Soalan:
Apa hukum mandulkan kucing betina untuk elak kucing beranak-pinak kerana risau akan banyak yang mati lagi. Sebelum ini berpuluh-puluh ekor kucing mati disebabkan oleh sakit atau kena langgar.
Ringkasan Jawapan:
Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram. Namun jika ada keperluan seperti menolak kemudaratan yang pasti, maka hukumnya adalah harus. Kami juga menasihatkan orang ramai supaya melakukan proses pemandulan ini pada keadaan yang benar-benar memerlukan dan dilakukan tanpa menyakiti binatang tersebut.
Huraian Jawapan:
Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan seperti kucing adalah haram di sisi mazhab Syafi’i. Kami telah bincangkan mengenai perkara ini dalam artikel al-Kafi #313 bertajuk: Hukum Memandulkan Kucing[1]. Firman Allah SWT:
وَلَآَمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ
Ibn Umar, Anas, Said bin Musayyib dan Qatadah berpandangan bahawa ayat di atas menerangkan mengenai larangan untuk memandulkan binatang kerana ia termasuk dalam mengubah ciptaan Allah SWT[2]. Dalam sebuah hadis Nabi SAW bersabda:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن إخصاء الخيل والبهائم
Walau bagaimanapun menurut mazhab Hanafi hukum memandulkan binatang kerana tujuan tertentu atau untuk menolak kemudaratan adalah harus[4]. Syeikh al-Sindi ketika menjelaskan hadis di atas berkata bahawa kemungkinan larangan untuk memandulkan binatang itu hanyalah ketika tidak ada keperluan[5]. Selain itu, Imam al-Qurtubi juga menjelaskan sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-Asqalani:
الخصاء في غير بني آدم ممنوع في الحيوان إلا لمنفعة حاصلة في ذلك كتطييب اللحم أو قطع ضرر عنه
Jika terdapat keperluan yang mendesak seperti mengelakkan kematian atau lainnya maka harus untuk bertaqlid dengan mazhab Hanafi. Hal ini berdasarkan kaedah:
الضَّرَرُ يُزَالُMaksudnya: “Kemudaratan itu mestilah dihilangkan.”
Pandangan ini selari dengan fatwa daripada Dar al-Ifta’ al-Urduniyyah:
وأما إذا كان في خصاء الحيوان دفع مفسدة متحققة، وضرر واقع، فيجوز خصاؤه حينئذ؛ فالشريعة الإسلامية جاءت رافعة للحرج ودافعة للضرر،
KESIMPULAN
Hukum asal memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan adalah haram.
Namun jika ada keperluan seperti untuk menolak kemudaratan yang pasti maka hukumnya adalah harus.
Kami juga menasihatkan orang ramai supaya melakukan proses pemandulan ini pada keadaan yang benar-benar memerlukan dan dilakukan tanpa menyakiti binatang tersebut.
Wallahu a'lam.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Nota kaki:
Setakat ni kiteorang dah bela 3 ekor kucing. Dalam ketiga-tiga kucing ni, cuma seekor je yang aku sendiri buat keputusan untuk mandulkan.
Kucing pertama kiteorang, Kitty. Kitty ni hadiah dari BFF aku, Zura sebelum dia berpindah ke KL |
Kenapa aku decide untuk mandulkan? Pertama, sebab dia ada sejarah tak suka dengan anaknya sendiri dan lepas beranak dia tinggalkan je anak-anaknya sampai ada yang mati kelaparan. Kedua, dia tak suka kucing jantan (mungkin trauma sebab dia kira masih kecik lagi masa dia mengandung anak-anak dia). Memandangkan dia lebih selesa lepak di luar rumah, untuk mengelakkan dia diganggu oleh kucing-kucing jantan, jadi aku rasa satu keperluan untuk memandulkan dia.
Kiranya untuk mengelakkan kemudaratan kepada dia dan bakal anak-anaknya la.
Kucing-kucing kiteorang selepas tu (Louis & Kiera) memang masa adopt dah siap-siap dimandulkan oleh SPCA.
Louis & Kiera - kucing-kucing SPCA |