku pergi klinik sebab dah tak tahan batuk tak sembuh-sembuh sejak kena flu 3 minggu lepas. Lepas tu ada masalah lain jugak so aku syak ada jangkitan kuman.
Dulu aku kurang ambik berat pasal jangkitan kuman. Tapi bulan lepas aku dikejutkan dengan pemergian seorang sahabat / ex-colleague masa aku di tempat kerja lama, yang disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah. Sebelum ni sihat-walafiat, tiba-tiba dengar dah takde. Innalillahiwainnailaihirojiun. Bila kuman dah terlampau banyak dalam darah sampai masuk ke jantung atau otak, itu yang bahaya.
Aku pergi ke klinik di Sentul Boulevard. Doktor perempuan India yang aku jumpa tu memang bagus. Dia teliti tanya soalan-soalan berkenaan sejarah penyakit sebelum ni dan simptom-simptom yang aku hadapi. Dia sarankan aku buat ujian darah untuk tau sama ada ianya jangkitan kuman atau virus. Baru dia boleh rawat dengan betul. Kalau jangkitan virus, lain rawatannya. Kalau jangkitan kuman, ya kena bagi antibiotik.
Hasil dari ujian darah tu, doktor tu terangkan kepada aku bacaan darah selepas tu. Macam yang aku syak, memang ada jangkitan kuman. Jadi doktor bagi aku antibiotik yang aku kena ambik 2 kali sehari dan perlu dihabiskan dalam 5 hari.
Aku cerita batuk aku agak teruk especially waktu malam masa baring. Dia syak aku kena GERD lagi. Erk. Memang aku ada langgar pantang minum kopi ni masa bawak Louis ke kafe tempoh hari. Huhu. So dia bagi jugak ubat sakit perut.
End up, banyak jugak ubat-ubatan yang doktor bagi. Ubat batuk, ubat sakit tekak, antibiotik, ubat sakit perut dan air garam untuk kencing kotor (agak teruk jangkitan kali ni sampai kena kencing kotor).
Siap doktor pesan kat aku, 'Puan, kalau kena flu lagi, terus pergi klinik saya bagi antibiotik siap-siap takde la kena makan banyak ubat macam ni.'
Hari Isnin lepas, tiba-tiba Suami Terchenta ajak ke Pulau Pangkor. Mula-mula tak plan ke mana-mana sebab katanya dia kena standby dan kerja cuti panjang tu. Alih-alih, project timeline bawak ke depan so dia pun tetiba free.
Aku kurang yakin berjaya ke tak sampai ke Pulau Pangkor disebabkan kali ni cuti panjang mesti ramai yang dah buat plan ke sana. Tapi Suami Terchenta kata nak cuba jugak. Kalau tak dapat ke Pangkor, singgah ke Teluk Batik pun ok. OK, moh ler kita...
Pagi Isnin tu lepas Subuh kiteorang bersiap-siap bertolak ke Lumut. Alhamdulillah jalan tak jammed. Tapi bila kiteorang sampai kat Lumut, mak aih... parking bertingkat memang penuh dan terpaksa cari parking jauh sikit. Last-last jumpa jugak parking kosong di depan Kediaman Rasmi dan Pejabat Orang Besar Jajahan Manjung tak jauh dari The Orient Star Resort.
Kena menapak jauh sikit baru sampai ke Pangkalan Jeti Lumut
Dari parking, menapak dalam 10 minit ke Jeti Lumut. Terus pergi ke kaunter tiket. Akak kat kaunter tu bagitau tiket pergi ada lagi tapi pukul 3 petang, nak balik pulak takde. Kena balik esok pagi. Alamak. Dah la tak book hotel kat sana dan tak bawak baju ekstra jadi kami batalkan hasrat ke Pulau Pangkor. Nampaknya takde rezeki bawak anak-anak ke Pulau Pangkor.
