Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2024 |
Korang tau tak, menurut Prudential Malaysia, 1 dalam 3 rakyat Malaysia pada masa sekarang ni mengalami masalah kesihatan mental? Masalah kesihatan mental ialah suatu penyakit yang sukar didiagnosis dan kadang-kadang dianggap sebagai remeh tapi sekiranya seseorang mengalami tekanan perasaan yang melampau dan berpanjangan (atau disebut tekanan kronik atau chronic stress), ianya juga mampu menjejaskan kesihatan fizikal dan keupayaan seseorang untuk berfikir. Stress yang tak terkawal ialah salah satu punca utama seseorang menghidap tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung.
Menyedari kepentingan menjaga kesihatan mental, WHO telah menetapkan 10 Oktober sebagai Hari Kesihatan Mental sedunia. Tahun ni temanya ialah Kesihatan Mental di Tempat Kerja. Zaman pandemik menyebabkan tahap kesihatan mental pekerja merosot dengan teruk - kebimbangan tentang status pekerjaan dan kewangan, tekanan menguruskan keluarga dan bekerja di rumah pada masa yang sama, beban kerja yang melampaui keupayaan pekerja dan kes buli (majikan meletakkan work expectation yang tak masuk akal, diskriminasi kerja dsb.) menjadikan masalah kesihatan mental sebagai sesuatu yang tak boleh dipandang ringan lagi. Masalah ni berlarutan sampai la ke sekarang.
Aku sedih bila dengar kawan-kawan di tempat kerja yang terpaksa ambik cuti sakit berpanjangan sebab mengalami masalah depresi, lagi-lagi disebabkan tekanan kerja. Tekanan kerja ni banyak puncanya - selalunya dari hubungan tak baik dengan boss atau rakan sekerja, budaya kerja yang toksik, bebanan kerja yang melampau, skop kerja tak sepadan dengan keupayaan dan kelayakan pekerja dan banyak lagi. Yang selalu aku dengar ialah masalah kerja ni berpunca dari tak ngam dengan bos sendiri atau dengan skop posisi kerja sekarang. Kadang-kadang bila boss atas dengan boss sendiri tak ngam, staff pun tersepit di tengah-tengah. Yang sakitnya staff la sebab kena layan expectation berbeza dua-dua boss yang tak ngam ni.
So, buat kawan-kawan yang masih bekerja dan mengalami tekanan kerja, please take care of your mental health ya. Ya, kerja tu penting untuk kelangsungan hidup tapi tak la sampai kena mengorbankan kesihatan mental dan fizikal kita. Take the time to do self-care; salah satunya dengan membaca dan menghayati Al-Quran, bermeditasi/ berzikir/ journaling (blogging salah satu caranya), melakukan aktiviti hobi atau kesukaan, keluar berjalan-jalan dan YES, AMBIK CUTI untuk berehat! (Hehe, yang last ni ditujukan buat Suami Terchenta).
Dekat sini aku nak sertakan pautan video teknik-teknik menangani tekanan perasaan. Semoga ianya bermanfaat untuk kawan-kawan.
Selamat Menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia!