Haa... seram tak nama restoran ni? Masa mula-mula Suami Terchenta ajak makan kat sini, aku berkali-kali tanya, "Hah! Biar betik abang nak makan kat situ? Nanti kak ponti ikut balik macamana?" 🤣 Memang serius seram dengar nama restoran ni. Padahal takde apa-apa pun 🤭.
Berbekalkan hati yang sedikit gentar dan perut yang berkoroncong, kiteorang pun menuju ke Jalan Gurney untuk ke restoran ni. Lokasi restoran ni dalam kawasan perumahan iaitu sebuah rumah banglo yang dijadikan restoran. Kawasan tempat letak kereta dalam pagar agak terhad, tapi masa kiteorang sampai ada satu tempat kosong so dapat la parking dekat dalam. Kalau tak kena la parking dekat bahu jalan.
In case korang tak percaya ada restoran nama Paku & Pontianak. Memang wujud ye 🤣
Masa nak bukak pintu restoran pun dah suspense ok. Berkeriut bunyi pintu 'kreeekkkk...' Wah, betul-betul mencipta suasana seram ye restoran ni 🤭. Melangkah masuk dalam restoran ni, kiteorang rasa terpegun sebab walaupun tema warnanya nampak 'seram' (merah & hitam), tapi cantik dan unik je hiasan dalam restoran ni. Ada a few spots yang kita boleh ambik gambar menarik di sini.
Bahagian restoran tingkat bawah. Ada penerangan tentang asal-usul pontianak jugak.
Yang ni pulak dekat bahagian atas. Ada ruang makan, sudut untuk bergambar dan surau
Sudut hiasan dengan perabot antik
Kiri: Buku menu. Kanan: Staff restoran bagi bunga mawar hidup ni dekat setiap meja. Besar dan cantik bunganya, elok je mekar 😍
Paku & Pontianak ni sebenarnya dibuka dari pagi sampai ke malam, iaitu menu sarapan pagi, makanan tengahari dan makan malam. Untuk makan tengahari, kiteorang order set nasi berlauk, namanya 'Set Talam Qaseh' (RM85.90). Set ni sebenarnya untuk 3 orang makan, tapi kiteorang mintak tambah pinggan je sebab rasa untuk 4 orang makan pun cukup ni.
Set Talam Qaseh - ada ikan siakap bakar dengan pelbagai pilihan sambal cicah, sayur kacang buncis tumis, ulam-ulaman, sambal belacan, ikan masin gelama, telur dadar dan yang terakhir ni ada 3 option yang kita boleh pilih salah satu - daging salai masak lemak, daging salai masak asam pedas / kari ikan kembung. Kiteorang pilih daging salai masak lemak
Lauk-pauk ni ialah myfavouritemenu:
Daging salai masak lemak ni memang cukup power! Rasa salai tu memang kuat sangat, kuah pun pekat dan secukup rasa. Rasa pedas tu pun just nice 👍🏻 Makan pulak dengan ikan gelama masin dengan telur dadar yang rangup, sampai bertambah 2 pinggan nasi ye 😂 Manalah nak kurus...
Ikan siakap bakar yang mantap! Dibakar dalam daun pisang, jadi isi ikan kekal lembap dan manis. Perapan ikan bakar pun sedap sangat. Myfavourite sambal ialah air asam dan sambal cili kicap. Anak-anak pun suka, sampai licin ke tulang kiteorang makan 😅
Sambal belacan yang ada kick! Pedasnya sampai meleleh air hidung 🤣 tapi sedap! Lagi-lagi ada hirisan mangga muda tu. Memang layan sangat sambal belacan ni.
