Jumaat lepas aku keluar lunch date dengan BFF aku, Nurul. Birthday dia baru je berlalu Isnin lepas, jadi tujuan keluar makan ni ialah nak celebrate birthday girl.
Aku tak tau kenapa tapi geng-geng ex-ofismate aku rata-rata ajak keluar makan je mesti nak pergi Two Sons. Aku layankan je la, sebab memang aku suka pun chilli butter clams dekat situ. Mujur masa aku sampai tu tak perlu beratur panjang, mungkin sebab ramai orang WFH Jumaat lepas.
Sementara tunggu kawan-kawan aku turun dari ofis masing-masing, aku pesan Greek salad untuk alas perut sebelum tunggu pesanan utama sampai (chilli butter clams big pot dengan mantou goreng). Sedap Greek salad nya tapi aku rasa feta cheese tu sikit sangat.
Greek salad |
Anyway, back to birthday celebration, birthday girl seronok la sebab dapat hadiah tudung kesukaan dan sejadah yang cantik.
Nurul ni boleh geng dengan mak aku, peminat Bokitta |
Member seorang lagi belanja brownies with ice cream untuk birthday cake |
Macam biasa wajib ambik gambar sebelum dieorang balik ke ofis |
To my BFF, happy birthday yayunk! Semoga sentiasa ceria, sentiasa happy-go-lucky, sentiasa murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang berkekalan. Ameen Ya Rabbal Alameen!
Happy birthday BFF Nurul! |
By the way, aku pakai tudung pemberian Anies. Sweet sangat warnanya kan? Suka sebab buat muka aku nampak kurus 🤭.