Bila aku belek galeri foto hp, baru perasan yang aku tak up lagi entry pasal staycation di Palm Garden Hotel, Putrajaya. Palm Garden Hotel ialah salah satu dalam kategori Tribute Portfolio Hotel di bawah jenama Marriott Bonvoy. Macam biasa, tahun ni kena kumpul 10 malam untuk mengekalkan status Silver Elite Marriott Bonvoy supaya tak hilang keistimewaan sebagai ahli Silver Elite. Tak sabar nak capai 250 malam supaya keahlian ni bertukar status jadi kekal sepanjang hayat (Lifetime Awards) tak kira la tahun tu dah cukup kuota 10 malam ke tak. Dari mula-mula join sampai sekarang baru kumpul 90 malam, ada 160 malam lagi nak dapatkan Lifetime Awards tu 🤪.
|
Lobi Palm Garden Hotel |
Hotel ni tak jauh dari IOI Mall Putrajaya dan ada perkhidmatan shuttle bus untuk bawa tetamu hotel ke IOI Mall (shuttle bus ni berkongsi dengan Marriott Putrajaya jugak sebab lokasi hotel yang dekat dengan each other).
|
Bahagian courtyard di tengah-tengah bangunan hotel |
Kiteorang staycation sini sebab ada promosi Palm Garden Family Retreat sepanjang tahun ni, di mana bilik kedua (untuk anak-anak) dapat diskaun 50% dari harga bilik penuh. Harga bilik pun dah termasuk breakfast.
Bilik kiteorang dengan anak-anak sebelah-menyebelah je (connecting room) tapi masa kiteorang sampai bilik kiteorang tak ready lagi. Jadi aku nego esoknya check out lambat (pukul 2 petang). Sebenarnya tak kisah sangat pun sebab petang tu lepas check in kiteorang dah plan nak melawat kawan satu ofis Suami Terchenta yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Tapi sebab tanggungjawab hotel ialah memastikan bilik ready sebelum waktu standard check in pukul 3 petang, jadi dieorang kena la gantikan masa tu dengan waktu check out yang lewat, cari bilik lain atau offer room upgrade. Dalam kes kiteorang ni the only connecting room yang ada ialah bilik yang tak siap lagi dan bilik yang lebih mahal pulak dah fully booked.
OK, done membebel pasal bilik yang tak ready lagi yang penting lepas balik dari melawat member ofis Suami Terchenta bilik dah ready. So ni la rupa bilik di Palm Garden Hotel ni:
|
Bilik anak-anak dengan twin double bed. Dekat luar bilik ada balkoni |
|
Bilik aku dan Suami Terchenta dengan katil king dan ada balkoni |
|
Ruang sofa yang luas |
|
Foyer bilik |
|
Pemandangan dari sisi katil |
|
Dapat snek tempatan (gula-gula kelapa dengan nenas kering) dan nota tulisan tangan dari pengurus hotel (aku rasa mesti intern yang kena tulis nota ni setiap hari, pengurus hotel tinggal sign nota je) |
Bilik yang kiteorang ambik ni takde bathtub. Kalau nak bilik ada bathtub kena book bilik suite. Semua bilik menggunakan sabun dari jenama Guild+ Pepper. Aku Google kat Shopee ada jual, tapi import dari China. Tak pasti original ke tak.
|
Bilik air |
Selain dari tu, kemudahan lain yang disediakan ialah bath robe, seterika dan papan seterika, tea and coffee facilities dan minibar fridge. Mesin kopi je takde tapi sebab tak minum kopi so aku tak kisah sangat.
|
Kemudahan dalam bilik yang lain |
Puas hati sebab bilik luas dan bersih. Next entry, aku share buffet breakfast kat sini pulak.