Curious dengan nama air ni iaitu 'Bloody Ponti' (RM10.90) 😆 . Sebenarnya air sirap bandung cincau je, tapi presentation tu menarik. Sis kasi 5 ⭐️ untuk kreativiti hehe
Overall, walaupun nama tempat ni menyeramkan dan pelik, tapi aku sangat rekemen restoran ni sebab set nasi berlauk ni sedap sangat, memang kena betul dengan tekak aku. Padanan lauk tu memang mengancam, awas ya kalau nak diet lupakan je hasrat tu 🤣. Lain kali nak try sarapan pagi kat sini pulak. Selain dari set nasi dan lauk, ada jugak menu ala carte yang lain. Selain masakan Melayu, ada masakan Western, Thai, Cina dan mamak jugak. Jadi kalau tekak tak rasa nak makan lauk Melayu, boleh je cuba menu lain pulak.
Paku & Pontianak
Alamat: 21, Jln Gurney 2, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Hari ni Suami Terchenta akhirnyaaaaa ambik cuti. Korang tau tak baki cuti dia ada 20 hari lagi? Ni dah masuk bulan Oktober dan berbaki 2 bulan je lagi sebelum masuk tahun baru. Setiap hari la aku membebel suruh ambik cuti sebab kalau tak ambik burn je cuti tu. Kerja tunggang-terbalik macamana sekalipun, kena ambik cuti sebab badan dan otak pun perlu rehat jugak. Cuti tahunan ni ialah cuti berbayar, kalau tak ambik rugi beb! Sepanjang aku bekerja memang tak pernah la aku nak sedekahkan cuti berbayar aku dekat company, jadi aku akan habiskan sebelum tahun baru.
Akhirnya selepas diasak bertubi-tubi dengan pertanyaan, "Bila nak ambik cuti, abang?" setiap hari, dia pun apply cuti 😆. Aku cakap kat dia bulan ni kena ambik 6 hari cuti, bulan depan 6 hari lagi dan bulan Disember sebab special sikit (birthday anak-anak dan anniversary kiteorang) ambik 8 hari cuti.
Since dia ambik cuti jadi pagi tadi kiteorang pun pergi sarapan pagi sama-sama di restoran mamak tempat biasa. Kalau ke restoran mamak, biasanya kiteorang orderroti kosong dengan kuah kari ikan dan teh tarik kurang manis. Kuah kari ikan tu wajib, tak tau kenapa lagi sedap bila pekena kuah kari ikan dari kari lain.
Tapi walaupun cuti, tak boleh kemana-mana pun sebab dia still kena join meeting online jugak 😑. Tahap workaholic dia ni memang tak boleh bawak bincang. Tapi aku tak kira, esok petang aku nak ajak dia gi dating jugak hahaha! Kat mana? Tunggu lepas publish kat blog ye hehe.
Dah lama anak bujang seekor ni tak bersiaran di blog ni. Dia ada je, macam biasa tengah bermalas-malasan di ruang tamu. Kali ni makin malas si Louis ni, sejak bapak dia belikan katil baru merangkap scratcher dekat Shopee. Pagi-pagi masuk rumah je dia akan landing dekat katil ni. Dia cuma akan bangun kalau makanan dah keluar atau nak ke toilet. Selebihnya, macam ni la keadaan dia.
Seronok jadi kucing, lagi-lagi kucing yang dimanjakan macam Louis dan Kiera!
Throwback aktiviti jalan-jalan cari makan keluarga kami bulan lepas. Kali ni kiteorang nak merasa daging BBQ salai style Texas di Swood Swokehouse. Lokasinya betul-betul depan House of Patin Lipis @ KL. So asyik makan daging salai style Malaysia kita berubah angin sikit makan daging salai style Texas pulak hehe.
Tempatnya luas, ada tempat parking kat dalam.
Aku rasa owner tempat ni mesti peminat motor besar dan motor klasik
Aku pernah nampak dekat IG Reel pemilik Swood Smokehouse Texas BBQ ni orang Melayu. Macamana la dia terfikir nak bukak restoran jual smoked BBQ meat dan brisket ni ye. Rata-rata Google review bagi feedback yang daging brisket dekat sini terbaik, juicy, lembut dan diperap dengan sempurna. Kita yang baca ni pun terus berminat nak cuba.
