Dah lama tak bersiaran dengan BFFs dua orang ni, jadi 2 minggu lepas kiteorang keluar brunch sesama selepas mendapat keizinan dari suami masing-masing. Hehe. Sejak dieorang ni kahwin susah bebenor nak cari masa nge-date bersama sebab aktiviti hujung minggu dieorang dengan suami masing-masing 🤭. Sis ni pengantin lama jadi Suami Terchenta dah bagi kepercayaan penuh setiap kali sis bagitau nak keluar girls outing dengan BFFs hihi.
Kali ni kiteorang nak try tempat baru iaitu Opera Cafe & Lounge di TRX. Sebenarnya ni cawangan kedua dieorang, cawangan pertama di Starhill so korang boleh agak la kan kekayangan kafe ni 😅. Kafe ni sangat la lawa sampai dapat jolokan most Instagrammable cafe in KL gittew... Tapi memang lawa pun. Kalau sis Suzy datang sini mesti dia suka sebab tema kafe ni warna pink. Semua pink, dari hiasan kafe sampai la ke pinggan dan even peket gula pun warna pink lolzz.
Opera Cafe & Lounge @ TRX |
Lokasi kafe ni sebenarnya susah sikit nak cari sebab bukan dalam mall TRX tu tapi di bangunan Menara Exchange 106 yang bersambung dengan mall. Sampaikan Zura boleh sesat barat tak jumpa-jumpa kafenya, bengang member tu siap bagitau kalau dia tak jumpa jugak lepas sejam cari, dia akan pergi shopping je la! Nasib baik 45 minit kemudian dia muncul 😝. Aku dengan Nurul dah puas ber posing sakan by the time dia sampai hehe.
Puas ber posing sementara menunggu seorang lagi BFF sampai sebab dia tengah sesat mencari jalan ke kafe |
Kafe ni menghidangkan menu Western dan Mediterranean, pastries, kek dan jugak dessert. Sebenarnya ada jugak Instagrammable desserts yang sangat la comel dan menarik, tapi kiteorang tak order sebab tujuan datang ke sini sebab nak brunch. Boleh tengok menu kafe di SINI.
Antara makanan/minuman yang kiteorang pilih:
Peach iced tea, Opera avocado dan rich hot chocolate |
Almond croissant |
Eggs benedict with smoked salmon |
Salmon cruffin |
Truffle fries |
Boleh dikatakan makanan kat Opera Cafe & Lounge ni sangat memuaskan hati, cuma harganya agak kayangan la. Tempatnya sesuai untuk celebrate birthday atau anniversary sebab deko kafe OTT (over the top) dan sesuai untuk orang yang suka ambik gambar dan post di IG hihi. Sebelum ke sini, elok buat tempahan meja dulu. Masa kiteorang mula-mula sampai pukul 10 pagi, kafe ni agak lengang tapi bila kiteorang dah nak gerak hampir 2 jam kemudian, tiba-tiba tempat ni penuh. Nak selamat, digalakkan buat tempahan meja.
Ada tempat OOTD jugak tapi camera girl yang bertugas kat sini ambik gambar close-up ni kenapa? Dah kena crop sayap sis ni 🤪 |
Alamat: Lot No. UG.08, Level Upper Ground, Menara Exchange 106
Masa operasi: 8 pagi - 10 malam
IG: @operacafemy
Laman web: https://operacafe.com.my/