Hari ni agak penat sikit sebab semalam baru balik dari Desaru. Bermalam satu malam di sana, hajatnya nak surprise kan adik ipar yang bekerja di Pengerang last-last surprise tak menjadi sebab dia bekerja pulak siang tu 😅 Dah la jem giler menghala ke selatan tanahair - pukul 3.30 petang bertolak lepas Khayla habis aktiviti sekolah dan Suami Terchenta balik dari standby duty di ofis (hari Ahad pun kena masuk ofis, kesiannya Suami Terchenta!). Ikutkan 4 jam lebih je nak ke bandar Penawar tapi sebab jem yang melampau sangat, dari 4 jam jadi 8 jam lebih perjalanan atas highway! Pukul 11.30 malam baru kiteorang sampai ke bandar Penawar. Letih tau dah la bawak kereta manual. Sampai kat Machap berhenti makan dan tukar driver. Suami Terchenta kata dia tidur je sepanjang aku bawak kereta lepas exit di tol Senai dan masuk ke highway ke Desaru sebab seram katanya tengok aku tekan minyak bawak kereta macam nak ke alam barzakh 🤭.
Takpelah takde rezeki jumpa adik ipar kali ni jadi kiteorang ambik kesempatan pergi ke Pantai Desaru je. Dah lama tak merasa angin tepi pantai, kata Suami Terchenta. Kita bagi can la dia healing di tepi pantai, stress kan kerja kat ofis tu.
Anak-anak pun seronok main pasir dan cari kulit kerang. Lepas tu rendam kaki dalam air laut. Agaknya kalau ada tuala mandi memang confirm terjun laut tu.
Bila mak bapak berposing hehe. |
Lepas tu kiteorang pergi ke pantai belakang restoran Nelayan pulak. Ada buaian bawah pokok. Anak-anak makin seronok bermain buaian. Lepas ambik gambar buat kenangan, aku dan Suami Terchenta jalan-jalan di tepi pantai Desaru yang cantik dan bersih tu. Seronok la siapa yang duduk dekat Desaru hari-hari boleh pergi mandi laut kan.
Main la puas-puas nak, nanti kita nak kena menghadap jem balik ke KL pulak 😆 |
Biarkan dieorang menikmati zaman kanak-kanak selagi masih depan mata kiteorang ♥️ |
Balik dari Desaru, kena menempuh perjalanan selama 6 jam pulak, Bertolak pukul 5 petang dan sampai pukul 11 malam. Kali ni tukar driver di Seremban pulak sebab Suami Terchenta dah mula membebel tak jumpa-jumpa smart lane 🤭. Bila dia dah membebel, maksudnya dia dah penat la tu. Sekali lagi dia pejamkan mata bila si isteri bawak kereta macam pelesit di jalan raya. Ikutkan Waze patutnya kiteorang sampai pukul 11.15 malam tapi sebab isteri dulu bekas minah rempit di jalan raya, tempoh perjalanan berjaya dipendekkan selama 15 minit.
Nanti dah kurang penat sambung cerita pasal trip terkejut ke Desaru ni hehe.