Salam Jumaat semua,
Sejak perangai lahanat tentera Izzy tu menjadi-jadi, aku cuba sedaya-upaya untuk beri sokongan melumpuhkan kekuatan ekonomi kumpulan Z ni dengan mengurangkan / menukar barangan dari produk Z kepada produk alternatif.
Contohnya sebelum ni beli M*lo, sekarang kiteorang beli V*co. Walaupun bila makan kat luar pun kiteorang tak order M*lo ais. N*scafe tu takyah cakap la sebab tak minum kopi lagi dah. Satu kebaikan bila boikot C*ca-C*la ialah dah takde nafsu nak minum minuman yang pernah jadi kegemaran aku tu sampai kena diabetes. Sejak stop beli mee segera Megi, kiteorang dah kurang makan mee segera. Jadi selain lebih jimat, dah kurang makan makanan proses sekarang ni.
Tapi yang buat aku sedih ialah terpaksa lupakan coklat kegemaran aku - K*tK8 Chunky. Huhu... Bila nak datang bulan je, mesti aku cari coklat ni. Tapi sebab K*tK8 ni produk N**tle jadi aku tahan diri dari beli.
Baru-baru ni aku singgah KK Super Mart dan ternampak satu coklat dari Turkiye jenama Torku. Bentuk coklat ni seakan-akan coklat kegemaran aku tu. Jadi aku pun beli la satu sebab nak tau sama ke tak rasanya dengan K*tK8 Chunky:
Coklat jenama Torku dari Turkiye (Harga: RM2.10) |
Kat dalam, nampak kecik sikit dari K*tK8 Chunky |
Verdict: Rasanya memang sangat hampir dengan coklat kegemaran aku! 🤩 Tak menyesal beli ye hehe. Cuma lapisan coklatnya tak setebal dan semewah coklat K*tK8, tapi bagi aku ok je. Rasa coklatnya pun pekat. Esoknya aku beli lagi bagi anak-anak rasa pulak, dieorang pun bagitau benda yang sama - coklat ni memang rasa macam coklat K*tK8 Chunky:
Dalamnya ada lapisan wafer macam coklat K*tK8 Chunky |
Tapi tak semua cawangan KK Super Mart ada jual coklat ni. Aku beli coklat ni di KK Super Mart cawangan UTC Sentul. Pernah try cari di KK Super Mart di sebelah stesen LRT Masjid Jamek tapi tak jumpa. Mungkin tak dijual di situ.
Lepas ni kalau teringin makan coklat, takde la sedih sebab tak boleh makan coklat yang diboikot tu sebab dah ada coklat alternatif hihi.
Buat pengetahuan semua, dalam dunia ni ada 10 syarikat utama (The Big 10) yang mengawal industri makanan dan majoritinya ada hubungan dengan Izzy, contohnya N**tle beroperasi di tanah yang diduduki oleh Izzy secara haram, sumber SINI). Harapnya N**tle cepat-cepat tutup kilang di tanah haram dan keluar dari Izzy. Macam yang kita tengok bila ramai-ramai org boikot Mekdi, syarikat induk Mekdi terpaksa masuk campur beli balik hak francais dari pemegang francais Izzy supaya dieorang tak boleh lagi sesuka hati nak derma makanan dekat tentera Izzy lepas tu dengan bangganya post dekat satu dunia sokongan terhadap tentera Izzy. Sekali haa, ambik kau satu dunia boikot Mekdi gara-gara tindakan Mekdi di Izzy tu sampai dieorang rugi USD7 billion. Adan uke. Tekanan ekonomi macam tu yang kita harapkan berlaku dengan syarikat-syarikat yang sokong kumpulan Z dan negara haram tu.
10 syarikat makanan yang menguasai industri makanan global (Sumber: https://www.frugl.com.au/2020/01/19/the-sooner-you-know-that-only-10-companies-control-everything-you-buy-the-better/) |
Tak boleh tolong banyak, tolong sikit-sikit pun harapnya usaha kita diterima di akhirat kelak, Insha Allah. Jangan sampai orang Palestin mengadu dekat Allah yang dieorang tak terima pertolongan dari kita masa dunia. Nauzubillah. Semoga Allah ampunkan dosa kita atas ketidakupayaan kita untuk hentikan serangan Izzy ke atas mereka 🥺.