Boleh beli tiket online jugak rupa-rupanya
Dah alang-alang di Lumut, kami singgah beli produk hasil laut di salah satu kedai di sini. Asyik membelek ikan bilis mata biru, ikan bilis kopek dan udang kering yang cantik-cantik sampai terlupa pulak nak ambik gambar. Ambik kesempatan beli ikan bilis kopek setengah kilo, sotong merah, fish fillet dan keropok ikan untuk dibawa pulang. Suami Terchenta nampak jeruk asam buah merah dan jeruk mangga, terus dibelinya jugak. Buat makan-makan dalam kereta untuk menghilangkan rasa mengantuk masa memandu katanya.
Kami teruskan lagi perjalanan ke Teluk Batik. Kalau di Lumut cuaca mendung, di Teluk Batik pulak cuaca bukan main lagi panas terik. Banyak kenderaan yang beratur untuk masuk ke kawasan letak kereta di Teluk Batik, mungkin mereka pun sama macam kami jugak yang takde rezeki ke Pulau Pangkor.
Pertama kali jejak kaki ke Teluk Batik
Suami Terchenta angkut sekali khemah untuk bersalin pakaian. Cari punya cari ruang kosong untuk pacak khemah, akhirnya jumpa jugak berdekatan dengan tapak perkhemahan dan dekat dengan bilik air. Senang la lepas mandi laut boleh terus mandi dan salin baju di bilik air.
Oleh sebab cuaca panas yakmat, tetiba rasa malas la pulak nak turun mandi laut. So aku volunteer jaga barang-barang dalam khemah sementara yang lain pergi mandi. Anak-anak pulak dah teruja bukan main. Lepas tukar baju renang, zuss dieorang dah lari masuk air! Cepat-cepat Suami Terchenta tukar baju dan ikut anak-anak sekali. So tinggal la aku sorang-sorang duduk depan khemah sambil berkipas. Nasib baik angin sepoi-sepoi bahasa, hilang sikit bahang dalam khemah tu.
Orang ramai sedang mandi-manda di Teluk Batik
Tak lama kemudian dalam 30 minit lepas dieorang meluru masuk air, anak-anak muncul depan mata. Masing-masing ambil tuala, baju dan alatan mandi sebelum beratur di depan bilik menunggu giliran. Ramainya orang yang tunggu turn masuk ke bilik air sampai sejam jugak aku tunggu dalam khemah. Suami Terchenta pergi sekejap je walaupun barisan sebelah bilik air lelaki pun panjang jugak. Katanya lelaki mandi dan tukar pakaian tak sampai 5 minit pun. Itulah senangnya jadi lelaki. Perempuan nak kena keringkan rambut pun dah ambik masa. Mujur aku tak ikut mandi.
Sementara tunggu anak-anak, aku berbaring dalam khemah melelapkan mata sekejap. Dalam khemah terasa berbahang, nasib baik aku ada bawak kipas angin kecil dibeli di Kaison. Dapat la lena sekejap. Suami Terchenta pulak makan jajan yang kami beli di Lumut. Sampahnya kami simpan dalam plastik dan bawa balik.
Akhirnya anak-anak selesai mandi dan ganti baju. Masing-masing lapar dan mengunyah-ngunyah jajan yang dibeli. Nampak gaya memang tak sempat bawak balik ke KL! 😂 Sebelum balik, kami ambik gambar buat kenangan:
Tak nampak muka aku ditutup dengan tangan Khadeeja
Kami meninggalkan Teluk Batik sekitar jam 6 petang. Seterusnya kami ke Teluk Intan untuk bawak anak-anak tengok Menara Condong Teluk Intan. Sayangnya masa kami sampai hujan lebat mencurah-curah. Tengok dari dalam kereta je la jawabnya...
Anak-anak tanya kenapa arkitek menara ni reka menara ni condong? 😅
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Masjid Jamik Kampung Changkat Jong untuk menunaikan solat Maghrib. Plan asal nak singgah makan malam di kawasan Sekinchan tapi dengan hujan lebat kami batalkan hasrat dan singgah makan di sebuah kedai Melayu dalam perjalanan (aku tak ingat nama kedai tapi seberang ada kubur Cina dan Hindu).
