Masa kiteorang ke KLAF 2023 kiteorang singgah makan di Naj & Belle. Dah lama sebenarnya perasan kewujudan Naj & Belle dekat KL East Mall, tapi sebelum tu tak pernah singgah. Kebetulan masa sampai tu dah tengahari dan aktiviti Khadeeja pun belum habis lagi, jadi singgah la makan dekat restoran ni.
Naj & Belle Bangsar
Masa sampai, aku tengok ramai orang makan kat kedai ni. Tapi ada la 4-5 buah meja kosong jadi dapatlah kiteorang tempat duduk.
Servis cepat dan mesra. Masa duduk, aku perasan ada air mineral kayangan atas meja. Suami Terchenta dah nak bukak sebab dia haus tapi aku cakap baik tanya dulu free ke, sebab air kayangan ni. Mujur tanya, rupa-rupanya berbayar ye 😂. Nasib baik tak bukak lagi hehe.
Khayla gigih menelaah menu. Penampakan air mineral kayangan atas meja
So, ada apa di Naj & Belle? Ni makanan yang kiteorang pesan:
The Hermit (RM36) - makanan aku pesan. Ada poached egg, crispy soft shell crab, salad dan croissant. Bagi aku, ketam soft shell tu digoreng terlalu garing sampai kering dan tak juicy isinya. Penat mengunyah. Aku tak makan pun croissant tu sebab nampak macam croissant frozen yang dipanaskan dalam oven je. Lagipun tak matching pulak croissant dalam hidangan ni.
Naj & Belle Fish & Chips (RM38) - order Khayla. Dia suka, katanya lagi sedap dari yang dekat London 😬 Tapi sos tartar tu pulak aku rasa lebih sedap yang di London
Nasi goreng ulam ayam bakar (RM35) - order Suami Terchenta. Dia kata sedap tapi banyak sangat lauk. Sudahnya tak habis makan. Sambal tu biasa-biasa je katanya.
Dessert dan kek - memandangkan masing-masing dah kekenyangan jadi takde la pesan dessert dekat sini. Harga pun agak keras.
Pendek kata, erm... OK la. Takde yang wow sangat bagi aku. Mungkin tempat ni famous untuk makanan lain macam pasta atau dessert.
Kalau nak try korang boleh la datang ke sini:
Naj & Belle Bangsar
Alamat: Jln Tandok, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Masa operasi: 11 pagi - 10 malam (Sabtu & Ahad: 10 pagi - 10 malam)
Ahad lepas, anak-anak ada playdate dengan kawan-kawan dieorang di Wangsa Walk. Pagi tu kiteorang hantar dieorang ke sana, tapi balik aku bagitau kena balik sendiri. Aku cuma mintak tolong kawan aku yang jugak ibu kepada salah seorang kawan anak-anak aku untuk hantar dieorang dekat stesen LRT terdekat (dia drop off anak-anak di stesen Setiawangsa).
Kawan aku siap tanya, "Eh, betul ke you nak suruh dieorang balik sendiri? I boleh hantarkan dieorang balik."
Tapi aku cakap, "Eh, takpe. I tengah latih dieorang macamana nak guna pengangkutan awam. Dieorang dah tau macamana nak pergi and balik dari sekolah naik MRT dan tukar ke LRT, sekarang I tengah expand their capability to take the LRT from a different route".
Kawan aku ni gelak je la, katanya, you ni memang ex-HR betul la ðŸ¤.
Sebelum keluar rumah aku dah bagi briefing kena tunggu dekat platform mana dan turun di stesen mana. Mula-mula nampak dieorang takut-takut je, tapi yang bagusnya dieorang berani mencuba. Jadi dengan lafaz bismillah, aku pun lepaskan dieorang keluar pagi tu dengan harapan takde la dapat call mintak ambik kat mana-mana sebab tersesat 😆.
Gambar yang kawan aku ambik sebagai bukti dieorang dah selamat sampai ke stesen Setiawangsa 🤣
Cumanya - dah nama training, idok ler aku lepas 100% kan. Aku tunggu jugak dekat LRT Masjid Jamek untuk ambik dieorang kat situ sebab dari Masjid Jamek ke stesen Bandaraya nak kena naik bas perantara pulak. Yang ni belum masuk dalam training module lagi 😜. Hari tu jugak la baru aku ajar dieorang kat mana nak tunggu bas nak ke stesen Bandaraya pulak.
