Khamis lepas aku buat lasagna untuk anak-anak tapi sebab alang-alang dah defrost daging kisar (ye, langgar pantang lagi! Bila nak insaf ni!) dan sebab aku nak habiskan stok sayur capsicum, carrot, frozen veggie dan kentang, aku pun buat jugak shepherd pie at the same time (biasalah aku ni, sekali datang mood rajin dekat dapur sampai 2 jenis hidangan berbeza aku buat! Kalau malas, order Grab je hehe).
Terhangus sikit kat atas gara-gara multi-tasking sambil bakar shepherd pie, aku mengacau sos béchamel atas api untuk buat lasagna |
Rupa tak cantik sebab aku tak pakai kentang Russet untuk lapisan kentang putar kat atas tu. Aku guna kentang biasa je, jadi lembik sikit. Tapi yang penting rasa sedap |
Shepherd pie aku ni versi yang pakai apa je yang ada di rumah. Kalau ikutkan resipi asal shepherd pie kena letak sos Worcestershire tapi ada aku kesah? 😜 Tak letak pun sedap jugak rasanya.
So ni la resipi shepherd pie versi aku:
Shepherd Pie Derhaka
Bahan-bahan:
- 1 bungkus daging kisar Ramly (yang bentuk silinder tu, kalau beli yg bentuk segi empat tu guna satu keping je)
- 1 batang carrot (potong dadu kecik)
- 1 biji capsicum (potong dadu kecik)
- Satu cawan frozen mixed veggie
- Setengah biji bawang holland (guna 1 bijik kalau saiz bawang tu kecik) - cincang halus
- 1 sudu besar bawang putih kisar
- 1 kiub stok pati lembu (beef stock)
- 1 tin kecik pes tomato
- Minyak zaitun (untuk menumis, kalau takde guna je minyak masak biasa)
- Mixed herbs / Italian herbs
- 2 sudu besar tepung gandum
- 1 sudu kecik serbuk lada hitam
- 5 biji kentang (paling sesuai guna Russet Potatoes)
- Susu segar / susu penuh krim
- Parmesan cheese (setengah cawan atau ikut suka korang, kalau suka cheese letak la banyak mana pun)
- 2 sudu mentega
- Panaskan ketuhar pada suhu 200℃.
- Kupas kulit kentang dan rebus kentang sampai empuk.
- Sementara tunggu kentang empuk, panaskan minyak secukupnya, tumis bawang-bawang sampai kekuningan dan wangi, masukkan daging kisar dan tekan-tekan sampai lerai dan bertukar warna kepada kecoklat-coklatan.
- Masukkan sayur-sayuran dan tumis sampai sayur lembut.
- Masukkan stok pati lembu dan pes tomato.
- Perasakan dengan mixed herbs dan lada hitam.
- Masukkan tepung gandum dan kacau sampai nampak pekat. Kalau terlalu kering, masukkan sedikit air bagi nampak ada kuah gravy yang pekat.
- Tutup api.
- Masukkan kentang yang dah empuk ke dalam food processor, masukkan susu segar (jangan banyak sangat takut cair, parmesan cheese dan mentega. Tutup penutup food processor dan kisar sampai sebati semuanya menjadi kentang putar. Kalau takde food processor, lenyek guna kaedah manual / pakai tangan je la.
- Griskan pinggan casserole dengan sedikit minyak masak, masukkan inti daging dan sayur tadi dan ratakan lapisan. Kemudian tutup lapisan bawah dengan lapisan kentang putar tadi dan ratakan.
- Bakar selama 25 - 30 minit (bergantung dengan kepanasan ketuhar masing-masing. Bila lapisan kentang putar tadi dah nampak kekuning-kuningan, keluarkan dari ketuhar dan sejukkan dulu sebelum dihidang.
Dah siap... Sekejap je licin shepherd pie ni. Masak bukan main lama sejam! 🤣 Sebenarnya resipi inti daging lasagna tu pun lebih kurang gini jugak bahan-bahannya kecuali aku cuma letak carrot, bawang holland dengan daging kisar je. Sayur capsicum dengan frozen mixed veggie tu guna untuk resipi shepherd pie je.
Lagi satu untuk lasagna, aku guna sos spaghetti bolognese instead of pes tomato sebab lasagna kena berkuah lebih sikit supaya dapat diserap oleh kepingan pasta dalam lasagna tu masa dibakar. Lasagna kena ada sos béchamel (sos putih berkeju) jugak dan pakai 3 jenis keju (parmesan, mozzarella dan cheddar cheese) untuk setiap lapisan lasagna. Nak senang beli je Emborg 3 Cheese Bake Shredded ni.
Nak senang, ikut je resipi Che Nom untuk lasagna yang sedap.
Guna cheese yang ni untuk buat lasagna |