Khamis lepas, mak ajak jalan-jalan di sekitar Jalan Masjid India. Lepas tu singgah beli coklat di Haniffa. Aku baru tau tempat ni jadi tumpuan orang ramai untuk beli coklat dengan harga yang murah. Mak yang duduk di Sarawak tau dulu dari aku hehe.
Lepas mak beli coklat yang dia nak, kiteorang ternampak basikal yang diparkir di depan Haniffa. Oh, ni la Tea Thambi yang terkenal dengan teh, kopi panas dan kuih India seperti vadai dan lain-lain. Apa lagi, ajak la mak mencuba teh dan kopi masala ni. Harga secawan pun murah - RM1 je.
Tea Thambi yang diasaskan oleh seorang graduan jurutera berbangsa India selepas pandemik Covid19 |
Aku memang sangat tertarik dengan kisah pengasas Tea Thambi ni, Kavievanan Subramaniam. Dia merupakan seorang graduan kejuruteraan dan disebabkan peluang pekerjaan sangat terhad lepas pandemik, dia memutuskan untuk membuka bisnes menjual teh masala dengan mengayuh basikal di Brickfields. Disebabkan teh masalanya sedap dan harga pun murah (RM1 satu cawan) jadi bisnesnya pun laku. Sekarang ni dia dah bukak kedai di Jalan Tun Perak dan dengarnya akan bukak sebuah lagi kedai di Masjid India. Seorang anak muda yang patut dikagumi dan dicontohi sebab tak duduk diam dan tanam anggur di rumah sementara cari pekerjaan.
Back to our story, mak ambik kopi masala dan aku pulak ambik teh masala. Tehnya sedap dan ada rasa buah pelaga yang wangi. Mak kata kopi masala tu pun sedap. Patut la ramai orang suka.
Teh masala yang sedap |
Lain kali kalau lalu kat sini lagi aku nak try jugak vadai dan karipap. Mesti sedap makan dengan teh masala ni. Siapa yang dah pernah cuba teh masala dari Tea Thambi ni?
Nota kaki: Semoga makcik India yang terjatuh dalam insiden tanah jerlus di kawasan Masjid India berjaya ditemui dengan selamat.