Selesai makan malam, kami memandu masuk ke Lebuhraya PLUS dan meneruskan perjalanan balik ke rumah. Banyak jugak kereta tapi masih bergerak lancar. Sampai di rumah jam 11 malam. Masing-masing keletihan jadi terus solat Isyak dan masuk tidur. Dengan tu berakhirlah percutian mengejut kami yang tak berapa menjadi 😅
Salam Rabu semua! Buat warga KL, selamat menyambut Hari Wilayah ye. Best nya hari ni Suami Terchenta cuti, boleh la ajak breakfast di luar hari ni.
Berbalik kepada gambar yang aku ambik masa kami dalam perjalanan ke Teluk Batik ni, tiba-tiba rasa rindu sangat dengan rumah arwah atok di kampung masa zaman aku kecik dulu. Walaupun berbeza sikit rekabentuknya tapi lebih kurang sama.
Di depan rumah atok ada sebatang pokok bunga janda kaya. Sentiasa lebat berbunga. Tingkap rumah atok jenis tingkap kayu macam gambar ni:
Kredit foto: propertyguru.com.my
Selepas beberapa tahun, atok tukarkan tingkap kayu kepada gelas kaca frosted berwarna-warni. Petang-petang kami suka buka tingkap dan lepak-lepak sambil memerhati orang lalu-lalang. Kadang-kadang ada yang singgah dan menegur. Bila atok / nenek jemput naik, ada yang menolak tapi sambung berborak-borak di tepi tingkap. Kadang-kadang ada jugak yang naik tapi cuma duduk di tangga atas sambil bersembang di bahagian beranda rumah.
Di bahagian bawah rumah, atok jadikan tempat simpanan baja-baja dan alat-alat bercucuk-tanam. Atok letak buai jala untuk berehat / tempat cucu-cucu bermain. Atok kemana-mana naik basikal tua Raleigh. Basikal masa tu ada lampu dynamo untuk suluh jalan waktu malam. Malam-malam lepas balik dari surau, atok bawak naik basikal simpan dalam rumah takut orang curi.
Perabot pilihan masa tu ialah perabot rotan. Nenek pulak ada banyak koleksi bekas tembaga. Bercakap tentang perhiasan tembaga, adat orang dulu-dulu, hantaran perkahwinan wajib bagi bekas dan perhiasan tembaga. Semakin tinggi status keluarga perempuan, semakin banyak bekas tembaga yang kena diberi. Nenek saudara iaitu adik atok selalu bercerita yang keluarga kami ialah dari keturunan Maharaja Tugau. Betul atau tak, wallahu'alam. Aku selalu anggap Maharaja Tugau sekadar mitos masyarakat kami.
Cuma yang aku ingat masa keluarga Suami Terchenta datang merisik, atok ada mintak hantaran bekas tembaga jugak sesuai dengan status bangsa sembilan pikul, tapi keluarga belah lelaki tak faham sebab kami berlainan kaum (Suami Terchenta orang Melayu Sarawak, aku pulak Melanau). Aku pun takde la nak ikut sangat adat end up, tak dapat la hantaran bekas tembaga 😂 Berlainan dengan sepupu aku, dia kena sediakan hantaran mengikut status bangsa tujuh beritih.
Dulu masa arwah atok dan nenek masih hidup, semua anak-anak mereka akan balik berkumpul masa Hari Raya. Masa ni seronok, masuk waktu tidur je kami bentang toto dan tilam nipis beramai-ramai di ruang tamu. Kalau hari panas, tidur sambil bukak tingkap. Bila ahli keluarga bertambah, atok ubahsuai rumah buat tingkat bawah supaya setiap keluarga ada bilik masing-masing. Lagi satu untuk memudahkan atok dan nenek, sebab masa ni dieorang dah mula sakit-sakit lutut tak boleh naik turun tangga lagi. Dapur pindah dari tingkat atas ke tingkat bawah. Bilik air pun pindah ke tingkat bawah.
