Baca entri sebelum:
Lepas Melaka River Cruise, ke manakah destinasi seterusnya? Jeng, jeng, jeng...! Mestilah ke tempat wajib terjah di Melaka ni, Jonker Street:
|
Bukti mak dah sampai di Jonker Street |
Tapi sebelum keluar ronda-ronda Melaka, kenalah isi perut dulu. Sebenarnya aku masih kenyang sebab makan lewat malam sebelumnya jadi pagi tu aku ambik breakfast yang ringan sikit:
|
Mula-mula ambik salad dan yogurt |
|
Lepas tu ambik semangkuk kecik mee kari. Sedap kuah mee kari ni walaupun tak pekat sangat |
Lepas breakfast dan bersiap-siap, kiteorang pun menuju ke destinasi pertama - Jonker Street. Masa ni cuaca memang panas lit-lit, nasib baik aku dah standby payung lipat dalam beg.
|
Bergambar bawah replika naga. |
Lepas tu aku teman mak jalan-jalan tengok deretan kedai di sepanjang Jonker Walk ni. Sesekali kiteorang singgah masuk tengok barang-barang yang menarik perhatian mak.
|
Walaupun hari panas lit-lit, mak tetap bersemangat posing ambik gambar |
Dah habis cover Jonker Walk, kiteorang gerak pulak menuju ke gereja merah ikonik di Melaka, Christ Church Melaka.
|
Berhenti kejap ambik gambar berlatar belakangkan Sungai Melaka |
|
Tempat wajib ambik gambar. Disebabkan cuaca panas jadi lighting pun jadi helok sangat 😍 |
Dekat depan gereja ni, ada beberapa buah beca berbaris menunggu pelanggan. Mak kata teringin naik beca, jadi sewa la beca dalam 15 minit (RM25) bawak sampai ke A Famosa.
|
Kagum dengan tukang beca sebab gigih cari rezeki mengayuh basikal bawak penumpang sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas ni |
|
Ambik gambar naik beca buat kenangan |
Sampai di A Famosa, tukang beca tu bagitau dia tunggu kiteorang ambik gambar di A Famosa dalam 10 minit macam tu sebelum balik semula ke tempat gereja tadi. Aku malas nak ambik gambar sebab panas oi! Bagi peluang kat mak je la ambik gambar hehe.
|
Kebetulan masa ni takde orang kat belakang, cepat-cepat ambik gambar mak |
Lepas puas bersiar-siar di Jonker Street sampai ke A Famosa, kiteorang pun balik ke hotel bagi mak berehat sampai lepas Zohor. Lepas check out, baru sambung aktiviti berjalan. Kali ni agenda untuk anak-anak pulak - dieorang nak pergi ke dua tempat, Muzium Hantu dan Malaysia Heritage Studios.
Tapi sebelum tu, singgah makan tengahari di Makan Avenue tak jauh dari Muzium Hantu.
|
Makan Avenue |
|
Konsep macam food court tapi instead of kita pergi ke gerai-gerai nak buat pesanan, staff yang datang bawak menu ke meja kita dan lepas buat pesanan, boleh terus scan QR code untuk bayar harga makanan yang dipesan |
|
Arahan pesanan terpampang besar di dinding |
Ada macam-macam gerai kat sini. Anak-anak pilih makan shawarma, aku pulak ambik nasi goreng kampung kongsi dengan Suami Terchenta dan mak pulak ambik satay. To be honest makanan kat sini so-so je. Nasi goreng kampung tu agak mengecewakan dari segi rasa dan sebab hidang dalam pinggan plastik dan bagi sudu dan garpu plastik 🤨. Shawarma tu pun erm... anak-anak tak dapat habiskan sebab tak kena dengan tekak dieorang. Satay yang mak order pulak ok je la, nak kata sedap pun tak tak sedap pun tak jugak. Satay daging agak liat. Not recommended.
|
Nasi goreng kampung ni rasa macam nasi goreng biasa, agak hambar rasanya |
|
Total damage RM67.75 |
Nanti sambung cerita masuk Muzium Hantu dalam entri seterusnya.