Sedikit info tentang dabai:
Cuti Krismas kali ni aku dan BFF dah rancang nak buat makan-makan hujung tahun merangkap birthday party untuk anak-anak.
Macam tahun-tahun ni, konsep potluck menjadi pilihan aktiviti makan-makan kami. Zura bawak appetizer (beef stew dan bread roll), aku selaku tuan rumah siapkan hidangan utama (roasted chicken, roasted vegetable dan mashed potato) dan Nurul pulak bawak pencuci mulut termasuk kek birthday.
Tup-tup pagi tu Zura mesej bagitau dia tak sempat nak belikan bread roll jadinya aku pun buat French loaf sebab tu je roti paling senang dan cepat aku boleh buat.
Beef stew |
Roasted veggies |
Dari atas: Roasted chicken, French loaf dan mashed potatoes |
Dari atas: Pavlova, cheese tart, chocolate cupcake dan brownies |
Kek jeli |
Asalnya aku nak buat ayam rotisserie-style yang bergolek-golek dalam ketuhar (kemain lagi excited nak merasmikan alat rotisserie dalam oven tu!) , tapi bila nak pakai rupa-rupanya skrunya longgar pulak. Huhu... kecewa. Patutnya masih ada waranti tu tapi Suami Terchenta malas nak report, dia order skru baru harga RM10 je. Patut la murah brand Rubine ni, hmm...
Pukul 12.30 majlis bermula dengan acara potong kek jeli.
Berkumpul untuk menyanyi lagu Happy Birthday |
Lepas potong kek, barulah acara makan-makan. Alhamdulillah, makanan memang just nice - tak lebih dan tak kurang. Cuma mashed potato je la tak boleh nak repeat sebab satu round dah abis licin! 😋
Budak-budak makan kat ruang tamu dan orang dewasa duduk di meja makan |
Acara seterusnya ialah bermain musical chair. Kecoh la sekejap rumah, dengan jerit tawa, tak kurang juga drama air mata sebab tak puas hati masa berebut kerusi. Siapa yang menang dia akan pilih dulu hadiah yang disediakan (kiteorang dah sediakan hadiah untuk acara tukar-tukar hadiah) diikuti orang yang kedua terakhir dan seterusnya. Sebenarnya permainan macam ni bagus untuk mengajar budak-budak ni erti kehidupan, hidup tak semestinya menang je adakalanya kena hadap juga kekalahan dengan cekal, tak gitu? Hehe.
Acara musical chairs |
Acara tukar hadiah BFF 2020 |
Acara tukar hadiah BFF 2022 |
Korang dah tengok ke cerita Mechamato ni? Asalnya tak plan pun nak tengok sebab dah set nak pergi menonton Puss In Boots: The Last Wish. Tapi masa staycation minggu lepas, Khadeeja ajak tengok wayang dan request nak tengok Mechamato Movie. Macam biasa, bapak dia tunaikan je permintaan si anak 😅.
Macam biasa posing dulu sebelum tayangan bermula... |
Kakak Khayla pulak tunjuk muka bosan bila diajak ke wayang, katanya tak minat pun kartun Boboiboi dan Mechamato ni. Tapiiiii bila movie start je, dialah antara yang kuat mengekek dengan lawak-lawak dan aksi-aksi lucu dalam movie ni 😁
Kalau korang peminat Boboiboi, cerita ni berbaloi untuk ditonton sebab memang tak kering gusi dengan lawak-lawak kartun dalam cerita ni. Aku suka part Amato menekan butang kejujuran di remote control Mechabot sebab Mechabot automatik akan bertukar watak dari kasar dan biadap kepada jujur dan sopan-santun. Mechabot tu nampak je kasar sebenarnya dalam hati ada taman. Kehilangan tuan lama akibat ditewaskan oleh Grakakus meninggalkan trauma kepada Mechabot sebab tu dia selalu kasar dengan Amato kerana tak sanggup kehilangan tuan baru pula.
