Untuk bahagian sebelumnya, baca di sini:
Aku post ikut susunan gambar dalam galeri foto phone, jadi sebelum cerita pasal jalan-jalan di Istanbul, cerita dulu pengalaman naik flight Etihad Airways. Harap bersabar ye hehe.
Kiteorang booking flight melalui laman web Etihad Airways. Cuma sedikit ralat time booking tu aku dah buat akaun ahli Etihad Airways tapi bila nak masukkan membership number masa register penumpang, boleh pulak sistem kata nombor ahli tak wujud! Jadi malas nak peningkan kepala, aku masukkan je la Enrich membership sebab Etihad Airways ni partner airlines dengan MAS, jadi sekurang-kurangnya boleh la kumpul Enrich points.
Sepanjang tempoh booking flight bulan September dengan tarikh penerbangan bulan November, 3 kali dapat e-mel bagitau flight cancelled! Part ni bikin berdebar betul, sebab kiteorang dah book penginapan di Istanbul dan UK, rugi la kalau tiba-tiba flight kena cancel. Setiap kali dapat e-mel tu, aku terpaksa pilih masa penerbangan lain dan end up, kiteorang terpaksa fly awal sehari dari yang dirancang sebab tarikh yang kiteorang pilih tu dibatalkan penerbangan. Terpaksa la cari pulak Airbnb untuk sehari lagi di Istanbul sebab akan tiba sehari awal dari yang dirancang. Mujur jumpa harga yang berpatutan (RM200+ di kawasan Fatih).
Sebelum berlepas, ada beberapa pertanyaan yang aku cuba dapatkan penjelasan dari customer service Etihad Airways di Malaysia. Jadi aku pun contact nombor dieorang di Malaysia. Tiap-tiap kali call customer service, mesti masuk voicemail dan mesin je yang jawab. Senang cerita, pengalaman aku dengan customer service Etihad Airways di Malaysia ni sangat tak mesra pelanggan. Mujurlah bila tarikh fly, takde masalah untuk check in di kaunter.
OK, now part service dalam penerbangan pulak.
Benda pertama yang aku nampak dekat kerusi tersedia di kerusi ialah fleece blanket, bantal, flight kit dan headphone untuk in-flight entertainment.
|
Kemudahan yang disediakan untuk keselesaan penumpang Etihad Airways |
Seingat aku kali terakhir aku naik MAS ke luar negara lebih dari 12 tahun lepas, dalam penerbangan MAS pun tak disediakan selimut dan bantal untuk setiap penumpang. Flight kit pun rasanya MAS bagi untuk penumpang kelas perniagaan ke atas je. Sekarang tak pasti la servis MAS dah ada improvement ke tak, maybe Kak Ret yang baru balik dari Korea boleh komen. Cuma selimut MAS lebih selesa la ngeh2...
Jom tengok apa ada dalam flight kit pouch Etihad Airways:
|
Dalam setiap pouch disediakan penutup mata, krim tangan, penutup telinga (kot2 ada orang sebelah yang berdengkur), sanitising wipe dan pouch tu sendiri sebenarnya bila dibuka ialah reusable bag |
Rasanya pouch ni Etihad Airways bagi untuk penerbangan lebih dari 4 jam kot, sebab flight kiteorang dari Abu Dhabi ke Istanbul tak dapat pulak. Still, it's a useful kit untuk keselesaa penumpang.
Next, in-flight entertainment system Etihad Airways pulak. Sama macam flight MAS, belakang kerusi penumpang hadapan ada skrin tv dan game console yang ada skrin jugak. Flight MAS pun ada game console, tapi takde skrin macam ni la so nampak Etihad Airways ni lebih moden dari MAS. Dari segi paparan di in-flight entertainment system pulak, bukan setakat boleh tengok movie dan main video games, penumpang boleh juga buat pesanan minuman, baca berita secara langsung, dengar radio, buku audio dan baca Quran. Kesimpulannya, banyak pilihan yang ada dalam flight entertainment system ni untuk habiskan masa sepanjang penerbangan.
|
Antara paparan skrin in-flight entertainment system |
Akhir sekali, part yang paling aku suka - makannnn! Hehe. Ni aku berani cakap - makanan dalam flight Etihad Airways sedap-sedap woo... Benda ni aku rasa MAS kena belajar dengan Etihad Airways how to make their guests happy. Bukan setakat makanan sedap, sudu garpu pun dieorang tak bagi jenis plastik - dia bagi silver cutleries ye.
Sepanjang penerbangan 8 jam KL - Abu Dhabi, makanan dihidangkan sebanyak 2 kali - makan malam dan supper. Aku pesan kids meal untuk Khadeeja, yang didatangkan dalam pek bertemakan Warner Bros (di Abu Dhabu ada studio Warner Bros, so agaknya ni sebahagian dari promosi pelancongan dieorang kot).
|
Kids meal (KL ke Abu Dhabi): Dapat nugget, potato wedges, biskut, cheese, yogurt, dessert, bun, coklat dan minuman kotak |
|
Kids meal (Abu Dhabi ke Istanbul): Pasta, biskut, puding, yogurt, jus epal, coklat, bun |
|
Kids meal (Abu Dhabi ke KL): waffle, jem, biskut, yogurt, coklat nesquick, buah-buahan potong, muffin, jus oren, keju |
Ni pulak makanan yang aku pilih masa flight ke Abu Dhabi:
|
Nasi lemak dengan rendang daging, telur dadar dan sambal nasi lemak, kerabu mihun, dessert (macam oat tapi bukan, yang penting sedap!), bun, mentega, air kosong |
|
Untuk supper, semua orang dapat makanan yang sama - calzone dhal dan sayur-sayuran (ok la, tapi kering sikit) dan puding |
Yang ni pulak makanan aku dan Suami Terchenta dalam perjalanan dari Abu Dhabi ke KL. Kalau compare makanan pergi dengan balik, aku rasa makanan flight dari Malaysia sedap lagi kot hihi. Maybe prepare kat Malaysia so lebih ikut tekak orang Malaysia kan.
|
Kiri: teriyaki chicken noodle, buah-buahan, oat, croissant; kanan: omelette, sosej ayam, hash brown, buah-buahan, croissant, oat |
Bab makanan ni, memang sangat puas hati dengan makanan dalam penerbangan Etihad Airways ni. Tak de istilah kebulur dalam flight sebab porsi makanan dah la banyak, lepas tu tak sempat habis hadam lagi dieorang dah hidang pulak meal seterusnya haha!