Dah sampai stesen Bandaraya, aku pura-pura bagi alasan nak makan jap dekat Sogo. Dua ketul budak yang dah kepenatan ni taknak ikut (macam yang aku dah agak), dieorang kata takpelah kiteorang balik dulu. Tau tak macamana nak balik? Aku tanya. Ye, naik je LRT sampai stesen terakhir. Good job, anak-anak.
Meneruskan perjalanan ke stesen terakhir sebelum menapak balik ke rumah
Alhamdulillah, dah boleh hidup dekat KL ni naik pengangkutan awam 😄.
Peringatan: Awas, banyak gambar dalam entry kali ni!
Hari kedua di London merupakan hari Jumaat jadi aktiviti agak padat sebab kena sesuaikan dengan waktu solat Jumaat. Kalau ikutkan hukum, musafir diberi kelonggaran dari mengikuti solat Jumaat tapi kiteorang nak merasa pengalaman solat Jumaat di London. Dekat sini tak macam kat Malaysia yang mana waktu solat Jumaat tu terus bermula bila masuk waktu Zohor. Ada masjid yang mulakan solat Jumaat pukul 12 (waktu Zohor pukul 11.50 pagi) dan ada jugak yang buat pukul 1 tengahari (lunch break). Ada jugak yang buat 2 sesi solat Jumaat mungkin sebab kapasiti masjid tak boleh menampung jumlah jemaah. Lagi satu, kalau ruang solat dah penuh, pintu masjid akan ditutup. Aku pilih masjid yang mula solat Jumaat lambat sikit supaya tak terkejar-kejar.
Pagi tu, kiteorang dan plan nak melawat landmark kota London yang tak asing lagi - Big Ben, Westminster Abbey (tempat makam Queen Elizabeth II dan tempat berlangsungnya perkahwinan Putera William dan Kate Middleton) dan Buckingham Palace. Dari Airbnb, kiteorang ambik metro ke stesen Charing Cross lepas tu menapak sepanjang Parliament Street yang penuh dengan monumen dan bangunan bersejarah.
Trafalgar Square - fakta menarik tentang nama dataran ni, ianya berasal dari perkataan Arab iaitu Taraf al-Ghar.
Dekat London ada beberapa kedai yang menjual barangan Harry Potter sebab ramai peminat Harry Potter yang melancong ke London mencari collectible items Harry Potter
Sepanjang Parliament Street ni ada tugu-tugu peringatan perang zaman dulu dan jugak tugu-tugu tokoh-tokoh ternama seperti Nelson Mandela, Winston Churchill dan Mahatma Gandhi
Parliament Street menempatkan bangunan-bangunan kerajaan dan kementerian UK, ala-ala Putrajaya la senang cerita.
Bangunan Whitehall menempatkan beberapa kementerian kerajaan
Kasi can pengantin tua nak posing jap hehe
Lepas berjalan menyelusuri Parliament Street, akhirnya jumpa jugak Big Ben.
Menara Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Big Ben ialah sebuah menara jam di Istana Westminster. Ia mempunyai lima loceng, dan loceng yang terbesar tu la yang digelar Big Ben
Seterusnya tak jauh dari Big Ben tu pulak ialah Westminster Abbey. Lokasi tempat ni sebenarnya tak jauh pun dari each other, macam seberang jalan je. Kalau nak masuk tengok makam Queen Elizabeth boleh je sebenarnya tapi kiteorang malas sebab kena beratur panjang. Lagipun kiteorang kejar masa sebab nak tengok upacara Change of Guard di Buckingham Palace yang berlangsung pukul 10.45 pagi.
Westminster Abbey
Dari Westminster Abbey kiteorang naik bas double decker untuk ke Buckingham Palace.
Pemandangan dari dalam bas. Bas kiteorang naik tu sebijik macam bas kat depan tu
Lepas tu kena menapak dalam 10 minit baru sampai di Buckingham Palace. Masa ni dah ramai pelancong yang berkumpul di luar Buckingham Palace dengan depan Victoria Memorial. Memandangkan kiteorang sampai awal dapat la berdiri depan sikit tapi fuhhh penat tau menunggu!
