My mom baru sampai dari Sarawak Sabtu lepas jadi pagi semalam kakak aku ajak keluar sarapan. Mula-mula kiteorang plan nak pergi ke Restoran Haslam di Jalan Pahang. Anak-anak tak nak ikut jadi aku dan Suami Terchenta decide naik motor sebab kat situ susah nak parking.
Perangai aku sejenis yang tak suka bawak handbag jadi handphone aku sumbat dalam poket je. Tak sedar bila jatuh tapi nampaknya jodoh aku dengan handphone tu panjang lagi sebab bila kiteorang dah dekat nak sampai, ada van ambulans kat belakang yang dok hon-hon kiteorang. Ingatkan sebab nak suruh bagi laluan tapi rupa-rupanya pemandu ambulans tu ternampak handphone aku jatuh dan dia tolong kutip dan kejar kiteorang untuk pulangkan handphone tu. Alhamdulillah, syukur sangat 💕.
Sampai di Restoran Haslam, penuh pulak. Jadi kiteorang pun tukar plan - kali ni ke Breakfast Spot sebab dah lama tak ke sana.
Mula-mula ingatkan Breakfast Spot pun penuh tapi nasib baik dekat tingkat atas kosong jadi kiteorang duduk dekat tingkat atas. Yang best nya, takde orang lain yang duduk di tingkat atas. Sambil kiteorang tunggu pesanan makanan, ada persembahan live lagi. Betul-betul rasa chillax je sambil breakfast sambillayan persembahan lagu-lagu lama (mak la yang beriya-iya request lagu Beautiful Sunday, Yesterday oleh kumpulan Beatles, Suatu Masa dari M. Nasir dan Getaran Jiwa oleh P Ramlee).
Layan persembahan live sambil bersarapan
Hari Ahad yang chillax
Sarapan aku - French omelette, salad, baked beans, smoked salmon, mushroom ragout dan sourdough toast
Sarapan Suami Terchenta - seafood chowder
Lepas sarapan, Suami Terchenta hantar aku balik sebelum dia turun ofis sebab boss panggil masuk ofis hujung minggu tu. Hmm. Jadi pekerja IT macam tu la, weekend pun kadang-kadang kena bekerja. Weekend korang pulak macamana?
Hari terakhir di London. Pagi tu kiteorang bangun awal walaupun flight pukul 2.30 petang, sebab dapat alert yang a few train services will be disrupted disebabkan pekerja railway services tengah buat mogok. Malam tu aku tanya host Airbnb macamana nak ke London Luton Airport, katanya kena naik metro dari London Bridge station dan tukar platform ke Luton Airport.
Nasib baik kiteorang keluar awal sebab dekat stesen London Bridge tu pun kiteorang dah sesat barat. Dekat Google Maps lain pulak cadangannya, kena naik tube ke St Pancras International dan naik Luton Airport Express ke London Parkway station. Disebabkan tak jumpa platform ke Luton Airport kiteorang pun decide ikut cadangan Google Maps je takut tak sempat sampai ke Luton Airport.
Masa ni tengah sesat cari platform ke London Luton Airport
Dari King's Cross kiteorang pergi ke St Pancras International dan kena beli tiket tren dari mesin tiket. Kalau tak silap aku, dalam 17.30 pound seorang. Sia-sia je topup kad Oyster huhu. Lepas beli tiket tren, baru kiteorang perasan tren akan berlepas dalam 10 minit lagi. Dah satu hal pulak nak berkejar ke platform dekat tingkat atas, dengan lif rosak lagi. Mak ai, aku rasa nak pecah jantung masa ni berlari sebab tren seterusnya kena tunggu setengah jam! Memang tak sempat la ke airport sebab naik tren pun dalam 45 minit kalau tak silap.
Gambar selingan je - rak buku yang disusun macam pokok Krismas
Memang betul-betul rasa macam dalam movie Mission Impossible sebab kena berlari sekuat-kuat hati nak kejar tren, lari sampai rasa nak pecah paru-paru! Aku dah tak sempat toleh kiri kanan dengan harapan anak-anak dan Suami Terchenta tak berjalan lenggang-kangkung kat belakang, terus naik tren dan berjalan ke gerabak ekonomi. Dalam seminit lepas tu, terus tren gerak. Baru aku toleh ke belakang nak tengok anak-anak dan Suami Terchenta sempat ke tak naik tren 😆. Alhamdulillah semua sempat naik walaupun termengah-mengah jugak la dengan pakai jaket tebalnya lagi!
Tiket ke Luton Airport
Walaupun bukan waktu puncak, tapi tren penuh giler sampai kiteorang terpaksa berdiri di gerabak kafe. Nasib baik tak bawak beg besar gedabak, kalau tak lagi rasa macam dalam tin sardin. Bila sampai di Luton DART Parkway station, kiteorang kena tukar tren naik DART tren pulak ke London Luton Airport.