Aku bagi dua 👍👍 sebab jalan ceritanya yang sempoi tapi penuh aksi dan lawak yang bersahaja sepanjang cerita ni. Sesuai ditonton seisi keluarga. Bagusnya ada juga watak orang kurang upaya iaitu kawan Amato bernama Mara. Khayla dan Khadeeja berteka-teki adakah Mara ni ialah ibu kepada Boboiboi memandangkan Amato ialah ayah kepada Boboiboi.
Apapun tahniah kepada pengarah dan penerbit Mechamato Movie sebab berjaya menghasilkan drama animasi yang setanding dengan kartun animasi antarabangsa.
Diriwayatkan oleh Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda:
أَحَبُّ الْعَمَل إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مَا دَاوَمَ عَلَيْهِ صَاحِبُهُ وَإِنْ قَل
Riwayat Muslim (783)
Tak lama lagi dah nak masuk tahun baru 2023. Inilah masa yang sesuai untuk kita membuat azam baru untuk memperbaiki diri dan amalan kita baik. Kalau kita tak mampu untuk berubah sepenuhnya, apa kata kita mulakan dengan perubahan kecil tapi konsisten?
Contohnya kita tak mampu berpuasa setiap hari Isnin dan Khamis, tapi mungkin kita boleh berpuasa 3 hari dalam sebulan seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW (Riwayat Imam Muslim). Kita tak mampu bersedekah RM1000, apa kata kita bersedekah RM1 setiap hari. Kita tak mampu bangun di tengah malam untuk solat tahajud dan solat witir setiap hari, apa kata kita mulakan dengan solat witir sebelum tidur. Kita terlalu sibuk tak sempat nak baca Al-Quran setiap kali selesai solat, apa kata kita membaca Al-Quran selepas solat Maghrib.
Jom kita sama-sama fikirkan azam tahun 2023 - apa perubahan kecil yang kita boleh lakukan secara konsisten?
Dua minggu lepas, aku ajak Suami Terchenta singgah ke Ruma Puteh tak jauh dari Taman Tasik Titiwangsa dan Istana Budaya.
Dah lama tempat ni dibuka, tapi ni baru kali pertama kami singgah makan di sini.
Sampai-sampai je kami berjalan melalui pintu gerbang merah jambu ni. Cantik! Patutlah ramai budak-budak muda suka bawa pasangan ke sini untuk OOTD di pintu gerbang ni.
Kami pergi selepas waktu tengahari, dalam pukul 3 petang. Jadi tempat ni sedikit lengang. Aku pun ambik kesempatan berjalan-jalan sekeliling mengambil foto.
Ruma Puteh ni asalnya bangunan rumah banglo yang diubahsuai menjadi tempat makan yang estetik sesuai dengan golongan pengguna media sosial. Setiap sudut tempat ni menonjol dengan warna-warna terang dan suasana tempat makan dalam taman yang santai.
Ruang makan dalam hadapan |
Ruang makan dalam di belakang berwarna biru dilimpahi cahaya semulajadi dari bumbung kaca yang tinggi |
Ruang makan di luar bangunan |
Minuman kami |
Mango Salmon Fried Rice |
Salted Egg Beef Bacon |
Bagi aku menu baru ni biasa-biasa je rasanya. Tak la terlalu menarik. Dengar cerita menu wajib cuba di sini ialah nasi kerabu atau nasi lemak. Cumanya masa aku datang ni aku rasa nasi kerabu tu agak berat sedangkan aku tak la terlalu lapar. Mungkin lain kali kalau ke sini lagi aku pesan nasi kerabu pulak. Siapa yang dah pernah ke Ruma Puteh ni, boleh kongsikan menu apa yang korang rasa sedap di sini?
Alahai budak-budak ni. Mommy tengok pun dah sakit gigi, korang selamba je kan mintak bapak korang belikan gula-gula kapas sorang satu?
Tapi comel kan bentuk gula-gula kapas ni. Terjumpa kiosk Amazing Cotton Candy di AEON Wangsa Maju beberapa minggu lepas. Khadeeja memang pantang nampak cotton candy mesti mintak belikan. Bersungguh-sungguh dia pujuk Suami Terchenta, bapak pulak jenis yang cepat cair dengan anak-anak. Berjaya la dapat sorang satu.
