Alhamdulillah, road trip KL-Kuantan-Kuala Terengganu - Kota Bharu berakhir malam semalam. Fuhhh... azab sungguh mengharung jem rabak dari Kelantan nak balik ke KL. Aku tabik betul dengan warga Pantai Timur yang kena hadap benda ni setiap kali balik raya.
Kiteorang bertolak dari Kota Bharu lepas check out dari hotel pukul 12 tengahari. Pukul 5 petang baru berjaya keluar dari sempadan Kelantan. Nasib baik tak kejung kaki Suami Terchenta bawak kereta manual dengan speed 70-80 km/j je hampir sepanjang perjalanan nak keluar Kelantan.
Memang gigih ye Waze carikan laluan alternatif nak mengelak dari bertembung jem yang teruk. Habis segala macam laluan yang ditempuhi - jalan kampung, jalan hutan, jalan bukit - semua Waze bawak kiteorang lalu tempat-tempat tu tau 🤣. Bila dah sampai Bentong memang tak boleh dielakkan lagi terperangkap dalam jem rabak ni. Syukur walaupun jem, tapi kereta still bergerak perlahan sepanjang jalan sampai ke tol Gombak.
Time ni baru keluar dari plaza tol Bentong, sekitar jam 8.40 malam
Akhirnya pukul 10.30 malam selamat sampai ke rumah. Penat tu tak payah cerita la. Tapi dalam penat, seronok tetap ada. Nanti dah kurang sikit penat aku update tentang road trip kiteorang ni ye.
Jumaat lepas aku keluar lunch date dengan BFF aku, Nurul. Birthday dia baru je berlalu Isnin lepas, jadi tujuan keluar makan ni ialah nak celebratebirthday girl.
Aku tak tau kenapa tapi geng-geng ex-ofismate aku rata-rata ajak keluar makan je mesti nak pergi Two Sons. Aku layankan je la, sebab memang aku suka pun chilli butter clams dekat situ. Mujur masa aku sampai tu tak perlu beratur panjang, mungkin sebab ramai orang WFH Jumaat lepas.
Sementara tunggu kawan-kawan aku turun dari ofis masing-masing, aku pesan Greek salad untuk alas perut sebelum tunggu pesanan utama sampai (chilli butter clams big pot dengan mantou goreng). Sedap Greek salad nya tapi aku rasa feta cheese tu sikit sangat.
Greek salad
Anyway, back tobirthday celebration,birthday girl seronok la sebab dapat hadiah tudung kesukaan dan sejadah yang cantik.
Nurul ni boleh geng dengan mak aku, peminat Bokitta
Member seorang lagi belanja brownies with ice cream untuk birthday cake
Macam biasa wajib ambik gambar sebelum dieorang balik ke ofis
To my BFF, happy birthday yayunk! Semoga sentiasa ceria, sentiasa happy-go-lucky, sentiasa murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berkekalan. Ameen Ya Rabbal Alameen!
Happy birthday BFF Nurul!
By the way, aku pakai tudung pemberian Anies. Sweet sangat warnanya kan? Suka sebab buat muka aku nampak kurus 🤭.
Tahun ni tarikh 16 September special sikit sebab ada dua cuti umum yang jatuh pada tarikh yang sama iaitu Maulud Nabi dan Hari Malaysia. Alhamdulillah, company Suami Terchenta bagi 2 hari cuti berturut-turut iaitu Isnin dan Selasa. Barulah syok sikit boleh jalan-jalan keluar KL 🤭.
Tapi sebelum tu, marilah kita menghayati sejarah Hari Malaysia.
Pada 16 September 1963, sebuah persekutuan telah ditubuhkan dan lahirlah gabungan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak (dan Singapura) untuk membentuk sebuah negara iaitu Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia, kita kena hargai sejarah penubuhan Malaysia sebab masa tu sangat la mencabar dan bukan sedikit tentangan terhadap hasrat Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Pemimpin-pemimpin negara jiran rata-rata tak setuju dengan penubuhan Malaysia sebab merasakan ianya satu ancaman. Bukan tu je, pemimpin-pemimpin tempatan di Sabah dan Sarawak pun ambil langkah berwaspada dengan menetapkan memorandum untuk melindungi kepentingan Sabah dan Sarawak yang dipersetujui bersama (Perjanjian Malaysia 1963). Which is understandable, sebab masa tu Persekutuan Tanah Melayu masih baru ditubuhkan dan Sabah dan Sarawak tak berapa kenal lagi pun dengan pemimpin-pemimpin Tanah Melayu. Tapi semuanya berjaya diatasi secara diplomatik dan lahirlah negara Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya, bangsa dan kaum.
Proud Malaysian & proud Sarawakian...
