Alhamdulillah, syukur sangat-sangat sekarang bacaan gula dalam darah dan tekanan darah aku pada tahap yang memuaskan.
|
Dah lama tak dapat result gula dalam darah macam ni pagi-pagi. Selalunya dalam 6+mmol/L ke atas. |
Benda yang paling aku susah nak percaya bila tekanan darah aku bukan setakat menurun, tapi jugak konsisten pada tahap optimum (bawah 120/90). Ubat darah tinggi yang aku ambik masih lagi sama tapi sekarang ni bacaan dah berbeza.
Aku catatkan di sini untuk future references, apa yang aku buat differently dalam masa sebulan ni yang kemungkinan besar jadi asbab-asbab bacaan gula dalam darah dan bacaan tekanan darah aku bertambah baik sekarang:
1. Pantang makan daging
Yang ni Dr Sakinah yang suruh buat sebab risau tengok buah pinggang aku merosot. Aku diarahkan untuk elak makan daging merah, kurangkan daging putih dan gantikan dengan protein berasaskan tumbuh-tumbuhan (tempe, tauhu, tofu, kekacang dsb.). Daging merah sememangnya kurang elok untuk orang yang ada diabetes dan tekanan darah tinggi sebab pesakit diabetes dan tekanan darah tinggi ni ada masalah metabolisme dan kandungan lemak tepu dan kolesterol boleh mengurangkan tahap sensitiviti insulin dalam badan. Lepas 2 minggu aku pantang makan daging, aku mula perasan tekanan darah aku makin lama makin elok. Sekarang ni average bp aku dalam 114/76.
2. Tukar ubat diabetes baru (metformin vs jardiance/empagliflozin)
Kalau sebelum ni aku ambik metformin, tapi since Dr Sakinah risau efek metformin dekat buah pinggang aku, so dia tukarkan aku ke Jardiance. Selepas beberapa minggu ambik Jardiance, rasanya ubat baru ni lebih serasi dengan badan aku dari metformin. Selain dari tu, Jardiance bertindak mengurangkan risiko serangan jantung dan buah pinggang rosak. Bulan depan kena buat lab test lagi, harap-harap ada perubahan positif dekat bacaan eGFR buah pinggang aku.
3. Ambil supplement kesihatan
Memandangkan aku ada sindrom PCOS, aku banyak baca tentang kebaikan pengambilan supplement Inositol untuk menangani simptom-simptom PCOS antaranya membantu mengurangkan insulin resistance which is typical for diabetic and PCOS.
Satu lagi supplement yang aku ambik ialah Alpha Lipoic Acid (ALA) untuk healthy glucose metabolism (menukarkan gula dalam darah kepada tenaga). ALA ni sebenarnya ada dalam makanan jugak, mostly daging merah, tapi since aku kena pantang daging merah jadi kena la ambik supplement ALA.
|
Aku amalkan supplement LAC ni sejak sebulan lepas |
Main takeaway aku dari perkongsian ni masih lagi sama since my last sharing pasal kesihatan aku - kepada rakan-rakan blogger yang masih sihat dan bebas dari penyakit tiga serangkai, berpada-pada dalam pengambilan makanan, kawal tahap stress dan amalkan gaya hidup sihat. Sebab to be honest, getting sick is expensive. Ubat-ubatan aku bulan-bulan je cecah hampir RM250, tak termasuk lagi dengan supplement-supplement ni semua. Itu belum lagi kena jumpa doktor secara berkala nak pantau tahap gula, tekanan darah dan buah pinggang (sebab bila ambik banyak ubat, buah pinggang la yang paling terkesan), itu pun cecah ribu-raban jugak setahun. Jadi lebih baik mencegah dari merawat (pesanan dari aku dan KKM hihi). Oh ya, jangan lupa ambik insurans perubatan yang cover penyakit-penyakit kronik dan kritikal. Jangan harapkan insurans dari company kita bekerja semata-mata. Aku doakan rakan-rakan semua sihat-walafiat selalu dan dijauhkan dari penyakit-penyakit merbahaya, Ameen YRA! 🤲🏻