Nota kaki: Addicted bila mengemam buah keranji ni 😆 Ada terbaca khasiatnya boleh menurunkan kolesterol. Wallahualam.
Sambungan dari sini:
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan (Part 1)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan & Cherating (Part 2)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kemaman (Part 3)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 4)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 5)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 6)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 7)
Kalau ke Kota Bharu tak singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah, memang tak complete la trip ke negeri bergelar serambi Mekah ni.
Jadi sebelum kiteorang balik ke KL, pagi tu kiteorang singgah ke sini.
Pasar Besar Siti Khadijah |
As expected, banyak kenderaan yang nak masuk ke sini. Jenuh jugak nak cari tempat parking kosong. Tapi nasib baik jumpa jugak.
Sebenarnya plan nak cari sarapan pagi kat sini lepas aku baca entry ni di blog Mama Zharfan. Tapi tak jumpa / tak tau kat mana lokasi gerai menjual kuih-muih ni. Nasib baik semua orang masih kenyang lagi lepas heavy dinner malam sebelum tu so takde la ralat sangat 😅. Jadi kiteorang pun meneruskan plan berjalan-jalan dalam Pasar Besar Siti Khadijah tengok barang-barang yang dijual di sini.
Gambar ikonik dalam Pasar Besar Siti Khadijah |
Aku rasa tempat ni menarik tapi would be better kalau dinaiktaraf. Contohnya, disediakan lif / escalator sebab kesian pulak tengok warga emas bertongkat sebab payah betul nak turun/naik tangga.
Kiteorang cuma pergi 2 tingkat je, tingkat 1 yang menjual cenderamata dan pelbagai kekacang dan tingkat 2 yang menjual pakaian, kain pasang dan tudung.
Anak-anak excited tengok cenderamata keychain dan fridge magnet. Masing-masing sibuk memborong untuk bagi dekat kawan-kawan sekolah |
Bila sampai tingkat ni pulak, giliran aku pulak yang seronok cuci mata tengok batik Kelantan dan tudung-tudung murah 🤭 |
Nasib baik Suami Terchenta layan je wife dia ni hihi. Sesekali kenyit mata kat dia bila jumpa yang berkenan di hati 🤭. Cuma tu la, aku rasa lagi seronok kalau pergi dengan my mom atau kawan perempuan sebab bila tanya orang lelaki ni payah nak dapat jawapan yang jujur. "Ni cantik tak bang?" "Hmm. Cantik." Dia jawab cantik sebab nak cepat-cepat balik. Kalau cakap tak cantik, terpaksa ikut pergi ke gerai lain cari yang lebih cantik 😆. Takpela, janji dia tolong bayarkan hihi.
Lepas dah puas jalan-jalan kat dalam Pasar Besar Siti Khadijah ni, kiteorang singgah pulak di Medan Selera Laman Siti Khadijah for early lunch sebab lepas tu kiteorang nak balik ke hotel, mandi dan terus check out.
Makan tengahari dekat sini |
Tertarik cuba gerai ni sebab terpampang besar-besar menu 'Tomyam Bangkok Viral'. Nak tau apa yang best pasal tomyam Bangkok ni. Bawah kiri: Tomyam Bangkok Viral, kanan: sotong salut tepung sebab malam semalamnya sotong salut tepung dah habis di Padi Restoran tu |
Makanan kat sini pun sedap jugak walaupun lama menunggu. Suami Terchenta siap bergurau agaknya dieorang baru nak pergi mencandat sotong tak pun nak kena bawak tomyam tu dari Bangkok, sebab tu lama nau menunggu 😆. So kalau rasa in a hurry, tak payah la datang ke sini.
Sotong salut tepung ni sedap tapi tak boleh challenge udang salut tepung di Padi Restoran malam tadi. Tomyam tu pulak aku tak tau apa bezanya dengan tomyam biasa, bagi aku sama je cuma dia hidangkan dengan telur rebus. Ke lidah aku yang tak pandai bezakan? Hihi. Macam janggal pulak makan tomyam dengan telur rebus 🤔. Otherwise, ok la sedap jugak. Dan yes, nasi putih kat sini pun sama macam di Padi Restoran, portion nya besar.