Tempat duduk disediakan di luar dan di dalam restoran. Kalau duduk dekat luar boleh la tengok proses dieorang buat smoked meat ni tapi time kiteorang pergi tu tengah panas lit-lit jadi kiteorang duduk kat dalam.
Outdoor seating dan di tepi tu ialah tempat dieorang salai daging
Yang ni pulak indoor seating, sejuk sikit sebab ada aircond. Konsep rustic ala-ala kat Texas US la kot
Replika smokehouse. Kayu api dimasukkan dekat compartment bawah dan haba dan asap akan memasak daging di compartment di sebelah / atas
Aku tak reti nak explain proses salai dieorang ni, korang tengok sendiri la dekat video ni:
Kiteorang ambik set rodeo platter (saiz hidangan untuk 2-3 pax), sekali dengan satu jag peach tea. Dalam rodeo platter ni ada 100g beef brisket, 100g pulled lamb dan beef / lamb rib. Kiteorang pilih beef rib. Hidangan sampingan pulak ada coleslaw, smoked baked bean, mashed potatoes dan potato bun.
Set Rodeo Platter (harga dari RM180 ke atas, bergantung dengan saiz beef / lamb rib yang kita nak)
Pilihan sos yang ada
Overall experience - daging lembut dan elok terlerai bila dicuit, rasa BBQ dan smoky yang kuat, ada rasa manis dan juicy dan daging diperap elok sampai rasa rempahnya ke bahagian dalam daging. Yang bahagian kerak kat beef rib tu ialah dieorang punya dry rub iaitu rempah kering yang disapu di bahagian luar daging sebelum dipanggang.
Hidangan sampingan pulak OK je la bagi aku, tak habis pun kecuali mashed potatoes dan coleslaw. Peach tea agak manis. So memang highlight kat sini ialah daging salai dan panggang dieorang la.
Adakah aku nak repeat? Hmm... entah la. Tengok mood kot. Kalau daging masak style Western ni, aku lebih suka steak dari daging BBQ smokedstyle Texas ni. It's a matter of preference. Bagi aku daging salai versi Malaysia lebih kena dengan tekak aku dari versi Texas hihi. Tapi kalau penggemar smoked BBQ dan brisket, tempat ni berbaloi la nak pergi sebab daging lembut, juicy dan cukup perapan. Portion pulak just nice.
Alhamdulillah, kenyang perut suka hati 😄
Swood Smokehouse Texas BBQ
Alamat: 14, Jalan Liew Weng Chee, Kampung Baru, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Waktu Operasi: 12 tengahari - 11 malam (setiap hari)
Ya Allah, hanya doa, ingatan dan sumbangan dana yang termampu kami berikan buat saudara-saudara Islam di bumi Anbiya. Andai ini ialah ketentuanMu, kami redha. Janganlah Engkau murka dan seksa kami pada hari pembalasan atas apa yang menimpa rakyat Gaza, kerana kami tak terdaya melawan musuh-musuhMu dengan tangan kami. Senjata kami cuma doa, doa dan doa yang berterusan. Ujian yang hebat ini terasa begitu melelahkan tapi kami beriman dengan Qada' dan Qadar. Semuanya atas kehendakMu, Ya Allah. Kami beriman dengan hari kiamat di mana musuh-musuhMu tidak akan dapat lari dari pembalasanMu atas kejahatan dan kekejaman mereka.
8 Oktober 2023 - 7 Oktober 2024 💔. Kami takkan lupa apa yang mereka lakukan terhadap saudara-saudara kami. Terus boikot. Terus menyumbang. Terus bersuara dan sebarkan kebenaran tentang propaganda Z yang penuh tipu daya dan muslihat. Semoga dunia bangkit dan menentang kejahatan rejim Z. Ameen Ya Rabbal Alameen...