Kebetulan aku sampai tu setengah jam lagi dah nak tutup. Tapi sempat la aku daftar. Lepas daftar, pergi ke stesen berikutnya iaitu check vital signs (BP, oksigen, heart rate, suhu). Lepas tu barulah jumpa doktor. So doktor pun tanya ada penyakit apa-apa ke tak (darah tinggi) dan last sekali dieorang bagi gelang pink yang famous ni:
|
Gelang KKM, limited edition |
Buat pengetahuan, aku sorang je kena pakai gelang ni sebab 2 hari lepas tu Suami Terchenta pulak positif diikuti dengan anak-anak. Tapi Suami Terchenta takde pulak disuruh ke CAC dan tak perlu pakai gelang pink ni. Mungkin sebab aku declare aku ada darah tinggi sebab tu kena jumpa doktor untuk check up.
Sepanjang aku menunggu giliran di CAC, aku rasa kesian sangat dekat pegawai-pegawai KKM yang bertugas di situ. Korang bayangkan masa register dieorang kena taip satu-persatu maklumat pesakit dalam database, padahal maklumat tu semua dah ada dalam MySejahtera. Ada pegawai yang kena isi borang pakai tangan dan salin nama, alamat dan nombor IC setiap pesakit sebelum dieorang bagi gelang. Dalam hati aku, kenapa MySejahtera yang canggih tu tak extend access database dekat CAC? Aku yang tengok pun penat, apa lagi pegawai-pegawai KKM yang kena menyalin tu.
Anyway, aku kena kuarantin selama 10 hari. Hari pertama dan kedua aku alami demam selsema, sakit tekak dan batuk (sebab tonsil). Setiap 8 jam memang akan ambik panadol dan ubat selsema. Setiap 3 jam pulak aku hisap Strepsil untuk melegakan sakit tekak. Air masak minum 3L sehari. 2 hari tu aku memang takde selera makan sangat, tapi aku gagahkan jugak makan buah-buahan, bubur dan sup ayam.
Hari ketiga demam beransur kebah, tekak dah baik tapi hidung pulak tersumbat. Aku teruskan minum air 3L sehari dan kerap ulang-alik ke tandas. Selera makan masih kurang tapi dah makin pulih. Hari ke-empat, aku mula hilang deria bau. Pagi-pagi lepas mandi aku basuh tandas guna Dettol, so faham-faham je la bau Dettol yang kuat. Tengahari tu aku masuk tandas terus tak dapat cium bau Dettol. Tapi malam tu boleh pulak hidung aku berfungsi semula. Esoknya hidung tak boleh hidu lagi. Macam tu la keadaan aku untuk tempoh beberapa hari selepas tu, sekejap on sekejap off pulak deria bau tu. Alhamdulillah, sepanjang tempoh tu tak hilang deria rasa.
Hari ke-6 semua simptom dah reda dan makin hilang, hari ke-8 kategori aku berubah dari kategori 2 ke kategori 1 dalam profile MySejahtera. Hari ke-10, 16 Februari 2021 aku kena pergi ke CAC untuk potong gelang. Sebelum pergi, aku saja la test nak tengok result masih positif atau negatif. Alhamdulillah masa ni result dah bertukar jadi negatif:
|
Alhamdulillah... |
Sekali lagi pergi ke CAC kali ni ramai yang turun. Ada yang bawak anak-anak dan baby. Sekali lagi aku kena bersabar tunggu giliran berjumpa doktor (jumpa doktor tak sampai 2minit tapi menunggu sejam) memandangkan kaunter doktor untuk ex-Covid dan Covid patients ni sama je, dieorang tak asingkan pun. Kaunter potong gelang dan kaunter pasang gelang pun kaunter yang sama. Warga emas yang berkerusi roda je dapat fast lane yang lain termasuk ibu mengandung kena beratur tunggu giliran.
Masa menunggu giliran tu, sempat berborak dengan pakcik India di sebelah. Dia kata dia kena Covid tapi takde gejala (asymptomatic). Sepanjang 10 hari duduk di rumah, dia asyik bergaduh dengan anak dia sebab dia buat test hari-hari (ada masa line tak clear tapi anak dia insist dia masih lagi ada Covid dan tak bagi dia keluar rumah). 'Saya sudah sihat, tapi anak saya suruh saya duduk di rumah. Bosanlah!' dia membebel.
