Ahad lepas kiteorang singgah ke Ekspo Kucing di PWTC. Dah lama giler tak jalan-jalan dalam ekspo tak kira ekspo apa pun, sebab malas nak bersesak-sesak ðŸ¤. Tapi kali ni rajin pulak sebab nak tengok kucing dekat sini. Sepatutnya bawak sekali 2 ekor anak bulu kat rumah tu tapi sebab kiteorang naik LRT, jadi tak boleh la bawak sebab haiwan peliharaan tak dibenarkan naik pengangkutan awam.
|
Ramai betul pencinta kucing yang datang ke Ekspo Kucing untuk borong makanan dan pasir kucing! |
Sekarang ni rupa-rupanya nak masuk ekspo dikenakan bayaran ye. Dulu takde pun. Nasib baik cuma aku dan Suami Terchenta je kena bayar RM10 seorang, walaupun Khayla dah lebih dari 12 tahun. Mahal jugak kan? Tak beli apa-apa lagi pun dah melayang RM20.
|
Belum masuk ekspo lagi anak-anak dah sangkut dekat booth Bichi Mao ni. Dieorang suka sebab ada macam-macam barang dengan design Bichi Mao yang comel ni - sticker, penanda buku, keychain, poskad dll. |
OK jom masuk ekspo tengok kat dalam:
|
Banyak betul booth kat dalam ekspo ni, tak sangka industri haiwan peliharaan kat Malaysia ni tumbuh macam cendawan! |
Dekat ekspo ni, ada macam-macam jenis produk haiwan peliharaan yang dijual dari makanan dan pasir sampai la ubat-ubatan, aksesori kucing dan perkhidmatan macam pet hotel, pet grooming dan sebagainya.
|
Sebahagian dari booth yang ada di sini |
|
Makanan kucing seakan-akan nama aku hihi |
|
Kiteorang beli syampu, spray dan ubat titik untuk kucing sebab anak bulus dekat rumah tu asyik tergaru-garu je, takut ada fungal infection atau hama |
Selain dari menjual barangan khas untuk kucing peliharaan, kucing-kucing baka pun ada dijual di sini. Harga memang kayangan la - RM2k ke atas. Aku tak tau apa jadi dengan cadangan mengharamkan penjualan binatang peliharaan yang pernah diwar-warkan satu masa dulu. Nampak macam masih banyak je bisnes menjual kucing baka ni.
|
Antara kucing baka yang dipamerkan |
Selain dari kucing baka untuk dijual, ada jugak kucing jalanan untuk dipelihara secara percuma.
|
Ada beberapa animal rescue / shelter yang menawarkan kucing untuk dipelihara |
|
Kucing sebelah kiri dan belah atas kanan tu buat muka kesian sebab takde siapa nak adopt... |
Selain dari kucing ada jugak sudut untuk binatang selain dari kucing macam arnab, ular, iguana, sugar glider, dan lain-lain.
Anak-anak aku ni pantang tau nampak ular, mesti nak pegang. Aku memang tak la, berdiri jauh-jauh sambil tangkap gambar dieorang sebab aku geli dengan ular! 😖 Ambik gambar dengan ular ni kena bayar RM15. Tapi elok je ular tu memberi kerjasama, suruh pandang kamera dia pandang kamera hihi.
|
Haiwan lain yang ada di ekspo kucing |
Best jugak jalan-jalan dalam ekspo ni sebab dapat tengok kucing orang lain yang comel-comel. Elok pulak perangai dieorang ni kena dukung, kena pakai baju, kena bertenggek atas bahu bibik. Kalau Louis dengan Kiera ni, mau menggelupur dieorang dah la takut tengok orang lain. Orang datang servis penapis air tekan loceng rumah pun dieorang boleh lari lintang-pukang bersembunyi!
|
Antara kucing-kucing yang kiteorang jumpa di ekspo ni. Owner pun baik hati bagi orang lain belai-belai kucing dieorang. |