|
JW Marriott Kuala Lumpur |
Macam biasa, booking dibuat melalui aplikasi Marriott Bonvoy memandangkan kami ada keahlian. Tujuan menginap di hotel ni pun untuk mengumpul earned nights supaya dapat kekalkan status Elite Silver.
Masa booking, aku inform hotel in advance yang tujuan kami iaitu untuk sambut anniversary dan birthday. Kenapa nak kena inform ye? Jeng.. jeng.. jeng...!
|
Masuk-masuk bilik ada belon untuk menyambut tarikh bermakna kami iaitu 15 Disember |
|
Siap dapat complimentary birthday cake dari hotel |
|
Ada kad birthday sekali |
Benda ni aku discover secara tak sengaja beberapa tahun lepas masa aku booking hotel untuk celebrate birthday diri-sendiri. Bila aku bagitau front desk yang hari tu birthday aku, tak lama lepas tu hotel hantarkan sepotong kek ke bilik. Aku rasa dekor yang paling romantik ialah di Hotel Majestic KL siap tabur kelopak bunga bentuk hati atas katil dan bagi sejambak bunga.
Kami tempah pakej bilik Deluxe King sekali dengan sarapan pagi. Masa daftar masuk, kami diberitahu bilik kami dah upgrade ke Executive Deluxe King, mungkin sebab bilik yang kami tempah tu dah penuh.
|
Executive Deluxe King lebih luas dan selesa |
Di kebanyakan hotel jenama Marriott Bonvoy tidak disediakan air minuman dalam botol kerana salah satu usaha conservation hotel ialah mengurangkan penggunaan plastik. Air minuman disediakan dalam botol kaca yang boleh diisi semula. Kalau dah habis boleh call housekeeping mintak refill air.
Kemudahan lain disediakan dalamb bilik hotel ialah mesin kopi, cerek air, peti sejuk mini, gelas minuman, cawan, peti keselamatan dan pengering rambut.
Satu perkara yang buat aku tertarik ialah toiletries hotel dari jenama luxury iaitu Aromatherapy Associates yang menggunakan essential oil lavender dan ylang-ylang. Automatik otak rasa tenang dan rileks bila berendam dalam bathtub berisi wangian shower gel ni. Aku siap bawak balik losyen badan dan sabun muka sebab wangi sangat. Kalau aku tengok kat website Aromatherapy Associates, boleh tahan mahal harganya. Rugi kalau tak ambik.
Biasanya kalau ke hotel yang ada bathtub, bathtub rata-rata jenis memanjang. Baru nak selesa sikit bersandar, dah menggelongsor ke depan haha. Tapi bathtub di JW Marriott KL ni just nice je untuk orang kaki pendek macam aku sebab bila berlunjur, tapak kaki cecah ke hujung bathtub. Bagi aku, ni bathtub yang paling selesa pernah aku jumpa hehe.
|
Ruang shower dan bathtub |
|
Cermin sinki dengan meja solek berasingan |
Breakfast berkonsepkan buffet dihidangkan di restoran Shook! yang terletak di Starhill Dining. Masa daftar masuk, kita kena bagitau akan turun breakfast jam berapa sebab kat sini ada 3 slot masa - 7 pagi - 8 pagi, 9 - 10 pagi dan 10 - 11 pagi. Turun ke aras LG dan lalu terowong lampu biru ni untuk ke restoran Shook!
|
Terowong biru untuk lalu ke restoran |
Hiasan dalam restoran ni memang wow sangat, nampak sangat eksklusif. Kejap lagi kita tengok makanan kat sini eksklusif ke tak.
|
Restoran Shook! |
|
Stesyen salad |
|
Cheese station |
|
Stesen nasi lemak dan lauk-pauk. Bagi aku lauk nasi lemak ni biasa je, tak de yang menarik sangat pun |
|
Grilled tomato |
|
Mihun, mi goreng, nasi goreng dan telur rebus/separuh masak |
|
Buah-buahan |
Kalau dibandingkan dengan hotel-hotel setaraf yang lain, harga buffet breakfast di sini bagi aku agak murah iaitu RM60++ untuk dewasa dan RM30++ untuk kanak-kanak (tapi masa kami datang, kakitangan di situ bermurah hati waive harga makanan untuk anak-anak).
Dari segi rasa, makanan di sini biasa-biasa je. Bagi tekak aku, yang paling sedap ialah bubur nasi. Suami Terchenta memilih makan roti pratha tapi katanya tidak sedap. Telur dadar dan scrambled eggs yang biasanya kesukaan Suami Terchenta pun tak segebu dan sesedap di hotel lain.
Setakat tu je la review hotel JW Marriott berdasarkan pengalaman kami staycation di sini. Kalau aku rumuskan:
+ points:
- Bilik hotel luas, selesa dan mewah
- Toiletries hotel dari jenama mewah
- Check-in dan housekeeping service yang cepat
- Basement parking yang luas dengan bayaran RM10 sehari untuk tetamu hotel
- points:
- Layanan kakitangan di kaunter parking yang kurang memuaskan - kami berdiri agak lama di depan kaunter tapi kakitangan tak acknowledge kami sampai terpaksa panggil kakitangan lain yang kebetulan lalu di situ
- Makanan buffet yang boleh diperbaiki