Masa ni baru sempat ambik gambar hehe
Barrier gate nak naik tren DART pulak
Tren ni memang berdiri je, takde seat sebab 4 minit je pun jarak dari stesen ni ke London Luton Airport
Dah sampai kena menapak pulak ke airport
Naik escalator dan sampai ke airport
Sampai di Luton Airport, kiteorang terus ke kaunter daftar masuk. Untuk penumpang dari luar Eropah, lepas dapat tiket kena pergi ke kaunter lain untuk pemeriksaan passport. Dah setel urusan di kaunter, barulah gerak ke barisan pemeriksaan beg yang panjang giler. Ada dekat 20 minit kot kena beratur. Nasib baik ada banyak masa lagi.
First thing kiteorang buat ialah cari surau. Surau dekat situ kecik je, ruang solat lelaki dengan perempuan tutup dengan room divider yang kecik. Ruang solat perempuan muat seorang je jadi kena gilir-gilir solat. Lepas tu tempat ambik wuduk pulak takde air, kena cari tandas untuk ambik wuduk. Tapi itulah pengalaman unik di negara orang kan. Kita kena bersyukur dekat Malaysia surau kita luas, selesa dan lengkap dengan kemudahan berwuduk.
Alhamdulillah kali ni flight kiteorang tak delay. Disebabkan perbezaan zon waktu, kiteorang sampai di Istanbul pukul 9.30 malam. Dari Istanbul Airport, Suami Terchenta book Uber ke Sisli iaitu tempat penginapan kiteorang yang seterusnya. Dalam RM50+ harga Uber tapi dapat teksi besar dan selesa so berbaloi la.
Gambar takde kaitan sebenarnya haha. Aku just nak bagitau reason kenapa blog aku sekarang jarang update. Sekarang aku tengah fasa tukar ubat baru so tengah deal dengan efek ubat baru pulak. Minggu lepas doktor tukar lagi ubat darah tinggi untuk aku sebab masih lagi tak stabil. Mana taknya, 3 kali ambik bacaan, asyik berubah-ubah. Kejap tinggi, kejap elok. Last-last dia tanya,
"You ada anxiety ke?"
"Ye, doktor. Saya ada masalah anxiety."
Oleh sebab tu, dia bagi ubat jenis beta blocker yang katanya dia selalu prescribed untuk orang yang ada masalah anxiety dan darah tinggi. So far, efek ubat ni nampak serasi dan buat aku rasa chillax je sebab ubat ni memperlahankan denyut jantung.
Kadang-kadang aku chillax sangat sampai mengantuk haha. At the same time, otak aku chillax sampai nak buat satu ayat pun terkebil-kebil. Jadi nak buat satu entry tu memang ambik masa la.
Anyway, sekarang badan dah slowly mula adapt dengan ubat baru ni. Insha Allah, aku cuba untuk update blog sekerap mungkin lepas ni.
Nota kaki: ICJ dah keluarkan perintah interim terhadap kes yang berlaku di negara bergolak. Keputusan yang mengecewakan kedua-dua pihak, terutama pihak yang tengah ditindas dan dibiarkan kebuluran tanpa pembelaan dari kuasa-kuasa besar. Hanya Allah yang Maha Adil dan Saksama, kepada Allah kita berserah dan memohon agar saudara-saudara kita mendapat keadilan yang sewajarnya. Ameen Ya Rabbal Alameen...
Sepanjang berada di London, kiteorang menetap di Lewisham, Greater London yang terletak di Zon 2. London terbahagi kepada 3 zon iaitu Zon 1, 2 dan 3. Zon 1 betul-betul dekat kota London dan biasanya penginapan di Zon 1 agak mahal sebab paling dekat dengan tempat-tempat tumpuan pelancong. Senang cerita, Zon 1 ni umpama duduk dekat dengan KLCC dan Bukit Bintang la.
Zon 2 pulak terletak di luar sikit dari London tapi masih lagi dalam jarak yang dekat. Apartment yang kiteorang duduk ni dalam 10 minit je naik metro ke Big Ben. Tapi beza harga penginapan di kedua-dua zon ni agak ketara, sebab masa kiteorang survey tempat penginapan hari tu, harga apartment di Zon 1 sekitar RM5k+ dan harga apartment di Zon 2 pulak dalam RM3k+.
Aku book apartment ni melalui Airbnb (ni sebelum dapat tau yang Airbnb ni beroperasi di kawasan penempatan haram Is*ael).
