Nampaknya dah terlalu lama blog ni dibiarkan sepi. Kemalasan, kesibukan dan perasaan kurang sihat semuanya jadi penyumbang kepada blog ni jadi lombong tinggal. Beberapa job yang datang untuk buat paid review pun terpaksa aku tolak sebab buat masa sekarang aku tengah fokus untuk memperbaiki kesihatan diri-sendiri dulu.
Bercakap tentang kesihatan, hari ni aku pergi temujanji susulan lagi dengan endocrinologist. Aku rasakan ubat yang diberikan belum cukup serasi atau kurang sesuai dengan badan aku sebab tekanan darah aku masih lagi tinggi. Kali pertama Dr Sakinah ambik bacaan lepas aku duduk depan dia, terus dia komen, "Cuti sekolah ni wad kosong kalau bacaan awak macam ni (182/102)." Aku gelak nervous je, mujur bacaan kedua dan ketiga turun sikit, cuma masih tinggi (150/95). Aku pun dah tak tau nak buat apa sebab aku dah turun 4kg, jaga makan dan berpuasa dan kerapkan pergi bersenam di gym dengan harapan bacaan tekanan darah aku makin menurun tapi masih lagi tak terkawal.
Jadi hari ni dia bagi aku ubat lain pulak. Harapnya ubat yang baru ni lebih sesuai. Tak sangka nak kawal tekanan darah lebih susah dari kawal gula dalam darah. Alhamdulillah setakat ni bacaan gula dalam darah aku masih elok. Nak jaga tekanan darah tu je yang masih lagi fail. Rasa seriau mengenangkan risiko tekanan darah tinggi ni sebab baru-baru ni dalam group kawan-kawan uni aku ada kawan yang share tentang 2 orang kawan sekelas kiteorang yang dah meninggal dunia, salah seorangnya asbab strok. Umur awal 40-an. Jadi no choice, nak sihat memang kena ubah lifestyle.
Aku doakan kawan-kawan yang lain sihat walafiat semuanya. Pesanan penaja buat adik-adik yang masih muda umur 20-an dan 30-an tu, start jaga makan dan kawal stress dari sekarang ye. Jaga kesihatan dari awal sebab bila dah sampai umur 40-an, akan mula nampak kesannya bila tak jaga makan dan tak kawal stress.
Jenuh menunggu giliran setiap kali ada appointment dengan Dr Sakinah |