Ikutkan malas pulak nak cerita pasal hotel yang kiteorang duduk ni sebab sebelum ni aku dah pernah ulas pasal hotel Four Points by Sheraton Desaru kali terakhir kiteorang ke sini 2 tahun lepas. Tapi dah namanya travel & lifestyle blog, kenalah ikut tema blog kan. Hihi.
Sebab utama kiteorang pilih hotel ni ialah tak lain tak bukan sebab jenama Four Points ni bawah label Marriott Bonvoy jugak. Memandangkan sekarang aku tengah gigih nak dapatkan extra points di bawah kempen bermalam 5 malam untuk dapatkan 15 ribu points tambahan (points ni boleh guna untuk redeem free stay) jadi sebab tu Four Points by Sheraton Desaru ni jadi pilihan tempat bermalam. Teringin jugak nak menginap di Westin Desaru cuma belum ada rezeki lagi. Tapi lain kali kalau plan trip betul-betul instead of plan terkejut ni, mungkin boleh dipertimbangkan.
Kali ni kiteorang ambik bilik Family Room. Ada 2 katil double (satu katil tu boleh muat 2 orang bersaiz comel macam aku ni hihi) dan paling syok untuk anak-anak, ada khemah teepee siap ada tilam lagi dalam tu.
Maksimum bilik ni boleh menempatkan 4 orang (5 orang kalau ada kanak-kanak sebab boleh tidur dalam khemah teepee tu). Bilik pun agak luas, boleh solat berjemaah dengan selesa. Sepanjang pengalaman aku menginap di hotel Four Points by Sheraton (baca sini), bilik air dieorang memang takde bathtub. Jadi kalau nak ber healing dalam bathtub, lupakan saja hasrat tu. Tapi kalau nak healing di kolam renang, jangan risau hotel ni ada kolam renang hehe.
|
Bilik Family, bilik paling luas di hotel ni |
Macam biasa, sarapan pagi di hotel Marriott jarang-jarang mengecewakan. Dari segi pilihan makanan, ada banyak pilihan depan mata. Harga pun sangat ok - buffet breakfast untuk orang dewasa ialah RM60 dan kanak-kanak pulak, RM30. Dari segi rasa, berbaloi dengan harga yang dibayar. My favourite - scrambled eggs makan dengan feta dan blue cheese. Yumms! 😋
|
Makanan yang aku pilih - scrambled egg, pancake, salad, sosej, bubur, nasi minyak dan ayam masak merah, nasi lemak, bihun goreng dan teh tarik. Aku ambik kuantiti sikit supaya dapat rasa hidangan berbeza |
Sayangnya dah takde lagi perkhidmatan free shuttle ke pantai belakang hotel Westin Desaru sejak tahun lepas. So kalau nak dekat dengan pantai, kena cari resort atau hotel lain yang betul-betul dekat dengan pantai Desaru. Tapi selain dari tu, yang lain semuanya memuaskan. Memandangkan kiteorang check in lewat malam semalam dan aku merupakan ahli Silver Elite, hotel bagi keistimewaan untuk kiteorang check out lewat sikit, pukul 2 petang. Sempat la solat jamak sebelum meneruskan perjalanan pulang ke KL.
|
Menunggu di lobi sementara Suami Terchenta bawak kereta ke depan lobi |