Atas: Bergambar depan Buckingham Palace; bawah: upacara change of guard
Video masa pancaragam lalu depan kiteorang:
Satu pengalaman yang menarik masa kiteorang tengah tengok sesi change of guard ni, tiba-tiba kiteorang perasan salji turun! Walaupun tak lebat, tapi still rasa teruja sebab first time tengok salji turun depan mata. Tapi boleh pulak Khadeeja kata dia ingatkan salji tu kelemumur orang dekat depan dia! 😂 Lepas tu seronok la anak-anak tangkap salji hehe.
Selesai sesi change of guard, kiteorang terus gerak ke Green Park untuk ambik tren ke destinasi seterusnya iaitu Muslim World League.
Cantik sangat Green Park ni, kalau la ada banyak masa nak je ambik gambar selfie dekat sini banyak-banyak!
Turun dari tren, kena berjalan dalam 20 minit ke Muslim World League
Dengan kiteorang gegurls ni sekali join solat Jumaat hehe. First time aku bersolat Jumaat dalam seumur hidup. Tapi bukan kiteorang je, ramai jemaah wanita yang join sekali. Ruang solat perempuan terletak di tingkat ground floor tapi tempat wuduk dekat basement. Selesai je solat Jumaat tiba-tiba imam buat pengumuman - terus sambung solat Asar! Musim sejuk memang waktu siang pendek - pukul 1 petang solat Jumaat, pukul 1.37 petang dah masuk solat Asar. Bagus la jugak dah alang-alang kat masjid kan.
Lepas solat, masa nak keluar tu siap ada penjaga trafik dalam masjid ye hehe. Tujuannya nak elakkan jemaah perempuan bertembung dengan jemaah lelaki. Jadi dia akan tahan dulu jemaah lelaki dari keluar bila giliran jemaah perempuan nak keluar. Macam tu sekali dieorang jaga batas lelaki dan perempuan kat sana. Mesti kalau dieorang kat Malaysia terkejut beruk tengok lepas solat selamba je lelaki dan perempuan keluar sama-sama.
Kiri: Imam tengah bersiap-siap nak bagi khutbah; kanan: Muslim World League ni masjid yang terletak dalam bangunan tiga tingkat
Keluar dari masjid, Khadeeja dah mula bad mood sebab lapar. Mujur la sebelah masjid tu ada kedai pizza yang halal. Sebelum dia bertukar menjadi Hulk, cepat-cepat kiteorang masuk dan order pizza. Aku nak bagitau - pizza kat sini sedap giler! Terngiang-ngiang rasa pizza tu sampai sekarang. Khayla buat kesimpulan pizza kat sana sedap sebab cheese kat sana sedap (memang betul, cheese dekat UK jauh lebih sedap dari cheese dekat Malaysia).
Dua ketul pizza - harga dalam 4 pound je seketul tu
Lepas masing-masing dah alas perut dengan pizza yang sedap, moh la gerak ke destinasi seterusnya - Hunterian Museum. Asyik pegi muzium je kiteorang ni kan? Sebab kat sana masuk muzium takde bayaran haha. Dah namanya percutian bajet ke London, jadi sengaja aku pilih tempat-tempat yang takde bayaran.
Hunterian Museum ialah muzium koleksi peribadi John Hunter, seorang doktor pakar bedah dan saintis terkemuka pada abad ke-18. Dalam muzium ni ada banyak spesimen haiwan dan manusia yang dipamerkan
Aku tak tau la minat anak-anak aku ni ke arah benda-benda pelik dan gruesome macam ni haha. Sebenarnya takde la gruesome mana pun, tapi kalau orang yang geli tengok anggota manusia yang diawetkan termasuk fetus dalam kandungan (yang gugur atau meninggal dunia lepas dilahirkan), baik tak payah datang ke sini. Memandangkan Hunterian Museum ni terletak di The Royal College of Surgeons of England, jadi kebanyakan yang datang ke sini ialah pelajar-pelajar perubatan (dan orang-orang yang suka tengok benda-benda pelik ni macam kiteorang hehe).
