... maka ada la alasan mak dia nak mengajak keluar rumah 😅. Semalam Khayla cuti peristiwa sempena kejohanan sukan dan olahraga sekolah pada Sabtu lepas. Mula-mula ingat nak ajak dia sarapan pagi kat luar tapi hujan pulak. Terus auto malas nak keluar rumah bila hari hujan. Tengahari lepas Zohor barulah kiteorang keluar naik LRT ke Sunway Putra Mall.
Mula-mula sekali kiteorang singgah makan di Super Saigon. Selalu lalu je depan restoran ni tapi tak pernah singgah. Kali ni kiteorang malas nak menapak jauh-jauh cari tempat makan dan restoran ni pulak sama level dengan pintu masuk mall dari stesen LRT, tu yang end up makan kat sini.
Super Saigon @ Sunway Putra Mall |
Restoran ni cantik dan luas. Since kiteorang sampai lepas lunch hour jadi restoran ni lengang, kiteorang je la pelanggan masa tu. Mula-mula masuk restoran ni, terus ada aroma bau hotel. Mesti dieorang pasang diffuser wangian hotel dalam restoran ni sebab baunya familiar... Hehe. Kalau tak silap bau Le Meridien kot.
Hiasan dalaman restoran ni cantik sangat |
Lepas duduk, datang staff restoran bagi kod QR untuk kiteorang pesan makanan. Ada promosi hari bekerja - pilih hidangan pho medium rare sliced beef & beef ball / pho shredded chicken, dapat percuma crispy spring rolls minced chicken atau telur separuh masak dan minuman separuh harga.
Baju Khayla ter matching pulak dengan warna dinding 😅 |
Pho medium rare sliced beef & beef ball |
Pho shredded chicken |
Percuma crispy spring rolls minced chicken |
Our drinks |
OK la, boleh tahan la rasa makanan kat sini. Aku bukan penggemar makanan Vietnam so tak boleh nak komen lebih-lebih. Mangkuk pho tu agak besar, terkejut kiteorang berdua bila staff restoran hantar ke meja hehe. Yang bagusnya makan kat sini, siapa yang tengah jaga diet tu boleh refer berapa kalori untuk setiap hidangan dieorang sebab dah tertera dalam menu.
Lepas makan, kiteorang pergi ke salun rambut pulak sebab Khayla request nak potong rambut. Since rambut aku pun dah start gugur balik, jadi aku pun nak trim dan buat treatment kulit kepala sekali. Lepas dapat green light dari Suami Terchenta, kiteorang pun masuk ke salun rambut A-Saloon+. Selalu memang kiteorang ke sini kalau nak syampu dan potong rambut sebab ada bahagian Muslimah di salun ni. Pekerja salun pun ramah dan selalu kongsi tips penjagaan rambut.
Buat treatment kulit kepala untuk masalah rambut gugur |
Harap-harap lepas ni kurang sikit masalah rambut gugur. Kepala pun rasa ringan sikit lepas treatment. Overall, aku memang rekemen salun rambut ni sebab servis bagus, semua pekerja perempuan dan menyediakan ruang untuk pelanggan Muslimah 👍🏻.
Selesai urusan di salun, jam menunjukkan pukul 4.30 petang. Masa untuk jemput Khadeeja balik dari sekolah. Ngam-ngam je masa tu, sebab kiteorang kena turun di stesen Titiwangsa dan tukar ke MRT untuk ke sekolah Khadeeja. Happy la dia sebab kakak dia jemput balik dari sekolah.