Apartment ni memang sesuai untuk 4 orang sebab cuma ada 2 katil Queen size. Ada sebuah bilik tidur, ruang tamu yang bersambung dengan dapur dan bilik air. Kat UK ni saiz rumah agak comel tapi tak la secomel rumah di Jepun 😅.
Bilik tidur
Sofa bed di ruang tamu
Ruang dapur
Bilik mandi ada bathtub dan rain shower
Tandas duduk tapi style mat salleh la, takde hos air / bidet / gayung nak basuh ye 😜
Kemudahan cukup lengkap dan selesa. Dapurnya lengkap dengan peti sejuk, microwave, oven, dapur, cerek, coffee maker, pinggan-mangkuk, toaster dan periuk untuk memasak. Tuala mandi disediakan untuk 4 orang. Cuma sabun dan syampu je kena bawak sendiri. Dekat UK ni jangan hairan bila tengok mesin basuh dekat dapur ye. Sepanjang kiteorang kat London memang hari-hari buat laundry sebab walaupun tak berpeluh tapi still tak selesa kena ulang pakai baju yang sama lagi-lagi baju inner thermal tu. Satu lagi, sebab banyak berjalan jadi kaki memang berpeluh dan stokin kena la basuh hari-hari memandangkan kiteorang travel light tak bawak baju yang banyak (sebab dah tau kat tempat kiteorang stay ada mesin basuh). Oh ya, sabun laundry pun disediakan oleh hos Airbnb. Untuk keringkan baju pulak, ada tempat sidai baju dalam bilik air dan it's a heated drying rack. Kalau terkena tangan memang rasa nak menyumpah sebab panas! 🤣
Kopi, teh dan gula pun disediakan oleh tuan rumah
Perkara yang aku suka tentang Airbnb ni ialah lokasinya yang convenient - 5 minit dari metro station dan bersebelahan dengan kedai runcit. Hos pun baik dan bagi penerangan terperinci tentang cara-cara nak ke rumah, kat mana nak ambik kunci rumah dan tempat menarik di sekitar Lewisham. Bila tanya macamana nak ke Luton Airport, cepat je dia jawab Whatsapp.
Cuma tak bestnya tilam dalam bilik tidur tu tak berapa selesa sebab tilam lama dan rasa tenggelam bila dah baring lama-lama. Lepas tu heater pulak dah set certain temperature tak boleh adjust jadi kalau rasa panas sangat, kena bukak sikit tingkap bagi rasa sejuk sikit. Tapi ok la kan, daripada takde heater langsung 🤭.
Esoknya lepas Subuh kiteorang breakfast repeat lauk ayam masak merah malam sebelumnya. Memang bertambah-tambah nasi sebab malam tu kiteorang terlalu penat sampai tak larat makan, jadi bangun pagi tu terus lapar nauzubillah! 🤣 Tak jadi Aini merajuk sebab dia penat-penat masak tapi kiteorang makan sikit je hehe.
Ambik gambar untuk kenangan, Insha Allah ada rezeki kita datang melawat lagi
Lepas makan dan semua dah ready nak keluar rumah, sekali lagi Aini & Fazrul offer hantar ke metro station. Pagi tu sejuk sangat sampai berkabus.
Luar rumah Aini dan Fazrul
Misty morning in Hendon, UK
Dari Hendon Station, kiteorang naik metro selama 35 minit dan berhenti di London Bridge station
Tujuan berhenti di London Bridge station ialah sebab nak ke destinasi seterusnya dalam itinerary:
Borough Market ialah sebuah pasar bersejarah yang bermula pada tahun 1756. Ianya ialah pasar makanan yang terkenal di mana ramai pelancong ke sini untuk food-hunting. Selain menjual makanan yang dimasak, Borough Market jugak menjual pelbagai bahan makanan
Antara gerai-gerai yang menarik - Kiri atas: Belgian truffle mayonnaise, kanan atas: kedai menjual pelbagai barang berasaskan minyak zaitun, kiri bawah: gerai roti, kanan bawah: gerai menjual waffle, hot chocolate dan aiskrim dari susu kambing
Walaupun rambang mata dan rasa nak beli untuk bawak balik, tapi end up aku tak beli sebab was-was dengan status halal (contohnya macam truffle mayonnaise tu, walaupun aku suka truffle tapi bimbang truffle tu ialah cendawan yang digali oleh khinzir). Sama jugak dengan cheese dekat sana walaupun nampak sedap tapi risau ada bahan yang tak halal dalamnya.
Ada banyak gerai yang menjual cheese di sini
Nampak menggoda betul biskut dan pastri yang dijual di sini
Khadeeja pantang tengok pavlova macaron ni terus mintak belikan. Manis tau, dik oii!