Antara pameran dalam Hunterian Museum, yang menariknya ada pameran interaktif jugak
Keluar dari Hunterian Museum dalam pukul 4 petang, tapi kat luar dah gelap sebab dah masuk waktu Maghrib. Sebelum gerak ke rumah member aku, kiteorang singgah kejap di Dark Sugars Chocolate - tempat yang kiteorang sepatutnya pergi masa hari pertama tapi tak sempat pergi sebab kepenatan.
Kedai ni terkenal dengan pelbagai jenis coklat handcrafted menggunakan coklat dari Ghana, Afrika
Tujuan kiteorang ke sini semata-mata nak beli hot chocolate yang dikatakan antara best hot chocolate drink in London.
Suami Terchenta siap ambik video hot chocolate dieorang yang famous tu:
Bagi aku, OK la sedap tapi terlalu manis. Lepas minum hot chocolate ni, memang kena teguk air kosong nak bagi hilangkan rasa manis yang melampau tu.
Destinasi terakhir kiteorang ialah ke rumah BFF aku untuk makan malam. Masa ni kiteorang dah penat giler jadi Suami Terchenta kata ambik Uber je la. Tapi malam tu memang tak boleh dapat Uber langsung mungkin sebab ramai yang keluar untuk ke pub dan ber TGIF jadi jalan raya agak busy. Bila tak dapat Uber Suami Terchenta cuba pulak Bolt, alternatif kepada Uber. Alhamdulillah ada driver yang sudi accept kiteorang lepas menunggu lebih dari setengah jam. Dalam kereta kiteorang dah tertidur kepenatan!
Sampai je dekat rumah BFF aku, dia dah menunggu dekat pintu. Masuk rumah dia je, semerbak bau ayam masak merah buat kiteorang kecur air liur! Tapi malam tu serius kiteorang dah penat giler jadi cuma mampu makan sikit je walaupun perut berkeroncong. BFF aku siap buat kek coklat lagi untuk jamu kiteorang 🥺. Aku ambik la sikit sebab orang dah susah-payah masakkan, jadi kena la rasa jugak.
TQ Aini, sedap kek you buat tapi kiteorang kepenatan sampai tak larat nak suap makanan dalam mulut 🤣
Anak-anak pulak lain cerita - bila dah jumpa anak-anak BFF aku bukan main segar dan aktif lagi dieorang! Kecoh dan riuh-rendah dieorang berborak dan usik-mengusik macam dah kenal lama padahal baru pertama kali jumpa hehe.
Malam tu bila tengok kiteorang penat sampai tersengguk-sengguk sambil berborak, mula-mula dieorang offer nak hantar balik ke Airbnb which was 40 minutes away dari rumah dieorang. Tapi mengenangkan esoknya jadual dieorang penuh dengan aktiviti anak-anak dieorang pagi tu, sudahnya dieorang ajak tidur kat rumah dieorang je. Kiteorang apa lagi - bagaikan orang mengantuk disorong bantal (memang mengantuk pun hehe 😬).
Terima kasih Aini dan Fazrul sebab tumpangkan rumah malam tu. Malam tu aku tak tau la anak-anak tidur pukul berapa sebab lepas solat jamak je, aku dan Suami Terchenta terus masuk bilik dan tidur!
Mendapat jemputan dan titah perintah dari Permaisuri Cuya dari Kerajaan Kelapa untuk join Giveaway ni. Hehe. Kreatif betul seketul budak bernama Cuya ni. Memandangkan dah dapat jemputan, maka aku pun memeriahkan ruangan komen blog beliau dengan penyertaan jugak. Kawan-kawan yang lain, jom la sama-sama kita support GA Cuya!
