Minggu lepas kawan aku bagitau yang dia makan lontong Paktam Laksa tapi bukan di kedai Paktam Laksa. Rupa-rupanya menu di kedai Paktam Laksa tu ada dijual di kafe berhampiran iaitu kafe Folk Kofii. Eh, bagus la idea dieorang ni buat partnership macam ni. Kalau kedai Paktam Laksa penuh, boleh singgah di Folk Kofii untuk pesan laksa Johor, lontong atau soto di sini.
Memandangkan hari Jumaat masa lebih panjang sebelum hantar Khayla ke sekolah, jadi kiteorang pun decide nak sarapan pagi di sini.
|
Kafe ni terletak di bangunan belakang 7E, agak tersorok sikit. Aku pusing 2x baru nampak signboard kafe yang cinonet ni |
|
Macam biasa, kafe ni berkonsepkan hipster dan estetik. Sambil tunggu pesanan sampai, boleh baca bahan-bahan bacaan yang disediakan. |
Selain dari menu dari kedai Paktam Laksa, kafe ni ada jual kek, kuih-muih, tart dan menu sarapan terdiri dari hidangan Western macam pancakes dan waffles yang Khayla pesan ni dan jugak menu lokal macam nasi lemak bungkus dan lempeng. Specialty dekat sini ialah pelbagai jenis minuman kopi. So penggemar kopi boleh la singgah mencuba kopi dekat sini.
|
Pancake |
|
Waffle dengan inti coklat dan peanut butter |
Aku pulak pesan lontong dari kedai Paktam Laksa. Kalau nak bagi rating, aku bagi 10/10. Sedap sangat! Kuahnya cukup pekat, bahan-bahan semua lengkap, sambal dan kuah kacang memang padu. Bertambah satu lagi menu yang aku suka di kedai Paktam Laksa ni 😋.
|
Lontong Paktam Laksa |
Dari segi makanan aku rasa semuanya sedap dan menarik. Cuma slack dekat sini ialah servis agak slow. Agak lama jugak kena tunggu pesanan sampai, tapi lontong Paktam Laksa ni laju je sampai walaupun dari kedai lain hehe. Kawan aku pun komen benda yang sama - siap cakap rasa macam nak tolong bancuh kopi kat dapur, sebab lama sangat tunggu 🤣. Lepas tu aku order cold chocolate milk, adik tu boleh pulak salah dengar oat chocolate milk. Minuman Khayla pulak dia tak masukkan dalam order, bila aku check takde, rupa-rupanya dia tak dengar masa Khayla buat pesanan. Patut la tak sampai-sampai.
So kalau tengah lapar nauzubillah sampai nak makan orang, baik singgah makan dekat kedai lain je. Setakat lapar biasa-biasa dan masih sanggup tunggu, boleh la try kafe ni.