Sabtu lepas, sebelum bertolak ke Melaka aku sempat lagi hadir ke hari sukaneka sekolah Khadeeja. Sukaneka diadakan di Mini Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Sebelum pukul 8 pagi lagi dah keluar rumah tapi bila sampai fuhhhh... mencabar betul nak cari parking. Faham-faham je la tempat tu kan tumpuan orang beriadah pada hujung minggu. Nasib baik jumpa tempat parking walaupun agak jauh sikit.
Tema sukaneka tahun ni agak unik iaitu "Solidariti Bersama Palestin". Khadeeja memainkan watak penting sebagai maskot iaitu buah tembikai 🍉.
Khadeeja jadi maskot tahun ni |
Macam biasa, sukaneka dimulakan dengan acara perarakan. Siap bawak flare lagi dieorang ni masa perarakan.
Perarakan para pelajar yang terlibat dengan hari sukaneka |
Lepas perarakan, majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku. Disebabkan deejay bertugas pasang lagu tu kuat-kuat, satu taman berhenti dan berdiri bagi menghormati lagu Negaraku 😅. Seterusnya ada acara mengangkat sumpah dan ada jugak persembahan tarian dari anak-anak ni:
Acara mengangkat sumpah |
Yang ni pulak masing-masing pakai cermin mata hitam untuk tarian lagu "Hutang" kumpulan Floor88 |
Khadeeja masuk acara larian berganti-ganti dan larian 100 meter. Untuk larian 100m, alhamdulillah dia berjaya dapat tempat pertama! 🥳 Tak sia-sia mak dia bersorak jadi pom-pom girl kat tepi hehe.
Khadeeja dalam acara lari berganti-ganti |
Sebenarnya ada jugak acara sukaneka untuk ibubapa, tapi aku tak join sebab nak kena gerak sehabis je acara yang Khadeeja masuk. Nasib baik ada geng pom-pom girls duduk kat tepi padang, boleh la bersembang sambil menunggu 🤭.
Pom-pom girls (anak-anak kiteorang satu kelas) |
Lepas balik dari sukaneka, aku dapat mesej dari salah seorang mak-mak ni bagitau yang Khadeeja bukan setakat menang larian 100m tapi jugak acara memanah yang dibuat masa kelas memanah. Wah, tak sangka Khadeeja ada bakat memanah 😃. Kesian dia tak dapat ambik hadiah masa hari sukan sebab kiteorang rushing nak balik rumah dan bertolak ke Melaka. Kalau tunggu sampai habis event, risau pulak terperangkap dalam traffic jam di Seremban dan Ayer Keroh.