Dapur ni memang sinonim dengan orang perempuan kan? Tak heran la kalau dah beli rumah dan dah dapat kunci, perkara pertama kebanyakan kaum hawa akan buat ialah survey dapur idaman betul tak? Hehe.
|
Dapur idamanku (Sumber: Pinterest) |
Tapi nak buat dapur ni tak boleh terburu-buru sebab kosnya besar. Sekali ubah lepas tu tak berkenan memang penyesalan tak sudah la jawabnya. Jadi macamana nak rancang pengubahsuaian rekabentuk dapur?
Jadi untuk memudahkan kerja, boleh ikut 10 langkah ni:
1. Senaraikan perkara yang korang nak dalam rekabentuk dapur
Nak sinki seramik atau stainless steel? Rak pantri atau pull-out drawer pantry? Nak ada dishwasher atau dish rack? Spice rack atau bottle drawer? Catat semua wishlist ni sebelum memulakan perancangan rekabentuk dapur. Kalau tak pasti apa yang korang nak, mungkin boleh fikirkan aktiviti apa yang korang selalu buat di dapur. Korang suka baking dan perlukan ruang untuk menguli dan simpan perkakas baking? Atau korang suka memasak atas dapur gas dan ada banyak periuk yang memerlukan ruang besar untuk disimpan? Dari situ korang akan nampak apa yang korang perlu dalaam rekabentuk dapur korang.
|
Teringin nak ada pantri macam ni, senang nak tengok barang apa dah habis (Sumber: Pinterest) |
2. Pertimbangkan susun atur dapur yang terbaik
Layout / susun atur ni penting tau, sebab akan memudahkan kerja-kerja di dapur. Susun atur yang terbaik ialah yang menjadikan kerja-kerja di dapur efisyen selain memaksimakan ruang dapur.
Jadi, macamana nak rancang susun atur ni?
- Macamana korang guna dapur? Macam yang aku cakap tadi, adakah korang kerap baking? Kerap memasak bersama keluarga atau selalunya dapur ni ana punya?
- Adakah ruang dapur tu ruang terbuka (open space)? Dapur korang tu bersambung dengan tempat makan dan ruang tamu atau ruang tertutup atau khas untuk dapur je?
- Kawasan kerja tiga segi - ni penting. Maksudnya, tempat penyediaan bahan memasak dan tempat memasak tu berpaksikan konsep segi tiga di mana tiga penjuru tu ialah peti sejuk, singki dan tempat memasak. Ketiga-tiga tempat ni kenalah berdekatan dengan satu sama lain supaya memudahkan kerja-kerja memasak.
- Jenis susun atur apa yang paling sesuai dengan ruang dapur korang? Kalau ruang dapur korang jenis memanjang dan sempit, mungkin korang boleh pilih bentuk 'galley', bentuk 'U' atau bentuk 'L'. Kalau dapur korang open space, mungkin boleh rancang kitchen island untuk memisahkan ruang dapur dengan ruang makan. Terpulang dengan jenis ruang dapur korang ye. Jangan la ruang dapur sempit tapi ada hati nak letak kitchen island. Memang cari pasal la tu.
3. Lukis pelan dapur yang terperinci
- Mark floor plan - power point dekat mana? Water outlet dekat mana? Pintu dekat mana?
- Plotkan perkakas dapur dengan kabinet dapur - peti sejuk / oven / microwave / periuk nasi nak letak mana? Pengisar makanan atau food processor pulak kat mana? Pinggan kat kabinet atas atau kabinet laci? Pantri nak letak kat mana? Kat sini korang boleh nampak sama ada rekabentuk kabinet dapur tu boleh menampung peralatan dapur ke tak.
4. Kumpulkan idea rekabentuk dapur idaman
Ni biasanya tengok kat Pinterest, tak pun kat Instagram. Selalunya proses yang paling disukai sebab boleh rambang mata dibuatnya. Kadang-kadang ni jadi langkah pertama bila dah takde idea sangat hehe.
Rekabentuk dapur sekarang ni boleh dikategorikan sama ada dapur moden, tradisional (formal, rustic atau country) atau 'freestanding' (kitchen island, kabinet modular).
|
Nak nampak dapur sentiasa kemas, sorok je perkakas dapur supaya work top nampak kosong dan minimalis (Sumber: Pinterest) |
5. Pilih jenis material terbaik untuk dapur
Kalau ada bajet lebih sikit, boleh la pilih kayu nyatoh atau blockboard. Nak murah sikit, jenis melamine ABS / chipboard pun ok. Boleh baca kat
sini untuk kelebihan dan kelemahan setiap material ni.
6. Pilih skema warna yang paling sesuai untuk kabinet
Skema warna ni ikut idaman hati masing-masing. Macam aku, walaupun aku suka purple tapi idok ler aku nak buat dapur warna purple hihi. Sekarang ni aku minat kombinasi warna biru dan putih, nampak 'classy' pulak bila match dengan backsplash corak marmar (marble) dengan kepala paip bronze atau gold gituhhh...
7. Pilih worktop / countertop yang paling sesuai
Antara pilihan yang ada di pasaran sekarang ialah laminate, kayu, marble, granite, quartz, konkrit, jubin seramik dan keluli (stainless steel). Ramai yang mengidam nak countertop marble tapi hakikatnya marble ni paling susah nak jaga ye.
8. Pilih jubin dinding dan permukaan lantai yang sesuai
Memandangkan kawasan dapur ni selalu lembap dan berminyak elok la kalau pasang jubin sebab senang nak lap / mop lepas masak. Sekarang ni banyak je jubin cantik-cantik yang trending kat IG. Kalau lantai pulak, boleh pilih nak pakai jubin, lantai kayu atau lantai laminate.
9. Pencahayaan dapur
Dapur ni kena pencahayaan yang terang supaya kita nampak la rendang tu dah masak ke dah rentung haha! Perkara yang perlu dipertimbangkan ialah ambient lighting (nak warm light atau white light), task lighting (fokus kepada worktop, singki atau dapur contohnya spotlight dengan lampu bawah kabinet) dan accent lighting (biasanya pendant lighting atas kitchen island atau LED strip light bawah kabinet gantung). Semua ni kena rancang awal-awal supaya senang nak plan litar lampu masa pasang lampu.
10. Tingkap jangan dilupakan
Tingkap ni boleh pasang blind (Venetian / roller blind), tak pun bagi tinted film je kalau tak nak pasang apa-apa window dressing.
Semoga bermanfaat utk sesiapa yang tengah merancang nak ubahsuai dapur.
Sumber artikel: "How to plan a kitchen – 10 steps to creating your dream space",
realhomes.com