Arwah nenek meninggal dunia pada 1 Januari 2003. Arwah atok pulak meninggal dunia pada 5 Jun 2011, sama dengan tarikh lahir aku 😢
Sekarang ni rumah kampung dah semakin usang. Anak-anak dan cucu-cucu pun dah jarang balik sejak atok dan nenek meninggal dunia. Cuma Pak Usu dan Mak Ngah je yang rajin balik menjengok Mak Udak yang tinggal di rumah pusaka tu. Ada masanya, aku rindu suasana masa kami kecik dulu. Rindu berkumpul di meja makan beramai-ramai. Rindu berbuka puasa dengan bubur kapur sedap di kampung. Paling aku rindu, arwah atok dan nenek. Semoga mereka tenang di alam sana.
Esok warga KL, Putrajaya dan Labuan akan menyambut Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Februari 2023. Maksudnya, besok Suami Terchenta dan anak-anak bercuti yeay!
Sedikit fakta tentang Hari Wilayah Persekutuan:
Wilayah Persekutuan merangkumi tiga buah wilayah iaitu ibu negara Kuala Lumpur, Labuan dan akhir sekali Putrajaya
Ketiga-tiga wilayah ini dikawal selia Kementerian Wilayah Persekutuan yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga tiga pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Labuan dan Perbadanan Putrajaya yang menjadi pintu gerbang utama kepada negara
Disambut pada 1 Februari sempena pengisytiharan status Wilayah Persekutuan yang pertama iaitu bandaraya Kuala Lumpur pada 1 Februari 1974
Labuan menjadi sebahagian dari Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 bermatlamat mengukuhkan perpaduan serta menghapuskan perasaan perbezaan antara penduduk di Malaysia.
Putrajaya diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 untuk mengangkat status Putrajaya sebagai pusat pengurusan dan pentadbiran kelas pertama terhadap infrastruktur yang telah dibangunkan.
Buat sesiapa yang tengah berdiet tapi teringin nak makan bihun goreng, apa kata korang cuba suhun goreng? Rasanya pun lebih kurang sama tapi alternatif yang lebih sihat, rendah kalori dan rendah GI (glycemic index). Suhun diperbuatsamaada daripada tepung mung bean atau kacang hijau, tepung keledek, tepung ubi atau tepung kentang manakala bihun diperbuat dari tepung beras.
Aku share resipi suhun goreng yang aku selalu buat:
Bahan-bahan:
Sepeket kecil suhun (direndam dalam air panas, kemudian toskan)
1 sudu besar kicap cair / sos tiram / minyak bijan / gula - campurkan dan gaul sehingga gula larut.
Kicap pekat (kalau nak lebih gelap)
Seketul dada ayam - dipotong kecil-kecil dan diperap dengan sedikit campuran kicap tadi)
Sebiji telur (dipukul)
Sayur-sayuran pilihan (aku suka letak baby corn, lobak merah atau baby kailan. Lobak merah aku kukus sekejap supaya masa menumis tak terlalu lama)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Daun bawang (untuk hiasan)
2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
Cara-cara:
Panaskan minyak masak dengan suhu sederhana.
Tumis bawang putih sehingga perang & naik bau.
Masukkan kepingan dada ayam dan kacau sehingga sedikit garing.
Masukkan sayur-sayuran dan tumis sehingga sayur masak.
Tolakkan bahan-bahan dalam kuali ke tepi, kemudian tuang telur yang telah dipukul ke dalam kuali. Kacaukan sampai telur hancur lepas tu campurkan dengan bahan-bahan lain.
Masukkan suhun dan kacau.
Masukkan campuran kicap tadi dan gaul sehingga sebati. Kalau nak lebih gelap masukkan kicap pekat sikit.
Tabur daun bawang dan gaul lagi sebentar.
Hidangkan semasa panas-panas.
Lebih sedap bila dimakan dengan cili jeruk. Tapi kena ingat walaupun resipi sihat, masih kena amalkan portion makanan yang sesuai ya.
Sabtu lepas kami bawak keluar Louis untuk bersosial dengan kucing-kucing lain di sebuah kafe mesra kucing. Kafe ni terletak di Jelatek, kalau ikut lebuhraya DUKE dalam 10 minit je dari rumah kami.
Kami sampai hampir-hampir pukul 6 petang. Tak susah untuk dapatkan tempat letak kereta sebab kami dapat parking betul-betul di depan kafe.
