... aku terkagum sekejap. Jarang-jarang Suami Terchenta suggest kat mana tempat makan, biasanya dia mengharapkan aku yang tau kat mana tempat makan best kat KL ni hehe. Tapi minggu lepas tiba-tiba je dia ajak, "Jom, kari kepala ikan." Wah, dah boleh geng dengan Pak Inche SK macam ni! 😅
Sepanjang aku pergi hiking di Bukit Taman Tugu, aku baru tau ada tempat makan on the way nak ke tempat hiking tu ye. Suami Terchenta pun baru tau jugak sebab keluar makan dengan kawan ofis sebelum tu. Dia kata kalau hari bekerja tempat ni penuh waktu tengahari sampai tak cukup tempat parking. Menu special kat sini katanya ialah kari kepala ikan merah. Best sangat la tu sampai repeat ni.
Keunikan kari kepala ikan di sini ialah kuah hitam dan hirisan mangga muda |
Kat sini boleh pilih saiz kepala ikan yang kita nak. Harganya boleh tengok kat gambar kat bawah, dalam lingkungan RM70 ke atas.
Pilih kepala ikan dulu ikut ketebalan dompet masing-masing 🤭 |
Lepas pilih kepala ikan, barulah pekerja kafe campur kepala ikan yang dipilih ke dalam kuah kari dan sedia untuk dihidang.
Sekawah besar kuah kari kepala ikan ni |
Selain dari kari kepala ikan, ada jugak lauk campur yang lain dekat sini macam ikan bakar, ayam kampung goreng dan lauk-pauk Melayu yang lain.
Pelbagai pilihan lauk Melayu |
Aku ambik keli bakar ni jugak sebab nak rasa air asam ikan bakar ni. Sedap la jugak. |
Tempat makan yang selesa dan tak panas |
Bagi aku kari kepala ikan kat sini sedap, pekat dan isi ikan pun manis dan segar. Rempah karinya melekat dekat tangan sampai ke malam ok 😅. Patut la aku baca review kari kepala ikan kat sini rata-ratanya positif dan memberangsangkan. Sayang anak-anak tak reti makan kari kepala ikan, jadi aku dan Suami Terchenta la kena gigih menghabiskan kepala ikan yang besar tu! Dengan saiz kepala ikan macam ni, kesimpulannya kena makan beramai-ramai baru senang nak habiskan hihi.
Kafe ni namanya D'Tugu View sebab dari kafe boleh nampak pemandangan Tugu Negara. Buat peminat kari kepala ikan, boleh la masukkan tempat ni dalam senarai destinasi restoran kari kepala ikan korang 👍🏻.
D'Tugu View Cafe
Waktu Operasi: 7.30 pagi - 4 petang (Tutup hari Ahad)