Ni kisah bulan lepas. Lepas jemput Khadeeja dari sekolah (naik LRT), aku ajak dia pergi ke Petaling Street sebab nak beli hamper dari butik coklat Beryl's untuk hadiah Hari Guru. Tapi sayangnya masa kiteorang sampai tu, dah tutup pulak butik coklat tu.
Masa berjalan balik ke stesen MRT nak balik ke rumah, ternampak kedai teh Chagee ni. Eh, apa lagi menyinggah la sekejap.
|
Baru bukak agaknya sebelum tu tak perasan pun |
|
Cantik dan nampak luas je dalam kedai ni |
Sebab ni first time masuk kedai teh Chagee, jadi agak canggung sikit nak buat pesanan. Rupa-rupanya kena imbas kod QR, pilih lokasi kedai dan buat pesanan. Boleh pilih bayar di kaunter atau dalam talian.
|
Suka tengok perkataan Chagee ni sebab berseni |
|
Aku pilih black milk tea dan Khadeeja pulak pilih fresh watermelon jasmine tea. OK la, not bad tak manis sangat sebab aku pilih option kurang gula. |
Aku ni bukanlah penggemar minuman teh yang hipster ni. Teh boba pun dah lama tak minum aku rasa last sekali beli teh boba pun 2 tahun lepas. Tapi aku masuk ke sini sebab nak paper bag Chagee ni hehe. Paper bag Chagee ni serius lawa dan kualiti pun premium. Design beg pun ala-ala beg Christian Dior.
Aku nak beg Chagee ni sebab nak buat jadi kotak tisu. Aku follow tutorial dekat sini untuk tukarkan paper bag ni jadi kotak tisu.
|
Serius lawa kan kotak tisu ni? |
So kalau korang penggemar minuman teh Chagee, jangan buang paper bag sbb boleh recycle jadi kotak tisu yang lawa. Selamat mencuba!