Kalau ke Kota Bharu tak singgah ke Pasar Besar Siti Khadijah, memang tak complete la trip ke negeri bergelar serambi Mekah ni.
Jadi sebelum kiteorang balik ke KL, pagi tu kiteorang singgah ke sini.
|
Pasar Besar Siti Khadijah |
As expected, banyak kenderaan yang nak masuk ke sini. Jenuh jugak nak cari tempat parking kosong. Tapi nasib baik jumpa jugak.
Sebenarnya plan nak cari sarapan pagi kat sini lepas aku baca entry ni di blog Mama Zharfan. Tapi tak jumpa / tak tau kat mana lokasi gerai menjual kuih-muih ni. Nasib baik semua orang masih kenyang lagi lepas heavy dinner malam sebelum tu so takde la ralat sangat 😅. Jadi kiteorang pun meneruskan plan berjalan-jalan dalam Pasar Besar Siti Khadijah tengok barang-barang yang dijual di sini.
|
Gambar ikonik dalam Pasar Besar Siti Khadijah |
Aku rasa tempat ni menarik tapi would be better kalau dinaiktaraf. Contohnya, disediakan lif / escalator sebab kesian pulak tengok warga emas bertongkat sebab payah betul nak turun/naik tangga.
Kiteorang cuma pergi 2 tingkat je, tingkat 1 yang menjual cenderamata dan pelbagai kekacang dan tingkat 2 yang menjual pakaian, kain pasang dan tudung.
|
Anak-anak excited tengok cenderamata keychain dan fridge magnet. Masing-masing sibuk memborong untuk bagi dekat kawan-kawan sekolah |
|
Bila sampai tingkat ni pulak, giliran aku pulak yang seronok cuci mata tengok batik Kelantan dan tudung-tudung murah 🤠|
Nasib baik Suami Terchenta layan je wife dia ni hihi. Sesekali kenyit mata kat dia bila jumpa yang berkenan di hati ðŸ¤. Cuma tu la, aku rasa lagi seronok kalau pergi dengan my mom atau kawan perempuan sebab bila tanya orang lelaki ni payah nak dapat jawapan yang jujur. "Ni cantik tak bang?" "Hmm. Cantik." Dia jawab cantik sebab nak cepat-cepat balik. Kalau cakap tak cantik, terpaksa ikut pergi ke gerai lain cari yang lebih cantik 😆. Takpela, janji dia tolong bayarkan hihi.
Lepas dah puas jalan-jalan kat dalam Pasar Besar Siti Khadijah ni, kiteorang singgah pulak di Medan Selera Laman Siti Khadijah for early lunch sebab lepas tu kiteorang nak balik ke hotel, mandi dan terus check out.
|
Makan tengahari dekat sini |
|
Tertarik cuba gerai ni sebab terpampang besar-besar menu 'Tomyam Bangkok Viral'. Nak tau apa yang best pasal tomyam Bangkok ni. Bawah kiri: Tomyam Bangkok Viral, kanan: sotong salut tepung sebab malam semalamnya sotong salut tepung dah habis di Padi Restoran tu |
Makanan kat sini pun sedap jugak walaupun lama menunggu. Suami Terchenta siap bergurau agaknya dieorang baru nak pergi mencandat sotong tak pun nak kena bawak tomyam tu dari Bangkok, sebab tu lama nau menunggu 😆. So kalau rasa in a hurry, tak payah la datang ke sini.
Sotong salut tepung ni sedap tapi tak boleh challenge udang salut tepung di Padi Restoran malam tadi. Tomyam tu pulak aku tak tau apa bezanya dengan tomyam biasa, bagi aku sama je cuma dia hidangkan dengan telur rebus. Ke lidah aku yang tak pandai bezakan? Hihi. Macam janggal pulak makan tomyam dengan telur rebus 🤔. Otherwise, ok la sedap jugak. Dan yes, nasi putih kat sini pun sama macam di Padi Restoran, portion nya besar.
Lepas makan, kiteorang terus balik ke hotel. Lepas dah bersiap-siap, finally it's time to go home. Perjalanan balik lebih memenatkan dan challenging dari perjalanan pergi ke sini. Kiteorang memang follow cadangan Waze je sebab banyak tempat jem dan kenderaan bergerak perlahan. Kiteorang cuma berhenti untuk isi minyak dan pergi toilet di stesen Petronas di Gua Musang, lepas tu memandu sampai la ke Jerantut baru berhenti solat jamak di Masjid Al-Amin, Kampung Binjai.
|
Singgah solat di masjid putih yang cantik ni |
|
Nampak macam baru je masjid ni. Carpet masjid pun macam baru. |
|
Rezeki dipelawa oleh orang masjid untuk menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan. |
Selesai menunaikan kewajipan, kiteorang baru nak keluar dari pekarangan masjid tapi ada seorang pakcik ni panggil kiteorang jemput makan sebelum meneruskan perjalanan. Dia tau ramai orang balik ke ibu kota hari tu, jadi dia saja sedekahkan makanan kat masjid untuk musafir yang berhenti singgah solat di sini. Merasa la cucur jagung yang sedap dan bihun goreng. Siap suruh kiteorang tapau makan dalam kereta. Baiknya la pakcik ni. Alhamdulillah, semoga Allah murahkan rezeki pakcik tu 🥰.
Sebelum balik, kiteorang sempat singgah di gerai di simpang keluar beli jagung dari orang kampung. Sajalah nak support jualan orang kampung ni yang dah bermurah hati jamu orang luar makan.
Akhirnya lepas 10 jam memandu, kiteorang pun selamat sampai ke KL. Dengan tu berakhir la
road trip cuti sekolah kiteorang. Penat tapi seronok. Tapi lain kali kalau nak ke Pantai Timur lagi, kena
spend 2-3 hari di setiap negeri baru puas hati kot 😄.