Salam Jumaat semua,
Semoga dipermudahkan urusan korang pada hari yang penuh berkat ni dan ceria selalu (mesti la ceria kan, esok dah cuti hehe).
Dah lama Louis dan Kiera tak bersiaran di blog ni kan. Sekarang ni port lepak favourite dieorang yang baru ialah di bilik ofis Suami Terchenta. Kalau tetiba senyap je rumah ni, dah tau kat mana dieorang ni lepak - mesti atas meja kiteorang.
Pantang tengok atas meja clear, mesti dieorang datang lepak |
Kemain korang ye, berkasih sayang dalam bilik ofis bapak korang... |
Ni aksi Lion King ke, Kiera? Suami Terchenta dah pasrah bila kerusi dia dijadikan tempat mengasah kuku oleh Kiera |
Tahun ni Louis tak meroyan kena tinggal di rumah sepanjang kiteorang balik ke kampung sebab dah ada geng (Kiera). Sebelum tinggalkan anak-anak bulu ni kat rumah, kiteorang test botol air dan bekas makanan tu tahan berapa lama, dan yang terpenting toilet kayangan dieorang tu mampu bertahan ke tak sepanjang tempoh kiteorang balik ke kampung. Alhamdulillah, semuanya OK. Tapi mungkin sebab tahun ni balik seminggu je, jadi masih boleh bertahan lagi. Kalau lebih dari seminggu, memang kena hantar ke pet boarding jugak macam yang kiteorang buat masa nak ke Istanbul tahun lepas.