Silap betul datang ke sini waktu perut masih kenyang sebab auto tak rasa nak makan apa-apa walaupun ada je gerai yang menarik. Tapi sebab dah sampai sini, aku beli la jugak seafood paella ni (halal) dan kongsi makan dengan Suami Terchenta dan anak-anak. Sedap tapi tu la, perut masih kenyang:
Seafood paella
Dah setel jalan-jalan dalam Borough Market, kiteorang pun pergi ke destinasi kedua iaitu King's Cross Station.
King's Cross Station
King's Cross Station ni ala-ala KL Sentral di KL la. Stesen keretapi yang menghubungkan London dengan negara-negara Eropah yang lain melalui terminal St Pancras International ni ialah salah sebuah stesen yang tersibuk di UK. Apa yang menarik dekat sini? Buat peminat-peminat Harry Potter, semestinya kenal tempat ni sebagai stesen keretapi yang membawa para pelajar Hogwarts ke sekolah dieorang melalui Platform 9 3/4.
King's Cross Station
Barisan pelancong yang nak ambik gambar di Platform 9 3/4 sampai ke luar pintu masuk stesen!
Lepas beratur selama sejam barulah kiteorang dapat ambik gambar kat sini. Takde bayaran dikenakan walaupun ada props disediakan (melainkan kalau nak beli gambar dari jurugambar dekat situ)
Barisan pelancong yang beratur untuk masuk ke kedai cenderahati menjual barangan Harry Potter
Memandangkan Suami Terchenta dah sakit belakang balik sebab beratur selama sejam, sudahnya kiteorang decide untuk balik ke Airbnb je untuk mandi, solat dan Suami Terchenta kena ambik pil tahan sakit. Kesian pulak sakit belakang pun kena paksa diri untuk bergerak sebab aktiviti seterusnya dah dibayar.
Aktiviti kiteorang malam tu ialah Christmas Lights Tour of London menaiki bas dua tingkat yang aku tempah melalui aplikasi Klooks jugak. Harga tiket untuk 4 orang ialah RM500+.
Beratur naik bas
Duduk bas open air dalam cuaca sejuk suhu di bawah 10℃, gigil beb! Sepanjang 1.5 jam atas bas tu, aku rasa muka aku beku kena angin sejuk! 🤣
Bas pusing kotaraya London untuk bawak tengok monumen bersejarah dan lampu-lampu Krismas yang meriah. Malam minggu kota London memang sesak dengan orang ramai ala-ala dekat Bukit Bintang KL, tapi 3x ganda lagi sesak!
Kalau naik bas yang ni pulak siap dapat afternoon tea tapi harga lebih mahal kalau tak silap
Antara bangunan yang kiteorang limpas ialah His Majesty's Theatre
Video sekitar kota London yang sempat aku rakamkan dalam keadaan menggigil 😄 :
I was never more glad when the tour reached its end sebab walaupun ada hand warmer yang beli di Daiso tu pun tak cukup hangat untuk panaskan badan! Kiteorang turun je dari bas terus cari minuman panas.
Malam tu, Aini dan Fazrul ajak kiteorang keluar makan pulak. Mula-mula dieorang nak pergi restoran masakan Malaysia, Rasa Sayang di Chinatown tapi sincedinner plan ni mengejut jadi dieorang tak sempat nak buat tempahan restoran dan malam minggu pulak memang penuh restoran-restoran makanan Asia.
Chinatown UK ada vibe Chinatown dekat KL 😁
End up dieorang ajak ke restoran makanan Itali, Vapiano.
Zaman bujang dulu aku, Aini, Fazrul dan Jen selalu keluar makan sama-sama dan sekarang pulak makan sama-sama tapi dengan anak-anak (dan Suami Terchenta)
Antara makanan yang kiteorang pesan - gambar atas: pasta yang anak-anak pesan, bawah: sup pumpkin (aku punya) dan pizza cendawan (Suami Terchenta punya)
Alhamdulillah, makan malam kiteorang dibayar oleh Fazrul. Terima kasih, Fazrul belanja makan! Semoga murah rezeki Fazrul dan Aini dan dapat selalu balik ke Malaysia 🤲🏻.
Lepas makan malam, kiteorang gerak balik ke Airbnb sebab esok pagi dah nak check out dan pergi ke airport. To be honest, 3 hari tak cukup nak explore kota London, apa lagi bila travel dalam keadaan Suami Terchenta yang sakit belakang. Tapi yang penting, tercapai hasrat nak ziarah Aini dan Fazrul di rumah dieorang lepas sekian lama dieorang mengajak ke London. Insha Allah ada rezeki lagi boleh repeat trip ke London dan melawat tempat-tempat lain pulak, especially Suami Terchenta yang kempunan tak dapat melawat stadium pasukan bola sepak yang terkenal (alasan nak mengajak ke sana lagi 😆).