Selalu bila aku balik dari ambik Khadeeja di sekolah dan lalu food truck ni dalam perjalanan balik ke rumah, mesti nampak sign 'Closed' maksudnya jualan dah habis dan dieorang tengah mengemas perkakas. Tak pun kalau lalu situ nampak ramai orang beratur nak beli ayam goreng dari food truck ni. Tapi minggu lepas aku ambik Khadeeja dan ternampak food truck masih lagi beroperasi dan tak ramai orang beratur. Apa lagi, aku pun berhenti tepi jalan disebabkan perasaan ingin tau sedap sangat ke ayam goreng Muiz Hot Chicken ni sampai selalu je cepat habis dan ramai orang beratur.
Eh, masih bukak dan beroperasi la... |
Aku ambik set cheese. Beli la 4 ketul supaya dapat rasa seketul seorang. Sekotak set cheese ayam goreng dengan 2 ketul ayam dalam satu kotak ni harganya RM11. Not bad la.
Dia bagi cheese dalam bekas ni untuk dip dengan ayam goreng |
Ayam pun besar-besar macam ayam kepci, tapi dengar citer ayam kepci skrg dah makin mengecut. |
Rasa ayam goreng ni memang mirip ayam kepci jugak. Suka gigit tepung salutan ayam tu sebab rangup dan packed with flavours. Perapan ayam pun sampai ke dalam isi, dan bila cicah dengan sos keju yang dieorang bagi tu memang macam makan cheesy wedges tapi versi ayam, haaa gitu...
Rupa-rupanya Muiz Hot Chicken ni dah lama beroperasi ye, dari 2013 lagi. Cawangan pertama di Muar Johor. Sekarang konsep jualan dieorang melalui food truck tapi kalau ikut ilustrasi ni tahun depan mungkin dieorang akan bukak restoran sendiri. Semoga bisnes ayam goreng dieorang semakin maju sebab ni pertama kali jumpa jenama ayam goreng tempatan yang setanding jenama ayam goreng antarabangsa. Ada hikmah aktiviti boikot ni sebab nampak bisnes tempatan semakin ke depan bila orang ramai beralih ke jenama yang tak menyokong puak Z ni.
Ilustrasi menarik tentang perancangan perniagaan Muiz Hot Chicken atas kotak ayam goreng |
Korang pernah try ke Muiz Hot Chicken ni? Apa lagi jenama ayam goreng yang setanding kepci korang pernah makan sebelum ni? Cer komen sikit.