Buat masa ni aku bergantung dengan ubat-ubatan jangka panjang iaitu ubat diabetes dan darah tinggi (2 jenis). Kalau sebelum ni aku kena pergi ke hospital (KPJ Ampang Puteri) setiap kali ubat habis, tapi mulai hujung bulan Mac, proses ambik ubat dah bertukar.
Proses sebelum ni pun sebenarnya agak mudah sebab setiap kali aku ada temujanji dengan doktor pakar, doktor akan buat preskripsi bekalan ubat untuk 2 bulan terus (tapi since pakai GL syarikat Suami Terchenta, makanya kena jugak ambik supply untuk sebulan je lepas tu bulan depan datang lagi).
Untuk memudahkan pesakit, hospital ada buat perkhidmatan drivethru untuk ambik ubat. GL pun hospital akan uruskan jadi tak perlu request melalui apps insurans perubatan syarikat. Aku cuma perlu Whatsapp farmasi hospital tunjuk preskripsi doktor lepas tu datang ambik ubat bila dah ready. Perkhidmatan drivethru ni tak memerlukan pesakit turun dari kereta pun. Bila dah sampai, call je farmasi lepas tu dieorang akan keluar hantar ke kereta.
Tapi proses terkini lebih mudah. Cuma perlu muat naik preskripsi doktor dalam apps insurans, pilih farmasi panel dan ada opsyen sama ada nak ambik sendiri ubat di cawangan farmasi terdekat atau pos ubat ke rumah. Kalau pos pun tak lama, dalam 2 hari dah sampai ubat ke rumah.
Proses ambik ubat jangka panjang jadi lebih mudah sejak ada proses baru ni |
Dah tak payah bazir minyak kereta ke hospital semata-mata nak ambik ubat sebab sekarang ubat dah terus sampai ke rumah. Alhamdulillah. Cuma aku musykil - kos hantar guna poslaju ni siapa yang tanggung?