Sambungan dari sini:
Sebelum ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Cherating, kiteorang singgah di Esplanade Kuantan menikmati pemandangan Sungai Kuantan.
Esplanade Kuantan ni mengingatkan aku dengan Esplanade Bintulu. Tempat yang sangat cantik dan selesa untuk beriadah pagi-pagi |
Tak sempat nak naik Menara 188 Kuantan ni sebab takde dalam itinerari perjalanan. Mungkin lain kali datang ke Kuantan boleh la naik menara ni.
Ambik gambar berlatarbelakangkan Esplanade Kuantan dan Menara 188. Khayla malas nak ikut jalan-jalan di esplanade sebab mengantuk 😅 |
Itu je la tempat dalam bandar Kuantan yang sempat kiteorang pergi sebelum bergerak ke Cherating. Sampai di Pantai Cherating, kiteorang park kereta di tempat parking yang disediakan dengan bayaran RM3. Walaupun ramai orang yang berkunjung ke sini tapi tak la sesak, tak macam di Pantai Klebang tempoh hari.
Kemudahan di sini cukup lengkap dengan tandas awam yang bersih, tempat makan dan ada jugak tapak khemah berbayar di sini. Lain kali boleh la pacak khemah kat Cherating, kata Suami Terchenta.
Disebabkan anak-anak taknak mandi laut, sudahnya kiteorang decide nak bermain ATV je. Ada pakej keluarga dengan harga RM70. Guide bawak masuk trail dalam hutan dan sekitar kawasan tu, sebelum ke teluk pantai sebab kat situ takde orang. Jadi boleh la bermain ATV sepuas-puasnya.
Masa ni seronok lagi posing ambik gambar atas ATV sebelum kejadian seterusnya 🤭 |
Cerita yang sedikit kelakar tapi geram jugak masa tu, Suami Terchenta bawak ATV macam orang baru nak ambik lesen L. Habis tersasar dari laluan trail, lepas tu langgar/naik atas dahan mati sampai hampir terbalik ATV kiteorang! Macam nak tercabut jantung aku jadi penumpang kat belakang, asyik terjerit je setiap kali ATV kiteorang senget sebab dia naik kawasan berbukit sikit! Dia asyik tersengih-sengih je setiap kali tersasar dari trail.
Antara laluan ATV |
Khayla pulak bawak macam orang dah ada lesen penuh 🤣. Khadeeja pun sama, siap boleh drift lagi masa buat U-turn. Masa nak balik tu, aku cakap aku lebih rela naik ATV dengan Khayla dari naik dengan Suami Terchenta! 😂 Suami Terchenta pulak naik ATV yang Khadeeja bawak.
Anak-anak lagi pro bawak ATV dari mak bapak dieorang 🤣 |
Kenangan tak boleh dilupakan di Pantai Cherating |