Meraki Jelatek
Deko menarik di luar kafe
Pertama kali menjejakkan kaki ke kafe mesra kucing
Belum masuk kafe lagi dah terpersona dengan ID cafe ni
Tempat duduk di luar
Kedatangan kami disambut oleh kucing-kucing residen kafe. Semua pandang Louis semacam je. Agaknya dieorang tengah fikir - eh, siapa si chonky ni? 😹 *gelak dalam kucing*
Bahagian dalam kafe
Tak lepas-lepas mata memandang si Louis
Louis: Jom la kita berkawan. Oyen: Kau sapa? Sambil nak mencakar Louis. Oyen memang gangster sikit
Tak ramai pelanggan dalam kafe ni, mungkin sebab dah petang kot. Kami ke kaunter melihat menu yang ada. Makanan berat seperti pasta dan chicken chop antara menu yang ditawarkan, tapi kebanyakannya habis. Yang tinggal cuma beef lasagne. Akhirnya kami decide untuk minum petang je memandangkan selepas pukul 6 petang, pastri dan kek dijual separuh harga.
Toffee Caramel Latte dan Cappuccino
Untuk minuman frappe, beli dua harga jadi RM10 satu.
Chocolate Frappe
Vanilla Salted Caramel Frappe
Danish Pain Au Chocolat
Coffee cake dan Oreo Cheesecake
Di belakang, ada ruang untuk duduk santai dan bermain games seperti Jenga, congkak, foosball dan chess, atau membaca buku-buku yang ada. Melihat tiffin atau mangkuk tingkat yang comel-comel belaka, geram je rasa nak beli satu. Tapi kat rumah dah ada tiffin dan jarang guna pun hehe. OK, aku batalkan hasrat.
Ruang santai. Salah satu kerusi ni tempat lepak kucing yang paling gebu kat sini, lebih gebu dari si Louis!
Botol Coca-Cola mini yang comel
Hiasan dalaman kafe ni memang cantik dan sesuai untuk Instagrammers yang suka berposing ambil gambar.
Khayla pun nak bergambar
Back to Louis. Mula-mula dia menyorok bawah rak tiffin je sambil perhati kucing-kucing kat sini. Yang lain-lain (kecuali yang tengah lepak tidur atas kerusi tu) pun datang dekat nak tengok kawan baru. Oyen je la sombong taknak kawan.
Sedang kami menikmati minum petang, tiba-tiba seekor kucing berlari ke meja kami sambil dikejar oleh Louis. Kucing tu pun melayan jugak la berlari sana-sini kejar-mengejar dengan si Louis. Amboi, seronoknya dia dapat kawan baru!
Sambil menunggu si Louis bonding dengan kucing-kucing di sini, kami pun meluangkan masa family bonding dengan bermain congkak. Kesimpulannya bukan setakat mesra kucing, malah kafe ni juga mesra keluarga. Pekerja dan owner kafe ni pun friendly dan melayan Louis, siap bagi makan wet food! Bertambah-tambah seronok la Louis sebab jarang-jarang dapat treat wet food ni. Kami cuma bagi wet food 2 minggu sekali tu pun lepas dia mandi sebab taknak dia terbiasa sampai rejectkibbles. Lagipun kalau kerap bagi wet food, kucing boleh berisiko kena penyakit buah pinggang dan diabetes.
Overall, aku rasa konsep kafe mesra kucing ni menarik dan patut diketengahkan sebab boleh la sekali-sekala kami bawak Louis bersosial dengan kucing lain. Walaupun kucing bebas berkeliaran dalam kafe ni, tapi takde bau kucing langsung dengan penggunaan beberapa penapis udara dalam kafe ni. Eh, tetiba terasa nak ada penapis udara jugak di rumah sebab kat kafe ni tak nampak langsung bulu kucing atas kerusi. Kat rumah kami, fuhhh... kalau tak vakuum setiap hari, memang merata-rata je la bulu Louis!
Meraki Jelatek
Alamat: 3, Jalan Jelatek 1 Jelatek Business Park AU1, 54200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Masa Operasi: