Hari ni masuk usia ke-42 tahun di dunia ni. Syukur atas semua yang Allah hantarkan dalam hidup aku - yang manis, pahit, masam, kelat - semuanya untuk mendidik, membentuk dan mendewasakan seorang insan bernama CARNEYZ.
|
Aku di usia 42 tahun - mata dah ada 'handbag', dahi dah berkedut tapi yang penting masih boleh senyum dengan gigi sendiri 🤭 |
Di usia 42 tahun, aku rasa aku dah mula masuk fasa tenang. Dah kurang rasa nak marah-marah. Angin kus-kus tu masih lagi ada sekali-sekala tapi dah tak sekerap dulu 😜.
|
Me @ 6 months old. Dari dulu lagi suka berkerut dahi |
Di usia 42 tahun, aku rasa bahagia dengan kehidupan yang aku lalui. Kami berdua bermula dari bawah - Suami Terchenta pernah bekerja sebagai pemandu dan aku bermula sebagai trainee. Masa bujang dulu pernah menyewa di rumah setinggan. Lepas kahwin, rezeki bertambah baik dari menyewa di rumah setinggan dapat menyewa di pangsapuri. Dari naik motor, upgrade pulak ke kereta Kancil dan akhirnya upgrade ke kereta Exora. Dari jawatan trainee berakhir dengan jawatan pengurus di syarikat sebelum aku berhenti kerja dan alhamdulillah sekarang menjadi suri rumah atau kawan-kawan aku gelar, tai-tai 😅.
|
Bahagia dengan jodoh sejak 18 tahun yang lalu |
|
Bahagia bertemu kawan-kawan yang baik di mana-mana aku bekerja. Ni BFF aku yang aku pergi rumah dia di UK tempoh hari |
|
Bahagia sebab pernah berpeluang berbakti dengan negeri kelahiran sendiri selama 6 tahun, sebagai penghargaan sebab menanggung yuran pengajian di universiti masa peringkat ijazah sarjana muda. Terima kasih kerajaan Sarawak! |
|
Bahagia dengan anugerah 2 orang cahaya mata dari Allah. |
|
Bahagia masih boleh menumpang kasih dengan mak, bapak, mak mertua dan bapak mertua |
Semoga kebahagiaan yang Allah pinjamkan ni berkekalan hingga ke akhir hayatku 🤲🏻. Alhamdulillah ala kulli hal, Alhamdulillah atas usia yang bertambah. Terima kasih atas segalanya, ya Allah 🥰.
|
Bahagia bila Suami Terchenta belanja staycation sempena birthday |
Nota kaki: Yang pahit, kelat dan masam tu biar simpan dalam kenangan je.