Salam Isnin korang!
Biasanya Isnin je mesti semua rasa lemau je sebab Monday blues kan? Tapi since hari ni cuti umum, rasa lemau tu ditunda ke hari Selasa pulak (kecuali orang-orang kat JB). Hehe. Tahniah JDT muncul juara Piala Malaysia 2022! Aku tumpang bangga sebab pernah belajar di Skudai, Johor selama 4 tahun dan bekerja di Senai selama 2 tahun. #doneclaim
OK hari ni aku nak kongsi satu resipi roti yang aku belajar dari seorang kawan. Roti ni ialah French loaf atau roti Perancis. Teksturnya rangup di luar (crusty) dan lembut di dalam, sesuai makan macam tu je atau sapu mentega atau cicah kari / sup cendawan.
French Loaf
Bahan-bahan:
Tepung gandum / roti 3 cawanYis segera 2 sudu teh
Garam 1 sudu teh
Air suam 1 1/2 cawan
Bahan-bahan pun dah ringkas kan? Tak perlu pun pelembut roti, butter atau susu. Serius, roti ni sangat sangat simple gais.
Cara-cara:
- Satukan semua bahan-bahan sampai sebati.
- Biarkan doh kembang selama 2-3 jam.
- Panaskan ketuhar dengan suhu 230C.
- Tabur tepung atas permukaan meja / kaunter (tebal sikit pun takpe), tuang doh yang dah kembang atas tepung dan lipat roti ke dalam.
- Bentuk doh jadi bulat. Guna pisau yang tajam untuk kelar permukaan doh ikut design sendiri.
- Alas bekas dengan baking paper, lebihkan panjang supaya senang nak keluarkan roti bila dah masak. Bakar roti dalam bekas bertutup (yang sesuai untuk ketuhar) selama 30 minit, kemudian buka penutup dan bakar lagi dalam 12 minit atau sampai permukaan roti menjadi perang.
Aku guna ceramic pot beli kat Shopee. Murah je, dalam RM60+.
Ni la hasil roti yang aku buat. Harum semerbak bau roti bila dah masak. Makan panas-panas sedap sangat.