Pagi semalam kiteorang berdua keluar ke Pertama Complex untuk cari seluar jeans. Kalau nak cari seluar jeans memang kiteorang akan pergi kat satu kedai ni dekat Pertama Complex. Sampai Aunty tu pun dah kenal kiteorang padahal bukan selalu pun, cuma dia jenis ingat muka kot.
Dulu Pertama Complex meriah dengan kedai jual hp dan aksesori tapi sekarang ni macam dah kurang |
Ni la kedainya... dari pintu masuk dekat tepi SOGO / food court jalan lurus je sampai la ke kedai seluar jeans tu |
Aku bagitau Aunty nak cari seluar jeans yang longgar. Seluar jeans yang aku beli sebelum ni ikut cutting kaki (straight cut) tapi sekarang ni aku selesa pakai seluar yang longgar. Faktor umur kot hihi.
Suami Terchenta pun beli seluar jeans untuk diri-sendiri sebab dia hari-hari pakai seluar jeans - masuk ofis pun pakai seluar jeans sebab sekarang dress code ofis dia ialah smart casual je.
Dah jumpa seluar yang berkenan di hati, kiteorang tinggalkan seluar dekat kedai Aunty untuk dia alter seluar jeans aku punya (potong kaki seluar sebab panjang sangat). Lepas tu kiteorang ke SOGO sekejap cari something untuk Suami Terchenta dan beli Rotiboy yang Khayla pesan.
Keluar dari SOGO, kiteorang singgah makan di food court Pertama Complex sebelum ambik seluar jeans dari kedai Aunty. Masa ni dah tengahari, jadi ramai la orang yang tengah beratur membeli makanan tengahari.
Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus dengan Nasi Ayam Kunyit ni paling ramai yang beratur. |
Food court memanjang sampai ke depan |
Memandangkan kiteorang nak cepat sebab nak kejar balik rumah sebelum Suami Terchenta pergi solat Jumaat, kiteorang pilih beli makanan di gerai nasi campur yang dekat dengan pintu masuk ke Pertama Complex
Dah lama betul tak makan nasi campur macam ni. |
Aku mintak nasi separuh dan ambik lauk sambal telur puyuh, sambal tempe dan sayur bayam. Suami Terchenta pulak ambik ikan keli balado, sayur kobis, ulam dan telur masin. Total harga makanan tengahari kiteorang ialah RM19.
Makanan aku dan Suami Terchenta tengahari semalam |
Alhamdulillah, sedap makanan kat gerai tu. Nasi aku tu walaupun mintak separuh, tapi gigih jugak nak menghabiskan. Suami Terchenta pun kata banyak betul nasi dia bagi.
Dah setel makan tengahari, kiteorang pergi ambik seluar jeans yang dah siap dijahit dan terus gerak balik ke rumah. Mujur naik motor, takde la rasa terkejar-kejar sangat. Ngam-ngam sampai rumah, azan Zohor berkumandang jadi Suami Terchenta drop aku dekat kawasan parking rumah dan terus pergi ke masjid.
OK la, dapat jugak Suami Terchenta spend cuti dia dengan keluar ke Pertama Complex. Nak buat aktiviti yang lebih jauh dari rumah tak boleh, sebab malamnya dia kena masuk ofis sampai pukul 7 pagi. Huhu... Macam tu la kehidupan orang IT, cuma boleh buat system upgrade sebelah malam masa semua orang tengah tidur.