Lepas makan, kiteorang terus balik ke hotel. Lepas dah bersiap-siap, finally it's time to go home. Perjalanan balik lebih memenatkan dan challenging dari perjalanan pergi ke sini. Kiteorang memang follow cadangan Waze je sebab banyak tempat jem dan kenderaan bergerak perlahan. Kiteorang cuma berhenti untuk isi minyak dan pergi toilet di stesen Petronas di Gua Musang, lepas tu memandu sampai la ke Jerantut baru berhenti solat jamak di Masjid Al-Amin, Kampung Binjai.
Singgah solat di masjid putih yang cantik ni |
Nampak macam baru je masjid ni. Carpet masjid pun macam baru. |
Rezeki dipelawa oleh orang masjid untuk menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan. |
Selesai menunaikan kewajipan, kiteorang baru nak keluar dari pekarangan masjid tapi ada seorang pakcik ni panggil kiteorang jemput makan sebelum meneruskan perjalanan. Dia tau ramai orang balik ke ibu kota hari tu, jadi dia saja sedekahkan makanan kat masjid untuk musafir yang berhenti singgah solat di sini. Merasa la cucur jagung yang sedap dan bihun goreng. Siap suruh kiteorang tapau makan dalam kereta. Baiknya la pakcik ni. Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki pakcik tu 🥰.
Sebelum balik, kiteorang sempat singgah di gerai di simpang keluar beli jagung dari orang kampung. Sajalah nak support jualan orang kampung ni yang dah bermurah hati jamu orang luar makan.
Akhirnya lepas 10 jam memandu, kiteorang pun selamat sampai ke KL. Dengan tu berakhir la road trip cuti sekolah kiteorang. Penat tapi seronok. Tapi lain kali kalau nak ke Pantai Timur lagi, kena spend 2-3 hari di setiap negeri baru puas hati kot 😄.- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan (Part 1)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan & Cherating (Part 2)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kemaman (Part 3)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 4)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 5)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kota Bharu (Part 6)
Lepas check-in di hotel, kiteorang mandi, solat jamak Zohor dan Asar lepas tu tunggu masuk waktu Maghrib sebelum keluar makan. Kiteorang jumpa satu restoran yang ramai orang recommend. Nama restoran ni, Padi Restoran. Jaraknya tak jauh sangat dari hotel kiteorang duduk dalam 1km.
Makan malam di Padi Restoran |
Servis kat tempat ni cepat dan bila kiteorang request sesetengah lauk tu taknak pedas sebab takut anak-anak tak boleh makan, dieorang ok je. Kiteorang order tomyam ayam, ayam goreng kunyit, sayur kailan ikan masin, telur dadar, udang salut tepung dan ikan siakap stim limau.
Telur dadar, ayam goreng kunyit, kailan ikan masin, tomyam ayam. Tomyam tu nampak je macam cair tapi sedap. Anak-anak aku paling suka ayam goreng kunyit tu, habis licin dieorang makan. |
Udang salut tepung ni sedap sangat, rangup betul salutan tepung tu! Asalnya aku nak sotong salut tepung tapi sotong habis pulak. |
Yang ni pun sedap yakmat, rasa masam & masin tu balance, isi ikan pulak manis. Suka hirup kuah stim limau tu |
Portion nasi putih dekat restoran ni banyak sangat. Tapi sebab lauk banyak, berjaya jugak kiteorang habiskan nasi dalam pinggan masing-masing walaupun lepas tu rasa macam nak pecah perut 🤭. Tapi ya Allah, kenapalah sedap-sedap makanan kat Kelantan ni? Especially la udang salut tepung tu, teringat-ingat dibuatnya. Nasib baik jauh, kalau tak hari-hari makan kat kedai macam ni, lepas tu gemuk 😆. Tapi aku tengok orang Kelantan mostly slim je.