Aku angguk dan senyum je, dalam hati aku puji anak dia sebab ada kesedaran sivik untuk pastikan orang tua dia berkurung di rumah sepanjang kuarantin. Memandangkan dah dekat waktu lunch, anak pakcik tu call sebab nak bagi botol minuman manis supaya pakcik tu tak hypo (kurang gula). Baik sangat anak dia kan?
Tak disangka-sangka pakcik tu kena buat test pulak di belakang tirai bilik pemeriksaan, harapnya dia takde apa-apalah.
Tu la pengalaman aku kena Covid19 baru-baru ni. Aku tertarik dengan post Facebook lecturer aku masa di UTM dulu, katanya dah tiba masa kita kena anggap Covid ni akan sentiasa ada dengan kita macam virus selsema yang lain. Apa yang boleh kita buat ialah lindung diri dengan ambik vaksin dan amalkan kebersihan setiap masa.
Jangan hairan kalau ada yang dah kena Covid19 berkali-kali, sebab ia tak ubah macam kita kena selsema. Macam aku ni sejenis yang kurang imuniti badan terhadap selsema, aku memang perlukan vaksin influenza untuk menguatkan pertahanan badan daripada dijangkiti selsema (alhamdulillah, memang membantu aku sebab sepanjang tempoh 2 tahun lepas ambik vaksin influenza memang tak pernah kena selsema berbeza dengan sebelum ambik vaksin). Macam tu la jugak dengan vaksin Covid19 ni, fungsinya untuk kurangkan risiko simptom yang teruk especially bila orang tu ada penyakit komorbid macam aku. Aku tak boleh bayangkan camane la kalau aku tak ambik vaksin Covid19 dan dos penggalak, adakah aku masih lagi mengalami simptom ringan atau dah terlantar di hospital dengan bantuan pernafasan? Wallahualam, aku tak berani nak ambik risiko sebab anak-anak dan Suami Terchenta masih lagi perlukan aku dalam keadaan sihat.
Lessons learnt dari pengalaman ni:
- Bawa bertenang, laporkan ujian kendiri Covid19 di MySejahtera dengan segera dan tunggu arahan KKM melalui MySejahtera seterusnya.
- Pastikan bekalan ubat demam, selsema, sakit tekak dan ubatan lain ada di rumah.
- Kalau boleh, standby alat-alat untuk monitor tahap kesihatan dari rumah i.e. blood pressure monitor, termometer dan oxymeter sebab kena report setiap hari ke KKM.
- Maklumkan dengan keluarga / kawan / jiran yang boleh tolong hantar bekalan makanan / ubat ke rumah.
- Banyakkan minum air masak / minum sup dan makan buah-buahan. Rehat secukupnya supaya badan kuat melawan penyakit dari dalam.
- DUDUK DI RUMAH SEPANJANG TEMPOH KUARANTIN. Memang la bosan tapi jangan pentingkan diri-sendiri walaupun rasa macam dah sihat atau takde simptom langsung.
- Bila dah habis kuarantin, cuci satu rumah dan lap semua permukaan meja, tombol pintu, dapur, dan high-contact areas dengan air bilasan Dettol / Clorox untuk sanitasi rumah. Kalau rasa mampu, boleh panggil syarikat sanitasi untuk sanitize satu rumah. Aku pakai Dettol je, termasuk spray Dettol untuk spray sofa, katil, bantal, tilam, langsir, tombol pintu, tong sampah dan tempat-tempat lain yang selalu disentuh sepanjang tempoh kuarantin.
|
Sila bertenang dan ikut arahan KKM |
Nota kaki: Terima kasih tak terhingga kat kakak aku sebab sepanjang tempoh kiteorang kuarantin, dia banyak tolong ambik barang-barang yang kiteorang order dari farmasi / pasaraya dan hantar ke pintu rumah kiteorang. Walaupun dia sibuk, sempat jugak dia masakkan sup ayam, order makanan kat Grab dan hantar ke rumah. Nasib baik kiteorang duduk kondo yang sama hehe.