Minggu lepas aku ada mention yang aku nak bawak Suami Terchenta keluar berdua masa dia ambik cuti tu kan? Haa... kiteorang pergi minum petang dekat sini hihi 🤭.
|
JPteres @ Grand Hyatt Kuala Lumpur |
Selain dari reward untuk Suami Terchenta yang dah penat bekerja di ofis, aktiviti ni jugak ialah untuk membeli jiwa isteri tercinta 😜. Sebabnya, Sabtu dan Ahad lepas pun dia kena masuk ofis tengah-tengah malam sampai pagi besoknya sebab ada planned system activity katanya. Bila dia dah kena masuk ofis maksudnya dah gone case la weekend bersama keluarga sebab siang hari dia akan qada' tidur.
|
JPteres - JP ialah singkatan dari Jalan Pinang |
|
Sesekali keluar berdua dengan Suami Terchenta 🫶🏻 |
Anyway, aku tertarik bila tengok pakej JPteres Minum Petang: Citarasa Malaysia ni pada harga RM148 untuk 2 orang. For those yang nak celebrate birthday pasangan ke, atau saja-saja nak ajak suami / isteri korang dating kat tempat atasan sikit, boleh masuk tempat ni dalam list korang tau. Makanan dalam pakej ni sedap dan menarik dan tempat pun eksklusif.
Konsep minum petang dekat hotel ni biasanya kuantiti sikit tapi banyak variety. End up memang kenyang sampai ke malam. Jom tengok apa yang dieorang hidang untuk minum petang:
|
Booklet menu. Ada hidangan savoury dan dessert |
Hidangan pertama yang sampai di meja kiteorang ialah kacang pool. Rasanya authentic dan legit sedap, memang mirip sangat dengan kacang pool Haji. Yang ni memang my favourite antara hidangan dalam pakej minum petang.
|
Kacang pool |
Hidangan seterusnya ialah nasi lemak dalam tempurung kelapa. Yang ni pun sedap cuma aku rasa macam awkward je makan nasi lemak untuk minum petang hahaha! Portion sikit macam 3 kali suap je gittew tapi memandangkan ada banyak lagi hidangan lain lepas ni, aku rasa just nice la.
|
Nasi lemak tempurung kelapa dihidang dengan sambal ikan bilis, telur puyuh, ikan bilis goreng, kacang dan timun |
Seterusnya ialah ubi keledek dengan kelapa parut. Aku tak sure kenapa dia masuk dalam kategori savoury sebab ubi keledek dan kelapa parut tu lemak-lemak manis. Yang ni aku bagi 3 dari 5 bintang. Plus point, kelapa parut tu tak manis sangat.
|
Keledek rebus dengan kelapa parut |
Next, cucur udang dengan kuah cili manis. Rasanya rangup, aroma dan rasa udangnya kuat dan memang sedap sangat cicah dengan kuah cili manis tu. Yang ni aku buat aku rasa - ala, kenapa bagi 2 ketul je untuk kongsi berdua? 😂 Sebab cucur udang ni sinonim dengan hidangan minum petang. This is the real hidangan minum petang ok hehe.
|
Cucur udang kuah cili manis |
Sebab temanya minum petang citarasa Malaysia, jadi hidangan seterusnya ni ialah sejenis kuih/snek kaum India iaitu aloo bonda. Ni first time aku cuba snek yang dibuat dari kentang dan rempah-ratus ni. Sedap jugak tapi tak boleh lawan cucur udang.
|
Aloo bonda |
Yang ni pulak hidangan kaum Cina iaitu pau ayam BBQ. Aku rasa isi ayamnya tak banyak sangat dan rasa BBQ dia lebih manis dari savoury.
|
Pau ayam BBQ |
Dah selesai hidangan savoury, up next ialah pencuci mulut pulak. Yang ni menarik dari segi persembahan makanannya iaitu dihidang dalam kotak ala-ala macam almari / gobok lauk yang berwarna-warni.
|
Adik ni tolong bukak almari lauk |
|
Dessert ni dihidang serentak dalam almari lauk |
|
Kiri: trifle cendol; tengah: buah-buahan; Kanan (atas ke bawah): durian swiss roll, kuih ketayap dan muah chee |
Dari segi kreativiti, aku bagi 5 bintang sebab chef berjaya menampilkan makanan tempatan with a twist. Dari segi rasa, not bad, 4 dari 5 bintang la aku boleh kasi. My favourite ialah muah chee tu sebab isinya kenyal dan luar pulak tak kedekut dengan kacang tumbuk dan black sesame. Least favourite pulak ialah durian swiss roll sebab swiss roll tu agak padat (swiss roll patutnya rasa ringan dan gebu) dan mousse durian tu tak rasa sangat duriannya.
Hidangan penutup ialah aiskrim kelapa. Rasanya manis sangat dan coconut flake bawah aiskrim tu asyik melekat celah-celah gigi aku je. Tapi presentation menarik dengan kepulan asap dari ais kering dalam mangkuk bawah tu.
|
Aiskrim kelapa |
Untuk minuman pulak, kiteorang dihidangkan dengan teh tarik dan air sejuk yang free flow dan boleh request untuk refill sepanjang minum petang tu. Selain teh tarik, ada kopi kampung jugak.
Overall, satu pengalaman yang menarik pergi minum petang di hotel lima bintang. Untuk tempahan pakej minum petang di JPteres ni, boleh pergi ke laman web Grand Hyatt KL.