Bercakap tentang kepelbagaian budaya, baru-baru ni sekolah Khayla menganjurkan majlis penutupan bulan kebangsaan dan menggalakkan para pelajar datang ke sekolah dengan pakaian tradisional. Kebetulan aku ada baju tradisional Melanau, jadi aku pun suruh dia pakai baju Melanau siap dengan topi terendak Melanau ni.
Khayla posing sebelum ke sekolah
Tak sangka petang tu dia balik sekolah dan bagitau dia terpilih sebagai pemenang pakaian tercantik! Alhamdulillah, rezeki Khayla dapat wang sebanyak RM25 dari pihak sekolah 👏🏻👏🏻.
Dapat anugerah pakaian tercantik sebab unik kot. Pelajar lelaki yang dapat anugerah pakaian tercantik siap pakai baju melayu lengkap dengan tengkolok
Masalahnya anak aku ni kan, bila cikgu tanya, "Topi apa yang awak pakai tu?" Dia boleh jawab, "Tak tau, Cikgu." Padahal aku dah explain sebelum dia turun ke sekolah 🤦🏻♀️. Adoi la anak! Penting kita tahu budaya kita sendiri, tau.
Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia! Siapa lagi nak bangga dengan keunikan dan kepelbagaian negara kita kalau bukan kita sendiri? 😄
Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah ayat 128 yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad SAW), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman."
Segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad ﷺ .
Rasulullah ﷺ dilahirkan pada 12 Rabiulawal 570 Masihi iaitu pada tahun gajah di Kota Mekah. Pada malam kelahiran Nabi Muhammad ﷺ, terpancar cahaya yang sangat terang yang menyinari rumah bapanya dan ada juga pendapat yang mengatakan cahaya tersebut menyinari seluruh alam. Ini berdasarkan kesaksian dari pengakuan oleh ibunda Nabi Muhammad SAW sendiri iaitu Siti Aminah dalam Kitab Al-Khasaish Al-Kubra karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi:
ورأيت نورا ساطعا من رأسه حتى بلغ السماء
“Aku menyaksikan cahaya memancar dari kepala bayiku Muhammad hingga menembus langit.”
Pada saat kelahirannya, berhala yang berada di Ka'abah tiba-tiba jatuh dan musnah menandakan kedatangan baginda untuk menyucikan Ka'abah dari berhala-berhala sembahan orang-orang kafir. Kelahiran baginda Nabi ﷺ membawa rahmat ke seluruh alam.
Betapa beruntungnya kita kerana terpilih menjadi umat Nabi Muhammad ﷺ kerana dalam kalangan umat manusia di padang Mahsyar nanti, kitalah satu-satunya umat yang mendapat syafaat Rasulullah ﷺ.
Syafaat yang dimaksudkan ialah permohonan oleh baginda Nabi ﷺ kepada Allah supaya disegerakan amalan mereka dihisab setelah lama sengsara menunggu di perhimpunan Mahsyar. Selain itu, syafaat dari Nabi Muhammad ﷺ membolehkan kedudukan orang-orang soleh ditinggikan di syurga, mengeluarkan umat Nabi ﷺ yang mempunyai sisa iman walau sebesar gandum dari neraka dan masuk ke syurga, membantu orang yang timbangan amal baik dan amal buruknya yang sama berat supaya dapat masuk ke syurga, memasukkan orang-orang tertentu ke dalam syurga tanpa dihisab dan diazab dan menyelamatkan umatnya yang melakukan dosa besar dari azab api neraka (selagi dia tidak menyekutukan Allah SWT). (Sumber: Khutbah Jumaat "Syafaat Sebagai Peluang Terakhir" JAIS)
Marilah kita memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ dan keluarga baginda sebagai tanda hormat dan cinta kita kepada Rasulullah:
Insha Allah, esok pagi kiteorang akan road trip ke negeri-negeri Pantai Timur. Plan nya nak singgah ke Kuantan sebelum bergerak ke Kuala Terengganu dan keesokan harinya ke Kota Bharu. Harap-harap dipermudahkan perjalanan kami esok pagi, Ameen Ya Rabbal 'Alameen!
Kepada kawan-kawan yang menetap di Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu, cuba suggest kat mana tempat best singgah makan? 😄 Kiteorang ni macam biasa buat plan mengejut, jadi aku tak sempat sangat nak buat research hihi... Suami Terchenta kata onz je plan cuti sekolah ni, aku cuma sempat book tempat bermalam je yang lain-lain on the way baru nak cari 🤪. Mungkin dalam perjalanan nanti baru sempat nak Google. Yang pasti destinasi dekat Kuantan tu ialah singgah solat Subuh di masjid dan sarapan pagi di Kuantan Pickers. Lepas sarapan, kiteorang akan terus gerak ke Kuala Terengganu dan terjah la mana-mana tempat berdasarkan cadangan kawan-kawan atau cadangan Encik Google 🤭.