Pelbagai bentuk gula-gula kapas yang dieorang boleh buat. Si adik nak corak pelangi. Kakak nak corak bunga. Kreatif betul orang zaman sekarang buat bisnes. Modal pun tak de la banyak sangat tapi hasil kreativiti tu yang membolehkan mereka meletakkan harga premium untuk makanan yang cuma dibuat dari gula dan pewarna.
Pernah dengar tak terma keldai dadah (drug mule)? Keldai dadah ni ialah pengembara yang biasanya tak tahu apa-apa tapi dijanjikan duit atau kena scam untuk bawa beg / bungkusan asing mengandungi dadah ke negara lain. Apabila tertangkap, barulah sedar yang dia telah diperangkap oleh pengedar dadah dan sudahnya terpaksa menanggung akibatnya. Bagi mangsa-mangsa yang tertangkap di negara-negara yang mengamalkan hukuman mati mandatori, ada juga yang tak pasal-pasal kena hukuman mati. Terlalu banyak kes yang berlaku sehingga membuka mata orang awam untuk berhati-hati dengan tipu daya scammer di lapangan terbang.
Ramai orang dah sedar tentang keldai dadah, tapi macamana pulak dengan keldai akaun?
Keldai akaun ni satu lagi bentuk scam yang semakin berleluasa. Modus operandi mereka senang - janjikan wang kepada mangsa untuk pinjam akaun bank. Apa yang scammer buat ialah contact mangsa dan minta akses kepada akaun mangsa untuk memasukkan dan memindahkan wang ke atau dari akaun mangsa. Dengan cara ni, scammer dapat melakukan aktiviti penggubalan wang haram tanpa mendedahkan identiti mereka sebab akaun yang digunakan bukan atas nama mereka.
Apa implikasinya kepada pemilik akaun?
- Ditahan pihak berkuasa untuk disoal siasat
- Disaman, dipenjarakan 5 tahun atau kedua-duanya sekali
- Disenaraihitamkan (blacklisted) oleh pihak bank
- Tidak dibenarkan membuka akaun di bank yang sama selama-lamanya
Ada kemungkinan juga bank-bank yang lain pun tak bagi buka akaun sebab biasanya bank akan buat background check sebelum berurusan dengan pelanggan. Bila dah tak boleh buka akaun, gaji tak boleh masuk, tak boleh buat pinjaman bank sebab syarat pinjaman kena buka akaun dan akhirnya menyusahkan hidup sendiri. Maka berhati-hatilah jangan jadi keldai akaun.
4 taktik scammer untuk mendapatkan keldai akaun
1. Iklan kerja palsu
Lepas pandemik, ramai yang terdesak mencari kerja. Scammer menggunakan keperluan seseorang untuk memancing mereka yang terdesak ni untuk mendapatkan wang dengan cara mudah. Sekarang ni buka je media sosial memang berlambak iklan-iklan yang menjanjikan pendapatan lumayan dalam sehari dengan hanya bekerja di rumah tanpa memerlukan sebarang pengalaman. Kadang-kadang iklan ni dihantar ke SMS atau Whatsapp dari nombor-nombor yang tak dikenali, menawarkan peluang pekerjaan mudah dengan gaji lumayan.
AWAS! Jika pekerjaan yang dijanjikan nampak terlalu mudah dan gaji yang ditawarkan tak masuk akal, besar kemungkinan itu ialah iklan palsu. Apa yang berlaku seterusnya ialah mangsa akan diminta memberi maklumat akaun bank atau kad ATM dengan alasan untuk pembayaran gaji yang hakikatnya palsu.
Kredit imej: Maybank2u.com.my |
2. Ah Long
Sindiket ah long biasanya memburu mangsa yang memerlukan pinjaman wang dengan cepat dan mudah. Mangsa yang menghubungi ah long akan diminta memberi maklumat akaun bank atau kad ATM dengan alasan 'memeriksa wang di dalam bank'. Ah long kemudiannya menggunakan akaun peminjam untuk memindahkan wang haram supaya identiti mereka dirahsiakan dari pihak berkuasa.
