My mom is the best mother in the world (so everyone says about their mother).
But really. My mom's the best.
Saya anak manja mak sebenarnya. Dulu masa kecik2 selalu tengok bintang sama2. Mak selalu story-telling sebelum tido. Mak tak kerja, jadi selalu ada masa untuk kami adik-badek. Woah. Seronok. Pagi2, lepas bapak pergi kerja, mak suap bubur sambil kami main2x di laman rumah. Pukul 10pagi bila hari dah panas, mak panggil masuk rumah tengok kartun di TV. Lepas tengok tv, mak ajak semua duduk belek buku / majalah (waktu nilah mak ajar kami membaca). Tengahari lepas makan, semua kena paksa tido. Pukul 2-3 ptg, mak kejutkan. Masa untuk main lagi.
Tapi kami paling suka bila hari mak pergi shopping di kedai koperasi. Walioweh! Semua terlompat2 nak ikut. Bila sampai di kedai, mak kata boleh tengok je, tak boleh pegang. Tapi sebelum balik, semua akan dapat keropok sorang satu. Tak boleh imagine gembira tak hengat dunia sebab dapat keropok / coklat / aiskrim. Childhood's happiness is amazingly simple every day stuffs.
Mak duduk di rumah je, tapi bukan sebab mak tak pandai therefore tak boleh carik kerja. Bukan... Mak dulu top student di sekolah, caya lah mak! Tapi mak suka jadi homemaker. Mak boleh didik anak2, ajar kami memasak, basuh baju, buat kerja2 rumah / dapur. At same time, mak ajar buat homework. Mak ialah my walking & talking dictionary. Kalau tak faham English, sila cari mak di dapur. Mak memang terer English. Mak pon dulu debater English jugak. Terer tak mak saya?
Masa mula2 ada secret admirer kat sekolah, saya rasa sangat tak puas hati. Kenapa ada orang berani suka dengan saya? Mestilah mengadu dengan mak. Dulu semua benda nak mengadu dengan mak. Tak dapat markah 100, kena ejek kawan, kena marah cikgu. Sambil mak memasak, sambil saya jalan mundar-mandir potpetpotpet cerita 1001 masalah kat mak. Pastu mak akan buat lawak, kami ketawa sampai golek2x! Seronok, seronok. Mak saya selalu buat lawak. Life saya selalu sangat ceria, sebab ada lawak mak yang funny.
Dulu masa sambung study kat UTM, mak tak de nangis2x. Sebab takut saya nangis. Hehe. Walaupun dah habis Form 5, saya dan mak pergi ke kedai sambil pegang tangan. Potpetpotpet. Mak memang best. Dia akan belikan saya coklat. Woohoo! Sampai sekarang makan coklat akan ingat mak.
Mak, saya rasa life saya best sangat sebab ada mak. Mak paling best dalam dunia, kalah Suami Terchenta (Suami Terchenta pon kata, 'Mak saya lebih best daripada Isteri Terchenta').
To my ibu mertuaku, sayang mak jugak. Terima kasih sebab lahirkan Suami Terchenta yang sungguh adorable tu ;)
To my mother & mother-in-law, Happy Mother's Day! I love you always!