Hari Sabtu lepas, alhamdulillah Suami Terchenta tak kena masuk ofis jadi boleh la kiteorang keluar. Kalau dia kena masuk ofis, sudahnya kiteorang duduk kat rumah je la 😅.
Anyway, pagi tu turun ke gym untuk buat senaman kardio dan strength. Bila aku masuk gym, eh eh, semua ladies je dalam gym pagi tu 👏🏻👏🏻. Dua orang tengah berlari atas treadmill, seorang lagi tengah buat senaman strength juak. Bila ada perempuan dalam gym, takde la rasa kekok sangat.
Untuk senaman kardio aku berjalan atas treadmill selama 30 minit. Cukup sekadar menaikkan heart rate untuk bakar lemak. Lepas tu aku terus buat strength workout berpandukan video dalam Fitness+ apps. By end of workout, lutut dan lengan aku rasa macam agar-agar, padahal guna dumbbell 4kg je! 😅 Nampak nau tak fit 🤭.
|
Prefer buat strength workout sebab heart rate naik sampai 150+bpm (beat per minute), so lebih banyak lemak terbakar (harap-harap la!) |
Lepas bakar lemak di gym, barulah pergi ganti balik lemak sarapan pagi. Kiteorang ke Folk Kofii sebab aku dah terbayang-bayang sedapnya lontong Paktam Laksa (aku rasa owner dua-dua kafe ni orang yang sama sebab staff Folk Kofii ni pergi order lontong ikut tingkap dekat dinding yang bersambung dengan kafe Paktam Laksa.
|
Sementara tunggu order sampai, kita selfie dulu |
|
Sarapan kami - anak-anak nak makan pancake (takde dalam gambar sebab tengah buat lagi) dan kuih-muih (buah melaka, kuih ketayap dan burnt cheesecake); aku dan Suami Terchenta pulak order lontong dan Suami Terchenta tambah rendang paru jugak |
Kali ni servis di Folk Kofii lebih cepat berbanding dengan masa aku dan Khayla pergi ke sini dulu. Nampaknya dah ada improvement. Boleh la datang ke sini lagi lain kali.
Aktiviti seterusnya, kiteorang ke Perpustakaan Kuala Lumpur untuk pulangkan buku dan pinjam buku baru.
|
Perpustakaan Kuala Lumpur - masa ambik gambar ni nampak lengang je, tapi lepas tu tiba-tiba ramai pulak pengunjung datang bawak anak-anak dieorang lepak di sini |
Setel pinjam buku, kiteorang balik semula ke rumah sementara tunggu waktu Zohor. Lepas Zohor, kiteorang bertolak ke Cyberjaya sebab BFF aku Jen dan suaminya buat makan-makan kat rumah. Perjalanan ke Cyberjaya ambik masa sikit sebab even highway MEX pun jem banyak kenderaan yang menghala ke Putrajaya & Cyberjaya. Dalam sejam lebih gitu, barulah kiteorang sampai ke rumah Jen dan MK.
Dieorang baru je pindah masuk ke rumah tu kiranya buat makan-makan untuk housewarming. Besar betul rumah Jen, paling suka dapur dia sebab luas. Dah alang-alang sampai rumah Jen, terus kiteorang videocall dengan seorang lagi BFF kiteorang, Aini yang duduk di London. Sepanjang videocall tu, Jen bawak kiteorang house tour rumah dia 😄. Terus teringat masa wedding Jen dulu dia bawak house tour rumah lama dia, tak sangka rumah baru pun dia bawak house tour jugak hehehe!
|
Throwback masa dia bawak aku & Aini house tour masa wedding dia dulu 😆. Sekarang rumah dia dah besar, bilik tidur pun dah ada walk-in wardrobe 👏🏻 |
|
Dah berbelas-belas tahun berlalu, sekarang house tour kena buat virtual sebab Aini dah menetap di London 🤭 |
Terlupa pulak nak ambik gambar makanan yang dieorang order dari caterer Melayu. Paling suka sambal belacan, hehe. Pergi rumah kawan Cina makan sambal belacan ye. Tu la namanya satu Malaysia 😜. Siap tumpang solat rumah dia lagi sebab kiteorang lepak lama (jarang-jarang jumpa, bila dah jumpa memang tak habis la semua topik nak sembang). Time ni rasa lucu sikit sebab masa aku gurau, 'Eh Jen, Kuan Yin you tak marah ke kiteorang tumpang solat ni?" Dieorang cepat-cepat jawab, "Eh, tak la. Sembahyang la banyak-banyak kasi ong rumah kiteorang." Teringat pulak dengan ex-boss aku dulu pun cari rumah dekat masjid sebab katanya tiap-tiap kali azan nanti hantu lari dari rumah dia 😆.
|
Terima kasih Jen & MK sebab jemput kiteorang ke rumah baru 💓 |
Macamana pulak dengan weekend korang? Sibuk ke santai-santai je?