Kredit imej: Maybank2u.com.my |
3. Penyewa akaun bank
Kalau nampak sebarang iklan yang menawarkan wang yang banyak untuk menyewa akaun, terang-terang itu ialah scammer. Dulu-dulu scammer ni akan hantar email dengan cerita tak masuk akal (datuk dia Perdana Menteri atau Presiden negara benua Afrika nak seludup keluar wang sebelum dirampas lepas tu siap offer nak transfer separuh dekat orang yang sanggup bagi akaun bank / dia menang duit loteri lepas tu kononnya bermurah hati nak bagi dekat sesiapa yang nak bagi akaun bank, dsb.). Sekarang dia tau orang takde masa nak layan junk email, so dia pun buat iklan short & simple.
Kredit imej: Maybank2u.com.my |
4. Kaum-kerabat dan sahabat-handai
Yang ni paling buat aku speechless. Sanggup ye, scam kawan-kawan / saudara-mara sendiri. Kalau korang scroll ke bawah aku share cerita sadis pernah aku jumpa pasal scam kawan-kawan ni.
Kredit imej: Maybank2u.com.my |
Contohnya kita ada akaun bank Rimau. Satu hari saudara kita hantar mesej mintak pinjam akaun bank dengan alasan ada kawan nak hantar duit kat dia tapi kawan tu cuma boleh transfer kat akaun dari bank Rimau sebab kawan pakai akaun bank Rimau. Bila kita tanya kenapa tak hantar je kat akaun sendiri, saudara ni bagi alasan dia takde akaun bank Rimau sebab tu terpaksa mintak pinjam akaun kita. So kita pun baik hati sebab alasan dia nampak legit. Padahal sekarang ni interbank transfer duit tak dikenakan sebarang caj pun. Sepatutnya kita tak boleh dedahkan maklumat akaun bank kita (username, password, nombor PIN dan apa-apa akses ke akaun kita) kepada orang lain. Apa-apa yang berlaku sekiranya duit kita dicuri / akaun disalahguna ialah kesalahan kita sendiri bila kita dedahkan maklumat akaun kepada pihak ketiga.
Kisah Kawan Scammer
OK ni cerita masa aku kat universiti dulu. Dalam course aku tu, ada dua orang sahabat baik aku gelarkan A dan B la ye. Kemana-mana bersama-sama dari tahun 1 sampai tahun 4 mereka ni tak boleh berenggang langsung. Duduk pun bilik yang sama, tidur sebantal, makan sepinggan nasib baik mandi tak sekali. Sampai tahap A dengan B ni takde rahsia antara mereka - A selalu mintak tolong B untuk withdraw duit dari bank sebab mereka berdua siap share nombor PIN akaun masing-masing. B pun kadang-kadang ada jugak mintak tolong A. A ni mak bapak dia kerja kerajaan dan senang sikit, selalu masukkan duit sebab duit dia cepat habis. A pun tak tau kenapa, yalah jenis orang yang belanja lepas tu lupa apa yang dia belanja macam tu la kot. Keluarkan 200, tup-tup 3 hari kemudian dah tinggal 50 je.
Minggu terakhir sebelum masing-masing meninggalkan universiti, tiba-tiba A dengan B putus kawan. Mula-mula aku tak ambik port sangat, tapi lepas tu mulalah ramai yang bercerita. B ni diam-diam habiskan duit A. Bila A mintak tolong keluarkan 200 dari bank, B akan masukkan terus duit dalam dompet A sambil bagitau dia dah masukkan duit dalam dompet. A ni mati-mati percaya kat B jadi dia tak pernah check betul ke ada 200 dalam dompet dia. A tak sedar yang B masukkan 150 je, 50 lagi dia ambik. Pernah satu hari A hilang kad ATM, bila dia pergi ke bank untuk buat kad ATM baru, menangis dia dapat tau habis licin duit 500 dalam akaun dia. Masa tu dia pun pelik macamana orang yang jumpa kad ATM tu boleh ambik duit dia. Dia langsung tak terfikir B yang curi kad ATM tu dan sapu licin duit dalam akaun dia. B ni konon-konon simpati dekat A, siap bagi pinjam duit 100 (padahal tu duit A ye).