Syarat-syarat penyertaan:
Pemenang bertuah akan menerima hadiah dari Kerajaan Kelapa:
Trip ke London ni asalnya takde dalam perancangan tapi bila BFF aku yang duduk di London ajak ke rumah (haha, macam dekat je kan rumahnya tu) jadi aku pun usha la tiket ke London. Jumpa harga tiket penerbangan bajet dalam RM3k untuk kami berempat, jadi seterusnya check pulak harga Airbnb untuk 3 hari di sana (lebih dari 3 hari bangkrap la Suami Terchenta!) jumpa pulak rumah dalam harga 200 pound semalam (total semuanya 600+ pound untuk 3 malam atau lebih kurang RM3.9k). Selepas dicampur dengan kos public transport, makan, aktiviti berbayar (Christmas light tour naik bas double-decker ~ RM400+) semuanya tak sampai RM10k. Lagipun kiteorang dah jimat banyak dekat penginapan di Istanbul (nanti aku cerita) jadi Suami Terchenta pun setuju untuk masukkan London dalam destinasi percutian kiteorang.
Pemandangan di luar rumah Airbnb yg kiteorang sewa
Asalnya ni ialah planned itinerary kiteorang untuk hari pertama tapi bila flight dah delay malam sebelumnya, masing-masing kepenatan pagi esoknya. Kiteorang akhirnya keluar rumah pukul 9 pagi. Sepatutnya 7.30 pagi dah keluar. Sudahnya ada tempat yang kiteorang tak sempat pergi antaranya Stamford Bridge Stadium (stadium pasukan bola sepak Chelsea - boleh agak la kan siapa yg sebenarnya nak ke sini hehe), Dark Sugars Chocolate (famous dengan hot chocolate yang mewah) dan Hyde Park Christmas Market (sebab dah tak larat + kena bayar untuk masuk, which is tiada dalam bajet memandangkan bajet kecemasan dah habis dekat Uber dari airport).
Itinerari London (hari pertama)
Airbnb kiteorang ni terletak di Zon 2 iaitu di Lewisham, sebab tu harganya agak murah (untuk standard London la, jangan convert dalam duit Malaysia memang menangis beb!). Yang best tu, lokasi dekat je dengan stesen metro (lebih kurang 5 minit je) dan ada kedai serbaneka dekat sebelah jadi senang nak beli barang-barang untuk memasak (masak simple je untuk sarapan pagi, selalunya telur, susu, cheese dan roti). Untuk bergerak di London menggunakan public transport, wajib beli kad Oyster (harga sekeping ialah 15 pound, lepas tu kena top up).
Nasib baik ada kawan di Malaysia bermurah hati pinjamkan kad Oyster dia & suami, jadi kiteorang cuma perlu beli 2 kad Oyster untuk Khayla dan Khadeeja (jimat lagi dekat situ). Keistimewaan bila duduk dekat Zon 1 dan 2 di London ialah tambang pengangkutan awam dekat sini ada daily price cap contohnya £8.10 sehari - bila dah sampai jumlah maksimum, perjalanan seterusnya ialah percuma. Ikut kiraan kasar, jumlah keseluruhan kos pengangkutan kiteorang (tak termasuk Uber dari London Gatwick) adalah dalam RM1k.
Cara top up sama macam top up kad TnG
Dari Lewisham, naik metro (atau London Overground Rail) ke stesen Charing Cross dan tukar pulak ke London underground menuju ke South Kensington untuk ke destinasi pertama - Natural History Museum.
Bergambar dekat papan nama stesen dan dalam underground train
Dari stesen South Kensington, berjalan kaki sikit ke Cromwell Road tempat terletaknya Natural History Museum ni
Dari luar kagum tengok kecantikan bangunan Natural History Museum ni!
Mengabadikan kenangan di pintu masuk Natural History Museum, London
For info, kiteorang pilih ke Natural History Museum ni atas 2 sebab - pertama, masuk adalah percuma (cuma kena tempah slot masa melalui laman web je) dan kedua, anak-anak peminat tegar dinosour! Dekat section sejarah dinosour tu je sejam kiteorang kat situ sebab semua exhibit dieorang nak ambik gambar dan baca.
Masuk dalam bangunan je mata dah tertumpu dekat rangka ikan paus biru yang dipamerkan di ruang utama
Kiri: pemandangan dari tingkat atas. Kanan (atas): pameran burung-burung yang diawetkan di tingkat atas; (bawah): rangka dinosour di bahagian pameran dinosour
Bergambar dengan rangka mammoth
Yang ni pulak ialah rangka sloth (buat peminat filem animasi Ice Age, mesti ingat Sid the Sloth kan? Haa.. sloth ni sebenarnya besar ye, bukan kecik macam dalam cerita Ice Age tu hihi).