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan (Part 1)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan & Cherating (Part 2)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kemaman (Part 3)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 4)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 5)
Dari Kuala Terengganu, kiteorang bertolak pulak ke Kota Bharu. Dalam perjalanan hujan di beberapa tempat. Kenderaan pun banyak, time ni memang Waze asyik divert masuk jalan kampung lalu tepi sawah padi, jalan hutan, dan segala jenis jalan tikus semata-mata nak mengelak jem 😅 Akhirnya tiba jugak di Kota Bharu dalam pukul 5.30 petang.
Memandangkan cuaca nampak mendung dan berangin macam nak hujan, kiteorang terus ke Pantai Senok which is dalam plan hari tu, sebelum cuaca semakin buruk. Nak ke Pasar Siti Khadijah semestinya la tak sempat sebab dah lambat sangat.
Memang dah lama nak ke Pantai Senok ni sejak tengok gambar Wak Lalat di sini. Bila sampai ke sini, Subhanallah! Memang cantik sangat view kat pantai ni 😍. Barisan pokok ru di sini mengingatkan aku dengan pengalaman kiteorang ke Nami Island di South Korea.
Gambar dari kamera Xiaomi Suami Terchenta. Memang peloles muka kita dibuatnya 🤭 Terus berangan-angan jadi hero & heroin dalam cerita 'Winter Sonata' dulu 😂 |
Gambar ipong pulak jangan harap muka peloles sangat, habis semua kedut & parut jerawat pun boleh nampak kalau zoom in 😝 |
Masa ni dah mendung sikit tapi angin sepoi-sepoi bahasa je |
Kanak-kanak riang |
Payah nak ambik gambar yang takde orang lalu-lalang kat belakang |
Nampak tak awan tebal tu? Masa ni angin dah mula kencang, laut pun dah mula nampak bergelora |
Masa ni ramai pengunjung di Pantai Senok walaupun cuaca macam nak hujan. Pengantin baru buat outdoor shoot pun ada jugak. Aku dah plan nak duduk dekat satu warung makan yang jual pelbagai makanan laut celup tepung. Tapi lepas kiteorang ambik gambar bawah pokok ru, tiba-tiba angin kencang sampai ada pokok ru yang patah dan jatuh ke tanah! Masa ni semua bertempiaran lari keluar dari kawasan pokok ru ni. Kiteorang pulak tak tau la kenapa, pergi lari ke pantai sebab lebih dekat! 😂 Adudu... terpaksa tunggu angin kencang reda sikit lepas tu berlari sekuat-kuat hati ke arah kereta. Tengah-tengah berlari ni, dahan dan ranting patah jatuh depan kiteorang, masa ni seriau betul takut pokok yang patah dan menimpa kepala.
Aku terbayangkan macam ni la rasa rakyat di Gaza agaknya lari dari dron & bom Israhell. Tak tau bom tu akan jatuh atas kepala atau akan terkena tembakan dron. Yang tau masa tu nak berlari cari tempat selamat je 😭... Semoga Allah melindungi rakyat Gaza dari ancaman ketakutan dan bahaya.
Terus cancel plan nak makan ikan celup tepung dekat sini 😅. Masuk je kereta, hujan pun turun mencurah-curah dengan angin kuatnya. Jadi kiteorang terus gerak menuju ke hotel dengan hati yang masih lagi berdebar-debar.
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan (Part 1)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuantan & Cherating (Part 2)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kemaman (Part 3)
- Road Trip Cuti Sekolah: Kuala Terengganu (Part 4)
Esok paginya lepas Subuh kiteorang sambung rehat sekejap lepas tu bersiap-siap nak keluar. Kunci homestay kiteorang tinggalkan di tempat yang sama penjaga homestay tinggalkan semalam. Lepas kiteorang maklumkan yang kiteorang dah keluar rumah, destinasi pertama ialah cari port sarapan pagi.
Hasil carian Google, kiteorang jumpa tempat sarapan yang agak famous di KT iaitu Adilroti. Baca dekat Google review, tempat ni menghidangkan 40 jenis roti termasuk shawarma. Selain dari tu, ada jugak menu nasi dan mi. Lokasinya agak unik iaitu bawah Jambatan Sultan Mahmud KT. Masa kiteorang sampai, tempat ni dah penuh dengan pelanggan, jadi kiteorang kena beratur tunggu meja kosong.
