Lately kami sangat sibuk mengemas, menyusun dan menyisihkan barang-barang yang hendak diangkut ke rumah baru dan barang-barang yang dah tak diperlukan lagi sama ada sudah rosak / luput tarikh dan memang takde tempat nak letak di rumah baru.
Dalam masa yang sama, kena mencari khidmat mover untuk mengangkut barang-barang besar dan berat dan khidmat mencuci rumah lepas selesai berpindah. Setiap kali kena berpindah rumah aku memang stress yang amat sebab terlalu banyak perkara yang kena dibuat.
Fasa pertama berpindah ialah mengangkut barang-barang perkakas rumah baru yang kami beli di Shopee tapi terpaksa diletakkan di rumah sekarang sebab rumah baru masih lagi dalam fasa renovasi. Untuk fasa pertama ni, kami menggunakan khidmat Lalamove je. Bukan setakat harga yang sangat berpatutan, malah servis pun sangat baik. Semua kotak-kotak yang mengandungi hood & hob dapur, ketuhar dan microwave, kabinet drawer dan sinki dapur dibawa ke rumah baru menggunakan van Lalamove dengan caj penghantaran tak sampai RM300.
Fasa kedua berpindah ialah mengangkut sendiri menggunakan kereta Exora kami. Barang-barang yang dibawa ialah pakaian (kami tinggalkan sedikit pakaian untuk dipakai di rumah sekarang memandangkan katil belum lagi sampai), barang-barang kecik dalam laci dan kabinet dan kotak-kotak kecik yang kami bawa dari Bintulu.
Fasa ketiga barulah kami mengambil khidmat mover. Selepas meneliti 3-4 quotations, kami akhirnya memilih Packers Malaysia sebab harga yang paling berpatutan dan review yang memberangsangkan. Pada mulanya kami pilih untuk ambil lori 1 tan dan 10 kotak (sekali dengan bubble wrap dan tenaga kerja membungkus barang-barang) sebab barang-barang besar kami cuma sebuah mesin basuh, sebuah TV dan gaming chair Suami Terchenta.
Pada hari moving day barulah kami sedar sebenarnya banyak juga barang-barang yang kecik tersorok dalam almari. Tupperware je dah sebuah kotak, pinggan mangkuk dan perkakas memasak, makanan dalam tin dan botol-botol... sedar-sedar dah nak habis 10 kotak! Tu pun banyak lagi barang-barang lain dalam kabinet huhu...
Kesimpulannya janganlah assume barang-barang sikit bila di rumah ni ada banyak kabinet.
|
Moving day... |
Selebihnya no choice terpaksa angkut sendiri ke rumah baru sebab lori 1 tan tak muat. Cuti long weekend ni, memang kami habiskan mengemas dan membawa barang-barang ke rumah baru. Tak tau kenapa, kemas-kemas tapi macam sama je keadaan. Akhirnya aku decide untuk stop dulu dan take a break update blog sebab aku dah tahap tak tau nak mula dari mana aktiviti mengemas rumah ni. Otak dah tepu...
Oh ya, review aku terhadap perkhidmatan Packers Malaysia:
Menepati masa - janji datang pukul 9 pagi, memang pukul 9 pagi dieorang sampai. Tak perlu nak call2 tanya dah kat mana.
Profesional - pekerja-pekerjanya sangat profesional. Dieorang tau cara-cara nak pack, tak perlu bagi arahan banyak-banyak kali. Tapi aku pun mudahkan dieorang jugak, barang-barang yang nak di pack dalam kotak kami letakkan di satu tempat (macam dalam gambar di atas, barang-barang kami susun di satu sudut dan pekerja-pekerja tinggal nak balut dengan bubble wrap atau masuk dalam kotak je lagi) atau aku tunjuk di mana (barang-barang pantri contohnya). Cara dieorang bercakap pun sangat hormat dan berbudi-bahasa. Dan sepanjang bekerja dieorang tetap pakai face mask.
Efisyen dan pantas - Dalam masa 2 jam setengah je dah siap bungkus-bungkus barang, setengah jam susun atas lori dan setengah jam punggah dari lori dan bawak naik ke rumah baru. Keseluruhan masa bekerja ialah dari 9 pagi sampai 12.30 tengahari.
Harga - bergantung dengan jarak lokasi rumah lama dan rumah baru. Kami dikenakan caj kurang dari RM1.5k untuk perkhidmatan 1 tan lori, 3 orang pekerja dan 10 buah kotak.
Kesimpulannya, aku sangat rekemen Packers Malaysia ni untuk sesiapa yang mencari perkhidmatan berpindah rumah. Boleh usha dieorang di Facebook atau IG:
Facebook: https://www.facebook.com/packersmy/
Instagram: https://www.instagram.com/packersmy/
Nota kaki:
Kalau korang ada bajet lebih lagi, mungkin boleh usha jugak Allied Pickfords sebab masa aku pindah dari Bintulu ke KL, company lama appoint Allied sebagai relocation service provider. Dieorang ni siap tolong unpack barang-barang masuk almari / kabinet, jadi lagi mudah kerja kita. Tapi harga premium la, cuma aku tak perlu bayar sebab company tanggung masa tu. Aku lupa pulak nak tanya Packers Malaysia ada buat servis unpack ke tak, sebab rumah baru belum ready lagi nak unpack hihi.