Patung dinasour bergerak siap pakai baju sweater dan topi Krismas hihi. Comel je
Kiteorang menghabiskan lebih kurang 4 jam dalam muzium ni. Sebelum keluar, kiteorang bertanyakan ada ruang solat ke dalam muzium ni. Alhamdulillah ada, siap disediakan sejadah lagi. Cuma kena ambik wuduk di tandas je la. Aku bawak portable bidet jadi senang nak basuh kaki.
Dekat luar bilik, ditulis 'Reflection Room'
Selesai solat, kiteorang pun keluar dari muzium. Tapi sebelum meninggalkan muzium kenalah ambik gambar dari luar pulak.
Nampak macam takde orang je kat belakang tu kan? Sebenarnya ada, tapi zaman sekarang yang serba canggih, guna Google Photo je untuk remove orang-orang yang lalu-lalang dekat background 😅
Dari Natural History Museum, kiteorang bergerak ke Leadenhall Market pulak. Sebabnya tempat ni pernah dijadikan salah satu lokasi penggambaran Harry Potter (sebagai peminat Harry Potter, mestilah nak pergi tengok tempat ni).
Dalam perjalanan, terjumpa pondok telefon merah yang tak asing lagi dengan identiti UK
Berhenti di stesen Monument di mana terletaknya sebuah tugu bagi memperingati peristiwa kebakaran besar di London pada tahun 1666 di mana sebuah kebakaran berpunca dari sebuah kedai roti bermula pada 2 September cuma berjaya dipadamkan pada 6 September 1666
Berjalan menyelusuri celah-celah bangunan untuk ke Leadenhall Market
Leadenhall Market
Senibina Leadenhall Market ni memang cantik tapi sebenarnya takde apa-apa yang menarik pun dekat situ. Banyak restoran dan pub je. Masa kiteorang sampai sini pun dah Maghrib (5 petang). Mula-mula nak cari kedai halal kat sini tapi tak jumpa. Sudahnya kiteorang bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Poppies Fish & Chips, salah satu restoran yang menyediakan menu fish & chips yang halal (tak guna alkohol dalam tepung salutan ikan).
Jalan kaki dari Leadenhall Market ke Hanbury Street mengambil masa setengah jam
Full house! Nasib baik ada meja kosong. Portion fish & chips kat sini besar sangat. Suka sos tartar makan dengan fish & chips tu
Ni je la satu-satunya tempat makan yang paling mahal kiteorang makan kat London. Harga fish & chips tu dalam £20 jadi keseluruhan kos makan malam tu ialah £100 (termasuk minuman) dekat RM600! 🤑 Malam seterusnya kiteorang makan dekat rumah member aku dan malam terakhir pulak, member aku belanja makan pizza di luar.
Lepas makan, kiteorang pun pergi ke destinasi terakhir dalam itinerary iaitu Tower of London dan Tower Bridge. Tu pun masing-masing dah kepenatan sebenarnya, Suami Terchenta pun dah mula mengadu sakit belakang. Jadi posing berlatar belakangkan dua-dua tempat ikonik pun dah jadi.
Naik bas double decker nak ke Tower Bridge
Underpass yang dipenuhi dengan arts
Atas: Tower of London - kubu yang menempatkan barang-barang berharga keluarga diraja England termasuk mahkota diraja Britain. Bawah (kanan) - belakang tu ialah Tower Bridge tapi Suami Terchenta dah sakit belakang jadi kiteorang bergambar dari jauh je la
Masing-masing pun dah kepenatan hari pertama ni sebab tidur lewat dan bangun awal pagi jadi kiteorang pun bergerak balik ke Airbnb. Nasib baik dari Tower Bridge ni naik tren Southeastern direct je ke Lewisham, tak payah tukar-tukar tren. Sepanjang perjalanan pun dah terlelap sebab kepenatan, tau-tau dah sampai Lewisham (adalah dalam 20 minit perjalanan). Balik rumah jamak solat, mandi dan terus tidur. Cerita seterusnya akan bersambung pada hari kedua di London...