Petang Jumaat kelmarin, tiba-tiba kakak mengajak makan malam bersama. Alhamdulillah, baru berura-ura nak ke pasar malam tapi orang nak belanja makan di tempat kayangan, iaitu di Positano Risto, Publika. Wah, apa tunggu lagi, bak kata orang Itali - 'Mangiamo!' (Let's eat!)
|
Restoran Positano Risto ni terletak di bahagian luar bangunan Publika |
Siapa sangka restoran berkonsepkan makanan Itali ni diasaskan oleh orang Muslim:
|
Sumber: positanoristo.com.my/about-us |
Menurut laman web restoran ni, sepasang suami isteri bernama Imran dan Kamilah melancong ke Capri dan Pompeii pada 2014. Dieorang fall in love dengan kecantikan bandar tepi pantai tu tapi berdepan dengan masalah nak cari makanan Itali yang halal di sana. Lepas tu timbul idea dan inspirasi untuk bukak restoran Itali yang halal di 66 Bussorah Street, Singapura, diikuti dengan cawangan di Publika KL. Nama restoran ni pun diambil sempena dengan nama bandar tepi pantai di Amalfi Coast, Itali.
Nasib kami baik sebab malam tu restoran tak penuh. Walaupun tak buat tempahan awal, kami masih dapat tempat duduk dalam restoran. Sambil tunggu makanan sampai, aku sibuk admire bongkah kayu yang menghiasi siling restoran dan sedikit ralit memerhati chef memasak pizza dalam oven di sebelah meja kami.
|
Kakak dan Khayla |
|
Tempat membakar pizza dekat belakang Suami Terchenta |
Kakak aku nak cuba setiap kategori makanan, dari appetizer, main course sehinggalah dessert. Memang rambang mata dibuatnya ditambah lagi dengan perut yang dah berkeroncong, rasa nak order semua je dalam menu! In the end, ni la makanan yang kami order malam tu:
|
Truffle Fries
|
Truffle fries ni memang appetizer yang sangat sesuai untuk dikunyah sambil tunggu makanan sampai. Sedap yakmat! Memandangkan aku memang gemar dengan perisa truffle ni, aku memang suka sangat truffle fries ni sebab rasa truffle oil nya yang kuat, ditambah lagi dengan pecorino cheese yang ditabur atas kentang goreng ni. Squisito!
Bila makan di restoran Itali memang tak lengkap kalau tak cuba pizza. Khadeeja pilih pizza ni:
|
Five Cheeses Pizza |
Ni memang resipi pizza original dari Itali iaitu lapisan kerak yang nipis dan rangup disapu dengan lapisan sos tomato dan topping menggunakan lima jenis keju - mozzarella, cheddar, burrata, feta dan parmesan. Tak tau nak explain macamana sedapnya pizza ni... perfetto!👌
Macam biasa Khayla bila pergi mana-mana mesti akan pilih menu ni:
|
Signature Mac N Cheese
|
Mac n cheese kat sini lain dari yang biasa kita jumpa di restoran lain sebab dihidang dengan peha ayam. Ayamnya sedikit kering dan tak berapa juicy, mungkin sebab dibakar dalam oven?
Aku pulak pilih ravioli:
|
4 Cheeses Pesto Ravioli |
Sila jangan kecam, asyik-asyik makan keju hehe. Nak buat macamana, aku memang hantu keju. Lebih-lebih lagi keju Itali ni antara yang tersedap di dunia. Haa, gitu sekali kan. Ravioli ni sebenarnya pasta jugak, cuma dalam tu diisi dengan white cheddar, mozzarella, parmesan and Danish blue cheese, dimasak dalam sos pesto dan dihias dengan parmesan tuile (yang nampak macam keropok tu).
Kakak aku pilih nak makan lamb shank:
|
Lamb Shank |
Lamb shank ni dihidang bersama kentang putar dan roasted veggie. Kuahnya sedikit manis tapi bagi aku sedap je. Yang best nya, dagingnya lembut sangat, memang fell off the bone gituh.
Akhir sekali Suami Terchenta pilih menu ikan:
|
Baked Norwegian Salmon |
Nampak menarik kan? Suami Terchenta makan sampai habis semua tu kecuali tomato je sebab dia tak gemar tomato.
Moving on to dessert. Oleh sebab kami dah kekenyangan, jadi kami cuma order dua jenis dessert yang dipilih oleh Khayla dan Khadeeja.
|
Mixed Berries Panna Cotta
|
Jeli strawberry pilihan Khadeeja yang dihias dengan jem beri, strawberry, serbuk biskut dan aiskrim vanilla ni just nice lepas menikmati makan malam yang berat.
Satu lagi pencuci mulut pilihan Khayla yang ada aiskrim jugak:
|
Molten Lava with Vanilla Ice Cream |
OK la, dua-dua pun sedap dan menarik.
Ada banyak lagi pilihan kek dan dessert yang menarik kat sini, tapi cukuplah ambik gambar je kali ni sebab dah kenyang bangat:
Oh ya, sebelum lupa minuman kat sini pun sedap-sedap jugak:
|
Mocktail kami - Lychee Di Menta dan Maroon 6 |
Overall memang puas hati dengan layanan dan makanan di sini. Terima kasih buat kakak yang bermurah hati berkongsi rezeki dengan kami. Semoga dimurahkan rezeki kakak.
Lokasi restoran:
Positano Risto @ Publika KLBlock C1, Lot 2, Level G3,
Publika Shopping Gallery,
Solaris Dutamas, No. 1,
Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur.
Masa Operasi: 11 pagi - 10 malam
Nombor telefon:
+603-6411 3799WhatsApp:
+6010-400 6944