Breakfast spot popular di KT - Adilroti |
Servis di tempat ni agak cepat dan efisyen. Tapi ada certain menu yang cepat habis, jadi kena tukar lain. Suami Terchenta mula-mula nak pesan roti denesor kambing sebab daging kambing dah habis, kena tukar ke roti denesor daging. Khadeeja pulak pesan shawarma kambing, pun habis jugak. So dieorang kena tunggu lama sikit sebab bila habis dan tukar menu lain, dah jadi order baru pulak.
Aku order nasi tomato dengan ayam masak merah. Khayla pulak order roti cheese. Nasi tomato dan ayam masak merah tu sedap tapi sejuk, macam tak dipanaskan je. Overall aku rasa tempat ni agak overhyped sebab walaupun makanan tu sedap tapi takde la wow sangat. Harga pun aku rasa macam mahal, roti denesor daging harganya RM14. Khadeeja makan nasi tomato jugak sebab dia rasa nasi tomato aku tu sedap jadi dia pun nak jugak.
Dari kiri atas ikut pusingan jam: Nasi tomato (RM5.50), roti cheese (RM5), roti denesor daging (RM14). Minuman - teh o ais (RM2.50), teh tarik (RM3.50), green tea (RM5) dan strawberry lassi (RM9) |
Lepas sarapan, kiteorang pun ke Taman Tamadun Islam. Satu masalah yang aku perhatikan di sini ialah disebabkan tempat ni kawasan pelancongan (Taman Tamadun Islam, jeti ke Pulau Redang dan TTI Convention Centre semuanya terletak di sini) jadi kawasan tempat letak kereta kat sini agak terhad. Terpaksa Suami Terchenta parking kereta agak jauh sikit.
Bayaran masuk ke Taman Monumen ialah RM25 dewasa (13 tahun ke atas) dan RM20 kanak-kanak (12 tahun ke bawah). Jadi total untuk kiteorang berempat ialah RM95.
Setiap pengunjung akan dapat buku passport ni untuk rujukan |
Masa kiteorang sampai ni matahari dah tegak atas kepala. Bahangnya mencucuk-cucuk! Tak boleh bayangkan nak menapak dalam kawasan ni dengan keadaan cuaca panas terik, jadi kiteorang sewa basikal untuk 4 orang.
Sewa basikal (surrey bike) 4 orang RM55 |
Naik basikal ni ada bumbung ok sikit. Semua kena kayuh ye... Yang kelakarnya bila basikal terlajak, terpaksa hulur kaki ke bawah jadi kereta Flintstone pulak nak undur balik 🤣 |
Disebabkan mengejar masa dan jugak sebab cuaca panas terik, jadi kiteorang cuma singgah di beberapa monumen je untuk bergambar:
Replika Masjid Negara |
Dome of the Rock, Palestin. Masuk dalam ni tengok movie tentang sejarah Kubbah As-Sakhrah dan Masjid Al-Aqsa. |
Bergambar di depan monumen Dome of the Rock. Boleh bayangkan tahap panas tu sampai Khadeeja tak boleh bukak mata langsung! |
Monumen Masjidil Haram. Pun best sebab ada video panduan ibadah haji. Semua berkerut dahi sebab kepanasan 😅 |
Monumen yang lain-lain kiteorang setakat ambik gambar masa berbasikal je. Nak berhenti singgah memang tak sempat. Lagipun masa tu cuaca dari panas tiba-tiba berubah mendung. Biasalah cuaca kat Malaysia ni tak menentu.
Semoga ada rezeki nak melawat masjid-masjid ni yang sebenar di negara-negara tu 🤲🏻. Sebenarnya ada banyak lagi monumen lain tapi kiteorang tak sempat ambik gambar sebab nak kena pulangkan basikal dan gerak ke Kota Bharu pulak. Cuti-cuti road trip kali ni rasa macam Touch N Go pulak. Singgah sekejap lepas tu terus gerak ke destinasi seterusnya.