Bertahun-tahun B senyap-senyap songlap duit A, A cuma sedar bila satu hari handphone A hilang. Handphone tu warna kuning memang jarang-jarang orang pakai. 2 bulan kemudian, ada orang nampak B pakai handphone yang sama (dia sorok-sorok dari A, depan A dia kata dia takde handphone). So A dan kawan-kawan serumah yang lain confront B dan terbongkarlah rahsia B selama ni. Tu pun B mula-mula taknak mengaku, dia claim handphone tu pakwe dia yang hadiahkan, tapi A kenal sangat handphone dia sebab ada tanda calar kalau tak silap. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Lepas tu satu course tahu yang rupa-rupanya satu rumah tu dah kena scam dengan B (sebab pernah bagi nombor PIN dekat B mintak tolong B withdraw duit).
Eh panjang pulak kisah budak U aku ni kan. Tapi kesimpulannya tetap sama - jangan dedahkan maklumat peribadi bank pada orang lain, walau baik macamana sekali pun orang tu dengan kita. Ingat, rambut sama hitam, hati lain-lain.
Sumber maklumat: https://www.maybank2u.com.my
Balik-balik je dari staycation terus flu... adeh. Nampak tak Covid ni jahat? Dulu aku ambik vaksin influenza 2 tahun tak kena flu tapi sejak kena Covid walaupun dah ambik vaksin pun tetap kena jugak. Cumanya alhamdulillah tak seteruk sebelum ambik vaksin influenza buat pertama kali. Yes, aku ni memang mudah kena flu dan bila kena je demam dan batuk berhari-hari, sakit kepala, bersin sampai rasa nak tercabut hidung... Tu sebelum vaksin la. Lepas vaksin simptom-simptom tu cuma hidung berair, sakit tekak dan batuk sikit-sikit, demam-demam manja je la habis cerita. Kesimpulannya jagalah kesihatan musim hujan ni. Kalau ada plan nak bercuti di negara musim sejuk, ambik flu shot sebagai langkah berjaga-jaga.
Eh, melalut pulak. Anyway ni throwback je tau. Sebab tak sihat, duduk je la diam-diam kat rumah. Tapi still kena update blog jugak hehe. Nak tulis panjang-panjang pasal staycation anniversary + birthday belum ada mood lagi.
Aku terjumpa kafe ni Kooky Plate ni secara tak sengaja 3 minggu lepas masa berjalan-jalan di kawasan Chow Kit. Nama pun dah menarik so automatik kaki aku pun melangkah masuk ke dalam meninjau apa yang ada.
Bangunan kafe dari luar |
Dalam kafe ni comel dan minimalis. Bila masuk, terasa vibe chillax macam kafe kat Korea dan Jepun gituh. Suasana santai dan sesuai la kalau nak outing berdua dgn BFF sambil catch up on life's update masing-masing sebab kafe ni tak bising. Tapi aku rasa nak ajak BFF aku Nurul ke sini mungkin kurang sesuai sebab dia havoc orangnya hahaha! Tempat ni lebih sesuai kalau buat life reflection dengan BFF Zura yang jenis chillax je tu.
As a cafe, tempat wajib singgah dan tengok ialah kaunter kek dan pastries. Aku tengok tak banyak sangat option yang ada, lebih kepada cheese cake dengan pelbagai perisa. Bila aku Google, rupa-rupanya menu kat sini lebih fokus kepada makanan berat (main courses) berbanding pencuci mulut.
Antara pilihan kek yang ada |
End up bungkus Korean strawberry shortcake untuk Khadeeja peminat strawberry dan Biscoff cheesecake untuk Khayla peminat biskut Biscoff. Aku pun tumpang rasa kek dieorang, boleh tahan la. Dari segi harga, bagi aku agak mahal. Total RM33+ untuk 2 potong kek ni. Korang rasa berbaloi ke nak repeat ke sini dan cuba makanan berat dieorang?
16, Jalan Yap Ah Shak, Chow Kit, 50300 Kuala Lumpur.
Selasa - Jumaat (11AM – 10PM)
Sabtu & Ahad (8.30AM – 10PM)