Destinasi terakhir kami sebelum balik ke KL ialah ke Malaysia Heritage Studios. Entri ni sambungan dari:
Dulu masa awal-awal kahwin pernah singgah ke sini tapi masa tu namanya Taman Mini Malaysia / ASEAN kalau tak silap. Tapi masa tu bosan la sebab semua rumah tak boleh masuk. Boleh ambik gambar dari luar je.
Tapi kali ni tempat ni dah berubah wajah, nampak lebih komersil dan menarik untuk dikunjungi. Dan kali ni boleh naik setiap model rumah tradisional di Malaysia untuk tengok bahagian dalam rumah. Maka berdozen-dozen la gambar yang aku ambik di sini, sila layanzzz....
|
Kat luar lagi dah menarik dengan replika globe macam dekat Universal Studios |
|
Dari luar dah nampak cantik dan gah. Tiket kaunter dekat tepi tu je. |
Dalam taman studio ni ada 13 buah replika rumah tradisional dari setiap negeri dan setiap rumah tu menempatkan galeri yang berbeza mengikut tema. Susunan rumah di sini mengikut geografi Malaysia bermula dari utara sampai ke selatan, pantai timur dan Malaysia Timur. Rumah pertama dan paling dekat dengan pintu masuk ialah rumah Perlis yang menempatkan galeri busana tradisional (House of Busana). Menariknya patung-patung yang memakai busana tradisional ni sebenarnya ialah patung muzikal. Depan setiap patung ni ada kunci yang bila kita putar, patung-patung ni akan berpusing dan ada lagu-lagu Malaysia macam lagu Dato' Siti Nurhaliza yang akan keluar.
|
Galeri House of Busana dalam rumah Perlis |
|
Bahagian luar dan dalam rumah Perlis |
Seterusnya kiteorang naik pulak rumah Pulau Pinang (House of Silver Screens). Dekat sini ada rekod-rekod dan replika tv dan radio lama.
|
Rumah Pulau Pinang |
Sebelah rumah Pulau Pinang ialah rumah Kedah (House of Cultural Belief). Rumah Kedah ni paling menarik la bagi aku. Dalamnya ada pemandangan 'sawah padi' dari lampu LED (simbolik kepada negeri Kedah yang terkenal sebagai pengeluar padi negara atau mangkuk nasi Malaysia) dan jugak lampu LED pelita. Suasana dalam rumah Kedah ni terasa sangat magical dengan kilauan dari beribu-ribu lampu LED.
|
Sawah padi |
|
Lampu pelita |
Seterusnya ialah rumah Perak (House of Music), yang menempatkan galeri alat muzik tradisional. Rumah Perak paling tak menarik bagi aku haha.
|
Kalau pameran alat muzik ni dibuat secara interaktif, mungkin menarik la. |
Seterusnya ialah rumah Selangor (House of Merdeka). Dekat sini pun menarik untuk ambik gambar.
|
Rumah Selangor |
|
Replika bunga kebangsaan (bunga raya) dan Jalur Gemilang yang dipancarkan pada ribuan kristal kaca |
Oleh sebab kiteorang ambik masa yang agak lama dari rumah Perlis sampai ke rumah Selangor, end up tak sempat nak meneroka setiap buah rumah dekat sini. Jadi aku ambik gambar dari luar je la.
|
Ikut pusingan jam: Rumah Negeri Sembilan (House of Wood Crafts), Rumah Pahang (House of Hope), Rumah Johor (House of Festivities), Rumah Terengganu (House of Aquamarine), Rumah Selangor dan Rumah Kelantan (House of Performance Arts) |
Tempat ni memang menarik dan kaya dengan budaya Malaysia untuk kita perkenalkan dengan anak-anak kita. Dapat la dieorang tengok dan terokai setiap rumah tradisional dan warisan tradisional dari setiap pelusuk negeri di Malaysia dari satu lokasi je iaitu taman studio ni. Selain dari tu banyak sudut menarik untuk ambik gambar, tu yang terpaling penting! Hehe.
Gambar-gambar di bawah ni antara contoh-contohnya ðŸ¤:
|
Mak posing di Rumah Melaka |
|
Rumah Panjang Iban Sarawak. Boleh posing dekat tangga je sebab dekat atas tu ada signage 'Under Maintenance' |
|
Antara gambar-gambar menarik yang lain buat kenangan percutian dengan mak 🥰 |
Dengan tu berakhir la perjalanan kiteorang ke Melaka tahun ni. Short but sweet gittew... Tak pasti akan datang ke Melaka lagi ke tak tahun ni hehe.